Isnin, November 08, 2010

islam @ zindiq ?

let the pictures and video speaks...






islam dipermainkan melalui 'idea sunnah'

حسبنا الله ونعم الوكيل

Isnin, Oktober 04, 2010

video penghibur hati = rindu muhammadku

air mata bergenangan
kerana mengingatimu
moga dapat bersua muka
disatu masa nanti...

video ini saya temui ketika melayari blog-blog di internet, kemudian menyemaknya di youtube. dah lama mata ini kontang dari dibasahi lembapan rindu buat junjungan tercinta. terimalah ia buat sang perindu...

Ahad, Oktober 03, 2010

berita gembira buat pencinta...

assalamualaikum...

insya-Allah, negara kita sekali lagi akan diserikan dengan kunjungan para ulama habaib sempena haul imam abdullah al-haddad. majlis yang dihadiri para ulama untuk memperingati ulama. kata imam ibnu uyainah r.a, rahmat turun mencurah-curah ketika orang-orang soleh disebut-sebut. ini bukan sekadar sembang biasa. ia sembang ulama. ia bukan perkumpulan biasa. ia majlis ilmu.

imam bukhari dan muslim meriwayatkan sebuah hadis menyatakan dengan jelas kelebihan majlis ilmu. kelebihan yang meruntun hati yang hidup penuh dengan dosa, yang ingin pulang kembali kepada Allah dengan suci bersih.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلَّهِ مَلَائِكَةً يَطُوفُونَ فِي الطُّرُقِ يَلْتَمِسُونَ أَهْلَ الذِّكْرِ فَإِذَا وَجَدُوا قَوْمًا يَذْكُرُونَ اللَّهَ تَنَادَوْا هَلُمُّوا إِلَى حَاجَتِكُمْ قَالَ فَيَحُفُّونَهُمْ بِأَجْنِحَتِهِمْ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا قَالَ فَيَسْأَلُهُمْ رَبُّهُمْ وَهُوَ أَعْلَمُ مِنْهُمْ مَا يَقُولُ عِبَادِي قَالُوا يَقُولُونَ يُسَبِّحُونَكَ وَيُكَبِّرُونَكَ وَيَحْمَدُونَكَ وَيُمَجِّدُونَكَ قَالَ فَيَقُولُ هَلْ رَأَوْنِي قَالَ فَيَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ مَا رَأَوْكَ قَالَ فَيَقُولُ وَكَيْفَ لَوْ رَأَوْنِي قَالَ يَقُولُونَ لَوْ رَأَوْكَ كَانُوا أَشَدَّ لَكَ عِبَادَةً وَأَشَدَّ لَكَ تَمْجِيدًا وَتَحْمِيدًا وَأَكْثَرَ لَكَ تَسْبِيحًا قَالَ يَقُولُ فَمَا يَسْأَلُونِي قَالَ يَسْأَلُونَكَ الْجَنَّةَ قَالَ يَقُولُ وَهَلْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُ فَكَيْفَ لَوْ أَنَّهُمْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَوْ أَنَّهُمْ رَأَوْهَا كَانُوا أَشَدَّ عَلَيْهَا حِرْصًا وَأَشَدَّ لَهَا طَلَبًا وَأَعْظَمَ فِيهَا رَغْبَةً قَالَ فَمِمَّ يَتَعَوَّذُونَ قَالَ يَقُولُونَ مِنْ النَّارِ قَالَ يَقُولُ وَهَلْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُ فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَوْ رَأَوْهَا كَانُوا أَشَدَّ مِنْهَا فِرَارًا وَأَشَدَّ لَهَا مَخَافَةً قَالَ فَيَقُولُ فَأُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ قَالَ يَقُولُ مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ فِيهِمْ فُلَانٌ لَيْسَ مِنْهُمْ إِنَّمَا جَاءَ لِحَاجَةٍ قَالَ هُمْ الْجُلَسَاءُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ

biarpun kita hanya insan biasa disisi-Nya, amalan tidak seberapa, ulama (seingat saya sheikh zakaria al-kandahlawi dalam kitabnya; al-syariah wa al-tariqah) ada berpesan bahawa kita berpeluang mengecapi kemuliaan Allah dengan menyintai ahli-Nya. sekarang peluang telah mula bersinar. mari kita, insan-insan yang penuh kekurangan dan dosa bergegas merebut peluang.

Majlis2 Haul 2010

Pemberitahuan - Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad

Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

Tarikh
Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)

09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

13 Oktober 2010
Masjid Zahir (Masjid Negeri, Kedah) Alor Setar, Kedah
Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu

14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

Zon Sentral

15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Kuala Lumpur

16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

18 Oktober 2010
Masjid Asyakirin, Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan

Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

22 Oktober 2010
Masjid At-Taqwa, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor


Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

untuk kehadiran habib umar jadualnya seperti berikut;

Program Da’wah dan Ilmiah Guru Mulia AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR BEN HAFIDZ AL-HADRAMI ke Malaysia / Zukaedah 1431H

Bersempena acara Haul Imam Abdullah Al-Haddad :

15 Oktober 2010 = Masjid Al-Bukhari Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur / 1730 PM

16 Oktober 2010 = Masjid Negeri Shah Alam / 1700 PM

17 Oktober 2010 = Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya Selangor / 1730 PM

sumber; http://www.alhawi.net/ http://pondokhabib.wordpress.com/2010/10/04/program-dawah-dan-ilmiah-guru-mulia-habib-umar-ben-hafidz-di-malaysia-zulkaedah-1431h/

saya sendiri akan cuba menyelit-nyelit menghadiri majlis-majlis ini kerana terpaksa bertugas sebagai LO (liason officer) semasa persidangan menteri-menteri pengajian tinggi negara islam yang tarikhnya bertembung dengan majlis ini. Allahul musta'an...

Rabu, September 01, 2010

Bahasa dikuasai dengan menghafal?

Dah lama saya tidak menulis dalam blog ini. Walaupun banyak topik yang terlintas di fikiran bahkan ada yang sudah mula ditulis, tapi akhirnya ia terbantut di tengah jalan. Tidak tahulah kenapa. Cuma apabila ia berlaku melibatkan diri, semangat untuk mengomentarinya lebih kuat berbanding isu yang saya temui berlaku di sekeliling. Dan itulah salah satu sebab posting ini.

Tengahari tadi (ketika posting ini dilakar) ada ustazah yang bercakap tentang pelajarnya yang tidak menghafal wazan sorof. Dakwanya; sebab itulah pelajar sekarang tidak kenal baris perkataan. Ceritanya lagi, dia sejak sekolah menghafal wazan dan ia menjadi kemestian untuk pelajar membaca baris perkataan dengan betul.

Anti bolehlah sebab anti pelajar cemerlang. Bagaimana dengan pelajar macam saya dan anak murid anti yang malas menghafal!? Saya mencelah sambil menyindir. Sepanjang ana belajar, ana tak pernah hafal wazan (sebenarnya saya pernah hafal tapi ia sekadar hafalan yang akhirnya hilang) dan apa yang ana perolihi sekarang adalah hasil dari banyak membaca bacaan arab. ana belajar bahasa arab melalui jalan sima’i. saya menyambung lagi dengan kesimpulan ringkas pengalaman sebagai penutur bukan bahasa arab.

Adakah bahasa dikuasai dengan menghafal? Dalam konteks bahasa arab perlu menghafal wazan sorof untuk baris selain baris akhir. Pelajar akan dapat membaca dengan betul sekiranya struktur morfologi diingati?

Inilah persoalan yang cuba saya kongsikan di sini. Sekadar pengalaman dan pengetahuan tentangnya. Mungkin betul, mungkin salah.

Dari perbualan tadi tentunya pendirian saya jelas. Saya tidak berpendapat demikian. Bagi saya bahasa bukannya hafalan. Baris-baris perkataan yang bersimpang siur kedudukannya dingati secara tidak langsung. Melekat dalam jiwa dengan banyak mendengar perkataan yang seumpamanya disebut dan disebut. Dengan banyak membaca perkataan seumpamanya beserta baris yang sedia ada atau dicari sendiri. Ia ‘dihafal’ di bawah sedar. Dalam bahasa linguistik, ia disebut sebagai pemerolihan (الاكتساب).

Gaya penguasaan bahasa melalui sima’I ini telah digambarkan oleh ibnu khaldun dalam muqaddimahnya;

اعلم أن اللغات كلها ملكات شبيهة بالصناعة، إذ هي ملكات في اللسان، للعبارة عن المعاني وجودتها وقصورها بحسب تمام الملكة أو نقصانها. وليس ذلك بالنظر إلى المفردات، وإنما هو بالنظر إلى التراكيب. فإذا حصلت الملكة التامة في تركيب الألفاظ المفردة، للتعبير بها عن المعاني المقصودة، ومراعاة التأليف الذي يطبق الكلام على مقتضى الحال، بلغ المتكلم حينئذ الغاية من إفادة مقصوده للسامع، وهذا هو معنى البلاغة. والملكات لا تحصل إلا بتكرار الأفعال لأن الفعل يقع أولاً وتعود منه للذات صفة، ثم تتكرر فتكون حالاً. ومعنى الحال أنها صفة غير راسخة، ثم يزيد التكرار فتكون ملكة أي صفة راسخة

“Ketahuilah bahawa bahasa-bahasa seluruhnya adalah malakah yang menyamai kemahiran kerana ia (bahasa) adalah malakah lisan untuk menungkapkan makna-makna; elok dan cacatnya berdasarkan kesempurnaan malakah atau kekurangannya. bukanlah ia berdasarkan perkataan (tetapi) ia berdasarkan pembinaan (ayat). Apabila berhasil malakah yang sempurna dalam pembinaan lafaz perkataan untuk menggambarkan makna yang diingini dan meraikan pembentukan yang menepati kehendak keadaan, maka penutur pada waktu itu telah mencapai objektif menyampaikan maksudnya kepada pendengar. Inilah makna al Balaghah. Dan malakah tidak berhasil kecuali dengan pengulangan perbuatan, kerana sesuatu perbuatan kali pertama berlaku dan menjadi sifat kepada sesuatu zat. Kemudian ia berulang lalu menjadi keadaan. Makna keadaan ialah ia sifat yang tidak tetap. Kemudian pengulangan tadi bertambah lalu menjadi malakah, iaitu sifat yang kekal”

Ibnu khaldun juga dalam perbahasan zuq menjelaskan;

وهنه الملكة كما تقدم إنما تحصل بممارسة كلام العرب وتكرره على السمع والتفطن لخواص تراكيبه، وليست تحصل بمعرفة القوانين العلمية في ذلك التي استنبطها أهل صناعة البيان فإن هذه القوانين إنما تفيد علماً بذلك اللسان، ولا تفيد حصول الملكة بالفعل في محلها، وقد مر ذلك.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah bahasa adalah kemahiran. Kemahiran dikuasai dengan latihan dan pengalaman bertalu-talu. Sekadar menghafal wazan belum tentu berkemampuan membaca teks arab.

Pada saya, inilah cara menguasai baris selain baris akhir perkataan arab. Bahkan ia juga cara seseorang mengetahui makna yang terkandung atau yang ingin disampaikan dalam bentuk uslub arab. Jika tidak terbiasa dengan gaya dan uslub penulisan mahupun percakapan dalam bahasa arab, mungkin sahaja tafsirannya silap dan menyeleweng. Dalam menyampaikan makna, ada gaya tertentu yang digunakan dan ia berlainan antara satu-satu entiti. Para fuqaha dalam penulisan mereka mempunyai gaya dan laras tersendiri. Fuqaha mutaakhirin umpamanya, bahasa mereka agak kaku dan ringkas tapi padat dengan makna. Bahasa ahli sejarah mutaqaddimin selalunya agak berbunga. Dan begitulah seterusnya.

Bila laras bahasa tidak dikenali
Baru-baru ni saya ada mendengar tazkirah ramadan yang disampaikan oleh seorang profesor dalam bidang balaghah arab. Beliau menyampaikan sebuah cerita di akhir hayat nabi s.a.w, di mana seorang sahabat bernama ukkasyah meminta qisas dari nabi s.a.w. ceritanya agak panjang dan banyak kedengaran di ceramah agama.

cerita ini diriwayatkan oleh al-tabarani, al-‘uqaili, abu nu’aim dll. Imam al-salihi dalam subulul huda menyatakan bahawa ia hadis batil. Ibnu jauzi juga menghimpunkannya dalam kitab al-maudu’at. Al-salihi juga menyatakan, imam al-zahabi juga berpendapat demikian.

Dalam tazkirah tersebut, profesor tersebut telah melakukan kesilapan dari sudut terjemahan. Kesilapan yang saya kira berpunca dari beliau mungkin tidak biasa dengan uslub tertentu. Walaupun dia seorang profesor dalam balaghah! Katanya, nabi s.a.w telah memukul ukkasyah dengan sengaja berpandukan kepada sabda nabi dalam teks yang dibacanya;

أعيذك بجلال الله أن يتعمدك رسول الله بالضرب

Apa kata pembaca sekelian? Nabi s.a.w sengaja memukul ukkasyah atau tidak sengaja?. Uslub ini banyak terdapat dalam penulisan dan percakapan. Saya tidak berhasrat menghuraikannya. Tapi ia salah satu bukti kepada perbincangan ini.

Sheikh syaltut
Salah seorang guru saya di mesir ialah sheikh sayyid syaltut. Beliau mengajar kami fiqh dan usulnya. Kitab usul fiqh غاية المأمول في شرح ورقات الاوصول yang telah kami khatam dan memasuki pusingan kedua adalah salah satu jasanya. Beliau ada menceritakan manhaj beliau dalam membaca kitab. Katanya, beliau akan membaca sebahagian atau sejuzuk dari sesebuah kitab dengan guru, kemudian akan meneruskannya sendiri. Sebabnya, dengan sebahagian kitab di baca dengan berguru maka bakinya tidak jauh berbeza laras dan uslub dan boleh ditekuni sendiri.

Begitulah cara beliau membaca terutama kitab-kitab yang besar dan berjilid-jilid. Antara guru yang pernah beliau berbuat demikian dengannya ialah dr. Muhammad bakar ismail dengan kitab ulum quran karangannya (jika saya tidak tersilap). Dr. Muhd bakar ismail ialah pensyarah tafsir dan ulum quran di azhar. Dengarnya, beliau meninggal dunia dalam keadaan sujud.

Dengan kami begitulah sheikh syaltut buat. Setelah kami menghabiskan bab ibadat kitab ghayat al-bayan syarah matan zubad karangan imam ramli, beliau memulakan bab muamalat dengan kitab lain. Juga beliau berpesan, kamu seolah-olah baca kitab al-nihayah karangan imam ramli dengan mengaji kitab ghayah ini!

Mufti mesir juga ada bercerita, pelajar zaman dahulu belajar kitab mughniy a-muhtaj jilid pertama selama 10 tahun. Selepas itu, guru mereka suruh balik baca sendiri. Dengar kata mufti pada minit 2.42 pada link berikut;

Kitab nahu dan sorof
mungkin ada yang bertanya, habis tu apa guna kaedah nahu dan sorof dalam kitab-kitab nahu dan sorof? Untuk ini kita perlu memahami kegunaan sesuatu bahasa antara kemahiran dan pengetahuan linguistik. Kemahiran berbahasa kadang kala tidak memerlukan pengetahuan linguistic mengenainya. Seperti orang melayu sekarang. Dikatakan penutur bahasa melayu tapi jika ditanya ayat aktif dan pasif pasti berfikir panjang.

Belajar nahu dan sorof serta menghafalnya adalah belajar ilmu pengetahuan linguistic bahasa arab. Tapi belum tentu dia boleh bercakap fasih dalam bahasa arab, belum tentu dia dapat membaca teks arab dengan tepat dan belum tentu dia dapat memahami audio atau percakapan arab dengan sempurna. Ini kerana itu semua berkaitan dengan kemahiran berbahasa. Begitulah juga sebaliknya. Semuanya ada objektif masing-masing. Ya, mempelajari nahu sorof membantu dalam kemahiran berbahasa tapi tidak semestinya.

Contoh yang mudah ialah perbezaan ilmu tajwid dengan kemahiran membaca al-quran. Walaupun banyak mana ilmu tajwid yang dipelajari, banyak mana matan yang dihafal tapi membaca quran dengan betul terletak pada latihan membaca. Dengan latihan, ada orang yang boleh membaca al-quran dengan betul walaupun ragu-ragu bila ditanya hokum mad.

Kata ibnu al-jazari; وليس بينه وبين تركه # إلا رياضة امرئ بفكه

Sarjana barat
Krashen dalam bukunya Second Language Acquisition And Second Language Learning telah menyatakan bagaimana sesuatu bahasa kedua dicapai.

adults can (cara pertama)'acquire,' which is the way children 'get' their first language, subconsciously, through informal, implicit learning. Once you have acquired something you're not always aware you have done it. It just feels natural; it feels as if it has always been there. Quite distinct from acquisition is (cara kedua) conscious learning. This is knowing about language, explicit, formal linguistic knowledge of the language.

ini adalah pernyataan dari tokoh linguistic barat yang menyamai penjelasan saya di atas. Bahkan beliau pada tempat yang berterus terang bahawa kefasihan seseorang berpunca dari pemerolihan (الاكتساب) bukannya pembelajaran mahupun hafalan sekaligus menyokong pendirian saya. Katanya;

fluency in second language performance is due to what we have acquired, not what we have learned.

Walaupun begitu, adalah lebih baik kedua-duanya pemerolihan dan pembelajaran berjalan serentak. Kata ibnu khaldun lagi;

وربما يكون الدؤوب على التعليم والمران على اللغة، وممارسة الخط يفضيان بصاحبهما إلى تمكن الملكة

Lagi pun, bukankan pahala yang dijanjikan oleh agama kerana pembelajaran dan pengajian?!.
Hingga sekarang saya masih berpendapat demikian. Mungkin betul, mungkin tidak. Wallahu a’lam bis sawab.

Khamis, Julai 08, 2010

satu nukilan buat renungan

assalamualaikum...

sudah lama sangat tidak menjenguk blog ini. ada sahaja yang menghalang. kerja, malas, keluarga dan lain lain. cuma hari ni terbaca satu artikel yang amat menarik. ia merupakan satu pandangan tetapi rasanya amat menepati apa yang terbuku di hati ini. tanpa susah-susah saya menulis saya ingin menukilkannya dengan memberi kredit kepada tuan asalnya, ustaz Adlan Abd. Aziz atau nama penanya alitantawi. harap boleh baca dengan hati yang terbuka.

Saturday, June 19, 2010
Dalam Fiqh, Saudi…Dalam Hadith, al-Albani…’Itu Kajian Ilmiah’?

Sebahagian (bukan semua, sebahagian) penuntut ilmu amat gopoh dalam memberikan penilaian terhadap sesuatu isu agama atau cabang ilmu berkaitan Islam. Saya terpanggil untuk menulis apa yang sering saya bicarakan bersama sahabat-sahabat lain dalam al-ahkam.net iaitu fenomena ‘tarjih’ iaitu keupayaan memilih pendapat yang terbaik dan terkuat mengikut dalil apabila berlakunya perbezaan dan perselisihan. Tarjih di sini tidak semestinya dalam fiqh, bahkan termasuk juga dalam aqidah, tafsir, hadith dan sebagainya.

Sifat gopoh dalam memberikan pandangan adalah sifat yang boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja. Apa yang terhasil daripada kegopohan seringkali akan membawa kesan yang negatif. Kadangkala sifat gopoh sering dikaitkan dengan usia muda atau peringkat awal menuntut ilmu. Apa yang penting, jangan malu dan degil untuk berubah kerana manusia tidak sempurna terutama penuntut ilmu di usia muda.

Di antara contoh kegopohan dalam memberikan pandangan ialah – Terdapat sebahagian penulis, penuntut ilmu malah pendakwah yang apabila timbul sesuatu persoalan dalam fiqh atau timbul perbincangan tentang kedudukan sesuatu hadith sama ada sahih atau tidak, maka timbullah dan kedengaranlah suara-suara bersemangat yang menyeru ke arah kajian, manhaj, tarjih, tahqiq dan perkara yang sewaktu dengannya. Lalu keluarlah pandangan yang paling ‘rajih’ dan pendapat yang paling kuat atau tepat. Persoalannya, benarkah itu yang ‘rajih’ dan betulkah itu yang paling kuat?

Apa yang penulis temui agak berlainan. Seruan yang indah dan hebat itu rupanya menutup satu kecenderungan memilih pendapat aliran tertentu. Ringkasnya, di dalam fiqh, mereka sebenarnya cenderung memilih pandangan ketat atau pandangan ulama dari Arab Saudi beraliran salafi (terdapat banyak jenis salafi). Manakala di dalam hadith, mereka sebenarnya cenderung memilih pendapat syeikh al-Albani.

Persoalannya, adakah saya akan mengkritik semata-mata kerana mereka cenderung kepada fiqh salafi Saudi dan hadith dari al-Albani? Sudah semestinya tidak. Itu pilihan masing-masing dan mungkin mereka ada sebab untuk memilih sebegitu.

*Apa yang saya ingin jadikan nasihat dan teguran ialah sikap mereka yang melaungkan slogan-slogan kajian ilmiah yang nampak sememangnya 100% ilmiah…sedangkan hakikatnya tidak begitu!

*Saya juga membangkitkan isu ini kerana ingin mengelakkan lebih ramai golongan yang berani tidak bertempat sebegini. Saya katakan berani tidak bertempat kerana melihat kepada kemampuan ilmu mereka yang melakukan perkara ini. Semangat mereka nampaknya melebihi ‘usia’ ilmu pada diri mereka.

*Kita juga perlu sedar bahawa terdapat ramai ulama sejak zaman berzaman hingga ke hari ini. Kenapa menghadkan kepada Ulama Saudi dan al-Albani?

Di antara punca utama perkara ini berlaku (sekadar maklumat yang ada pada penulis) ialah :

1- Pembacaan yang terhad. Membaca hanya buku-buku tertentu dan tidak dapat keluar daripada sangkaan tertentu terhadap ulama dan buku tertentu.

2- Pembacaan buku-buku kedua dan bukan sumber utama. Mungkin disebabkan tidak dapat membaca dalam bahasa asal iaitu Bahasa Arab atau mungkin juga kerana buku-buku kedua dan ketiga lebih ringkas dan dianggap memadai.

3- Keinginan dan nafsu ingin pergi ke tengah medan dakwah agar dikenali sebagai golongan ilmiah dan boleh memberikan pandangan terus daripada dalil dan nas.

4- Tidak melalui proses menuntut ilmu secara berperingkat dan tidak mempunyai guru yang memberikan panduan berterusan.

5- Tidak bergaul dengan pelbagai lapisan penuntut ilmu untuk berkongsi bersama apa yang ingin dikaji. Hanya berkawan dengan aliran masing-masing.

6- Tidak bersedia menarik balik pandangan atau membuat muhasabah terhadap sesuatu pegangan.

7- Bersungguh untuk mematikan hujah lawan walaupun dengan cara tidak ilmiah.

8- Tidak mengikuti perkembangan ilmu. Memadai dengan apa yang telah diketahui.

Contohnya ada sebahagian yang menulis tentang persoalan fiqh. Kadangkala latar belakang bukan daripada golongan agamawan, tetapi mereka mendakwa melakukan kajian berdasarkan dalil. Itu hak mereka untuk mendakwa. Apabila menulis – sama ada dalam bentuk buku atau artikel – mereka amat gemar menekankan aspek kajian, ketelitian, dalil yang sahih, rujukan muktabar dan sebagainya. Tetapi apa yang sering berlaku ialah : apabila tiba persoalan fiqh, mereka akan ketengahkan ulama dari Arab Saudi atau dari aliran ‘salafi’. Apabila tiba persoalan hadith pula, mereka akan utamakan pandangan syeikh al-Albani atau murid-muridnya dan yang sealiran. Inikah rupa ‘tarjih’, ‘tahqiq’ dan ‘dalil’?

Terlintas juga persoalan di hati – sejauh manakah mereka mampu untuk menyemak buku-buku asal dan utama dalam kajian ilmu Islam? Bukankah buku-buku itu ditulis dalam Bahasa Arab? Kalau mereka (sebahagiannya) mengakui mereka tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab, bagaimanakah kita boleh yakin dengan ‘kajian’ dan ‘penyelidikan’ mereka? Atau sebenarnya mereka mengambil kajian orang lain? Sekali lagi saya ulang, perbuatan mereka mengambil pandangan dan kajian ulama tertentu tidak salah. Tetapi ‘cara’ ia diiklankan seolah seperti kajian ilmiah…itu yang ingin ditegur.

Golongan sebegini juga kadangkala kita dapati terlalu mudah menghentam dan mengkritik orang lain yang didakwa pula ‘tidak ilmiah’, tidak ‘tarjih’, tidak mengkaji…inilah yang menyebabkan saya menulis untuk menasihat mereka, dan juga menasihati penuntut ilmu lain agar menjauhkan sikap sebegini.

Hakikatnya kita manusia lemah. Kadangkala kita yang sering melaungkan ‘ilmiah’ dan ‘tahqiq’ sebenarnya tidak ilmiah mana dan tidak tahqiq mana pun. Tetapi kecenderungan dan nafsu untuk memperlihatkan kepada orang lain kita adalah ilmiah dan mengkaji menjadikan kita lupa bahawa kita sebenarnya tidak mampu pun untuk membuat kajian yang ilmiah. Sebagaimana ada yang mendakwa dirinya ‘terbuka’ dengan semua aliran, tetapi hakikatnya kawan sendiri yang dilabel sebagai ‘tidak ada arah tuju’ atau ‘tidak ada manhaj’ bahkan ‘tidak salafi’.

Ada yang menulis seolah dialah yang membuat kajian sedangkan ia diambil dari buku tertentu. Kajian fiqh yang diambil daripada buku-buku huraian fiqh ulama Arab Saudi dijadikan asas dan ia dikeluarkan dalam bentuk ‘kajian perbandingan ilmiah’. Ada yang mendakwa dirinya membuat kajian terhadap hadith sedangkan kesemuanya diambil daripada orang lain. Ada yang pandai menutup perbuatan ini dengan menyatakan ‘Riwayat al-Tirmidzi’ dan tidak memasukkan ‘dinilai sahih oleh al-Albani’. Sedangkan kita tahu daripada buku rujukannya bahawa dia menggunakan pendapat syeikh al-Albani semata-mata dan mengabaikan terus penilaian al-Tirmidzi.

Saya sememangnya diberitahu bahawa ada pula golongan yang hampir serupa yang meghadkan ulama tertentu sahaja yang dianggap ‘benar-benar ulama’. Begitu ramai ulama zaman berzaman tetapi hanya dua tiga orang sahaja yang dianggap benar-benar ‘bermanhaj’? Patutlah mereka sempit dan tidak tahu membuat kajian perbandingan!

Itulah yang ingin ditegur…sempit, terhad, tetapi mendakwa diri ‘luas’, ‘terbuka’, membuat ‘kajian ilmiah’ dan ‘tarjih’ serta ‘tahqiq’. Berani tidak bertempat dan menghadkan pengambilan ilmu.

Saya berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah mengingatkan saya dan menyedarkan saya daripada ‘cenderung’ kepada mana-mana pihak sehingga tidak ilmiah. Saya juga berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang suka memberikan ‘sudut ketiga’ dalam perbincangan ilmiah yang akhirnya menjadikan kita merasa kerdil dan menghormati ulama. Jazakumullah kerana telah menyedarkan saya bahawa ilmu itu adalah apa yang ada di dada..bukan semata-mata di hujung mata pena dan kertas sahaja.

Adlan Abd. Aziz

Jumaat, April 23, 2010

buat renungan bersama...

kali ni saya nak berkongsi dua keping gambar. lihat pakaian seorang lelaki sedang solat, siap jadi imam kepada makmum yang berkopiah pulak tu.
حسبنا الله
tanpa sebarang komen dari saya. rasanya pembaca lebih banyak komen, dan macam-macam plak tu :)
kredit kepada tuan asal gambar http://www.waraqat.net/.

Rabu, Mac 31, 2010

Sheikh Taha Rayyan: guruku murabbiku

Beberapa waktu yang lalu, saya tidak merasa selesa setelah memulakan bicara mengenai maulana sheikh taha rayyan yang tidak berkesudahan. Kini saya cuba –insyaAllah- menyudahinya. Ia kini bagaikan tanggungjawab seorang murid kepada gurunya.

Sejak awal lagi, saya memilih maulana taha rayyan kerana beberapa sebab. Saya ada beberapa guru di sana. Antaranya mempunyai nama besar dalam bidang ilmu. Tapi maulana sheikh taha rayyan lain sedikit. Beliau salah seorang calon mufti mesir setelah dr. ahmad tayyib. Tapi beliau menolaknya kerana menjaga agamanya.

Semua orang tahu bahawa jawatan agama di mesir terdedah kepada banyak cabaran. Terutama dari pihak pemerintah. Ini kerana mesir walaupun dari satu sudut, cenderung kepada komunis dalam sekular, tapi akar umbinya masih terikat dengan agama. Jesteru, sebarang tindakan dengan sokongan agama akan mengambil tempat di hati rakyatnya. Ini berlaku sejak dahulu lagi. Sheikh al maraghi, bekas reaktor al azhar pernah diminta raja faruq untuk menghalalkan bekas isterinya yang ditalak tiga. Padahal dia si diktator yang boleh buat apa saja. Namun, iman sheikh al azhar telah menyelamatkannya. Baru-baru ini, sheikh al azhar (artikel ini sblm beliau meninggal dunia) telah menghalalkan tembok besi yang dibina pemerintah mesir di sempadan mesir-gaza. Ia dibuat atas nama majma’ buhuth islami. Banyak cakap-cakap di sebalik penghalalan ini. Allah sahaja yang maha mengetahui.

Setelah maulana ali jumaah dilantik mufti selepas dr. ahmad taiyyib, beliau telah diserang teruk oleh media masa. Saya pernah mendengar dari mulutnya sendiri, hanya satu akhbar yang menyebelahinya. Rasanya liwa’ islami. Berbelas akhbar lain hanya tahu menebar fitnah dan kekeliruan. Orang baik susah hidup di sana. Dr. nasr farid jatuh juga kerana akhbar. Disebalik banyak juga kontrovasi sebalik keputusan mufti ali jumaah, saya berharap Allah menjaga maulana dr ali jumaah dari ujian dunia mufti. Dalam sejarah umat islam, tidak sedikit yang ditajrih kerana hubungannya dengan umara.

Sheikh taha rayyan juga seorang yang amat tawaduk. Rumahnya sangat jauh. Tapi beliau berusaha seorang diri menaiki teksi memenuhi hasrat penuntut ilmu di sekeliling al azhar hampir setiap hari. Beliau bukannya muda lagi. Tapi semangat ‘memberi’ pada dirinya mengalahi orang muda. Ini dan beberapa faktor lain lagi yang meletakkannya di senarai paling atas untuk dimuatkan di ruang yang terbatas ini.

Kelas pengajian kitab muwatta’ imam malik kendaliannya merupakan pengajiannya yang paling saya minati. Ini selepas pengajiannya kitab subulus salam digugurkan tanpa berita. Selain kami pengikut mazhab syafie, tentunya kelas ini tumpuan pelajar mazhab maliki. Di sini juga saya telah berkenalan dengan beberapa rakan istimewa dari mazhab maliki. Antaranya sheikh Husain dari francis dan sheikh syarif dari afrika tengah.

maulana al sheikh di madyafah ismail al adawi
Kelas ini berlangsung di tempat yang dikenali sebagai madyafah. Ia wakaf sheikh ismail sadiq al ‘adawi kepada penuntut ilmu. Sheikh ismail salah seorang imam jami’ al azhar berketurunan saidina umar r.a. Tempat ini dibina di salah sebuah lorong yang bertentangan dengan pintu masuk university al azhar, khas kepada penuntut ilmu menghadiri kelas-kelas pengajian. Sekarang ia dijaga dengan baik oleh anaknya. Kami ketika pengajian dilayan seperti tetamu. Dijamu air dan sedikit snek semasa pengajian. Jasa sheikh ismail al adawi dan keluarga sentiasa dihargai dan dingati oleh sheikh taha rayyan dalam setiap doa penutup. Dan kami turut mengaminkan. Memang patutpun, tidak banyak yang berhati mulia seperti mereka.

Salah satu perkara yang sering mengamit ingatan mengenai kelas ini ialah muqaddimahnnya. Muqaddimahnya sama sahaja tapi cukup bermakna. Sheikh setiap kali kelas akan berkata selepas selawat dan salam kepada junjungan besar nabi s.a.w;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين. فقد فقّه الله في دينه امامنا مالكاً فاخرج لنا من هذا الدين اطيب الثمرات. ومن اطيب هذه الثمرات هذا الكتاب الجليل المسمى بمؤطاء امام مالك. نرجو الله سبحانه وتعالى ان ينفعنا به كما نفع به اسلافنا....اقراء يا بيب.

Aduh! Teringatnya…ibarat terakhir dari muqaddimah ialah isyarat dari sheikh kepada muqri’ memulakan bacaan. Kebanyakan system pengajian di sana menggunakan seorang muqri’ yang terpilih dikalangan pelajar, membaca satu petikan kemudian al sheikh mensyarahkan apa yang ingin diperkatakan. Sekiranya tidak, muqri’ tadi akan terus membaca. Begitulah dari awal kitab hingga akhir.

Muqri’ pengajian muwatta’ pada awalnya beberapa orang pelajar Libya. Sejak kedatangan syarif, beliau mengambil alih tugas ini. Si syarif ini nama asalnya Abdullah hijru. Berasal dari afrika tengah. Umurnya muda setahun dari saya. Tapi dia symbol kepada pengajian pondok di benua afrika yang mementingkan hafalan. Ciri pengajian pondok afrika ini telah menarik perhatian ramai orang. Cukuplah untuk pembaca mengetahui bahawa sheikh hamzah yusuf yang terkenal di Amerika merupakan lulusannya. Beliau telah menempuhi ranjau yang hanya kita dengar dalam kisah-kisah ulama terdahulu semata-mata untuk menuntut dengan al allamah murabit hajj di pasentrennya. Yang menarik sheikh hamzah ke sana ialah ciri hafalan ini. ceritanya di sini. mesti baca. ia memperkenalkan etnik ilmu yang masih kekal dengan ciri tradisional. 

Kami memanggilnya syarif kerana dia berketurunan rasulAllah s.a.w. keluarganya adalah keluarga ilmu. Beliau datang ke azhar dengan quran dan muwatta’ tersemat di dadanya. Ini belum dikira maklumat-maklumat lain seperti kata-kata ulama, syair dan matan-matan ilmu yang sentiasa bermain di bibir. Walaupun kami berkawan, tapi dalam mazhab ‘’bermusuh”. Ada sahaja perkara yang diperdebatkan. Lain kali ceritanya.

Setelah sembilan tahun kelas muwatta’ bermula, akhirnya pada 6/7/2008 kitab tersebut dikhatamkan. Yang menyedihkan, saya tidak sempat dengan hari bersejarah itu sebagaimana juga dengan hari permulaannya. Namun, saya berdoa agar diberi kesempatan bertandang di ‘majlis’ tuan pengarangnya nanti. Amiin…

Seperti yang saya isyaratkan sebelum ini, maulana al sheikh juga mempunyai kelas dalam syarahan kitab subulus salam. Ia diadakan di anjung atrak. Di masjid al azhar dahulunya terdapat ruangan-ruangan khusus kepada beberapa kumpulan ‘etnik’. Ada ruangan untuk pelajar dari syam, dari turki bahkan dari indonesia. Semuanya dinamakan ruwaq. Ruwaq atrak adalah untuk pelajar dari turki ke azhar mempelajari ilmu agama. Bahkan dikatakan di tingkat atas masjid al azhar terdapat asrama pelajar. Begitulah masjid al azhar dahulu. Kini ia tinggal kenangan. Bahkan ruwaq(anjung) indonesia sekarang ini telah menjadi pos polis. Siapa yang melalui belakang masjid azhar, tengok-tengoklah dinding masjid yang dekat dengan pos polis. Pasti akan jumpa perkataan ruwaq indonisi tertulis dengan habuk meliputinya. Tapi awas, jangan sampai tertangkap plak! Sapa tak kenal polis mesir…

Pengajian subulus salam berlangsung beberapa tahun. Agaknya seusia kelas muwatta’. Tapi ia terbantut beberapa kali. Kitab tersebut sempat saya dengar jilid 3 dan sedikit dari jilid 4, kemudian hilang tanpa berita. Tak tahulah kisahnya sekarang. Sekiranya sheikh menyambungnya tentu mengambil masa tidak lama. Kitab tu memangnya 4 jilid sahaja. Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan perbandingan mazhab dan fiqh maliki, sememangnya kitab ini amat sesuai. Beberapa kali saya mendengar tuan sheikh membetulkan nukilan-nukilan mazhab yang dimuatkan. Bukan sahaja mengenai mazhab maliki, bahkan mazhab lain juga tidak terlepas dari pandangan beliau.

Kelas lain bawah kendalian beliau ialah syarahan kitab fiqh maliki. Saya tidak tahu banyak mengenainya. Sepertimana yang saya sebut, saya pernah hadir sekali sahaja. Itupun kerana syarif mengajak. Katanya, sheikh buat jamuan makan!!

Kelas ini dianjurkan di masjid dirdir terletak dalam lorong-lorong belakang masjid al azhar. Lorong-lorong ini jangan cuba-cuba terokai kalau tanpa teman. Takut-takut tak jumpa jalan keluar!

Nama masjid sempena makam imam dirdir yang berada di dalamnya. Ia terletak di belakang kiblat. Imam dirdir merupakan tuan kitab yang disyarah oleh maulana. Mungkin kerana ingin mengambil berkat ia diadakan disitu. Imam masjid salah seorang dari anak murid maulana ali jumaah, sheikh imad dirdir. Begitulah nama glamornya.

Kelas lain yang saya hadir ialah kelas nailul autar. Ia dibuat setiap rabu antara maghrib isya’ di sebuah surau bawah rumahnya. Perjalanan ke sana hampir sejam termasuk masa menunggu bas. Kelas ini agak berbeza. Kebanyakan hadirin nampak macam geng salafi. Tapi rasanya bukan salafi yang selalu kita dengar. Mereka ada kelainan tersendiri. Entahlah, susah nak komen…

Ada lagi kelas lain kepunyaan maulana. Seperti kelas khas untuk wanita dll. Tapi pengajian-pengajian luarnya yang asas sepertimana yang saya ceritakan di atas. Ini selain kelas rasmi di universiti al azhar.

Ini sahaja yang mampu saya bawakan mengenai maulana sheikh taha rayyan. Dan saya sememangnya mengakui tulisan ini dan sebelumnya, masih kecil berbanding keperibadian, ilmu, akhlak dan sumbangan yang saya mengambil manfaat selama mengenalinya. Masih tidak terbalas dan tidak mungkin boleh terbalas. Allah s.w.t jualah tidak akan menyia-nyiakan balasan orang yang berbuat kebaikan. Saya makhluknya hanya mampu berbuat sekadar yang diinginiNya. Tapi saya ingin rahmatNya. Rahmat yang turun tatkala kisah para solihin disebut-sebut. (ابن عيينة: عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة )Moga hidup saya dengan kisah ini, dan hidup para pembaca sekalian dirahmati Allah s.w.t.

Kejarlah rahmatNya. Rahmat yang membawa ahli syurga ke syurga. Bukannya amalan mereka.

Wallahu a’alam bis sawaab…

Jumaat, Mac 12, 2010

sheikh tantawi, ali jumuah dan yaqazah...

sheikh tantawi dalam kenangan
pada 10 haribulan lepas dunia islam dikejutkan dengan kematian sheikh al azhar, sheikh muhammad sayyid tantawi. walaupun banyak kotroversi sepanjang kedudukannya sebagai canselor universiti tertua dunia dan sebelumnya sebagai mufti besar negara mesir, tetapi kita sebagai seorang muslim wajib mengambil sikap sepertimana yang ditunjukkan oleh al quran.(surah al hasyr ayat 10). 

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

"dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".

jika ada yang cuba mengungkit kepribadiannya dengan mengecam tindakan dan fatwanya semasa beliau hidup, katakanlah:

تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

"mereka itu adalah satu umat Yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa Yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa Yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa Yang telah mereka lakukan".(al baqarah: 134)

siapa penggantinya?
sudah beberapa kali saya ditanya mengenai kerusi al imam al akbar yang kosong dengan pemergian sheikh al tantawi. dan sudah beberapa kali saya menjawab, kemungkinan mufti besar mesir sekarang, sheikh ali jumaah atau reaktor al azhar kini, dr ahmad tayyib. namun, mufti sheikh ali jumaah lebih besar peluangnya. reputasinya cemerlang. beliau tidak banyak berkonfrontasi dengan kerajaan.

dalam hati ini, ada sedikit cetusan agar jawatan itu tidak diberikan kepada sheikh ali. kerusi sheikh al azhar walaupun gah di mata dunia, tapi ia kerusi fitnah dan ujian. tidak ramai yang berjaya keluar darinya dengan selamat, kecuali mereka yang betul-betul tegap dan kuat dengan iman dan takwa. apatahlagi jika melihat kerajaan yang menguasai mesir sekarang. sheikh ali jumaah adalah guru saya sebelum menjadi mufti lagi. mungkin kerana itu, saya tidak ingin melihatnya dikerumuni dan dihujani fitnah dan ujian, walaupun saya tahu lagi besar kedudukan seseorang disisi Allah, sebesar itu ujian yang datang.

jika telah tersurat bahawa sheikh ali adalah pengisinya, saya berdoa dan berharap agar Allah menetapkan kakinya dalam keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

sheikh ali jumaah
semalam apabila dikatakan bahawa sheikh ali adalah calon sheikh al azhar seterusnya, ada seorang sahabat saya mencelah. "sheikh ali jumaah masalah jugak! dulu dia kata dia lihat nabi yaqazah!" saya terkejut beruk mendengar. nasib baik saya bukannya jenis bercakap tanpa muka. biarlah, mungkin dia tidak tahu. kata pepatah arab, الانسان عدو ما جهل.

jika dia hanya berkata, sheikh ali masalah jugak, saya taklah ambil hati sangat. saya kenal sheikh ali lebih darinya. sememangnya beliau seorang yang banyak menongkah arus dalam berpandangan. tapi tidaklah sampai melawan ijmak. beberapa pandangan beliau berupa pentarjihan pendapat ulama yang terpencil. antaranya masalah bersalaman dengan wanita, faedah bank dll. begitu juga dengan beberapa fatwanya dalam masalah semasa yang menimbulkan kontroversi, seperti pemain bola harus berbuka puasa ramadan.

fatwa-fatwa semasa sebegini jika dilihat pada sudut yang sepenuhnya, ada kewajarannya. tapi yang tersebar di dada akhbar hanya sepotong tajuk yang menimbulkan seribu satu persoalan. akhirnya, ramai penentang bercakap bukan pada tempatnya dan bukan pada fatwa yang dikeluarkan. laman web dar al ifat' banyak kali mengeluarkan kenyataan berupa penafian terhadap beberapa laporan akhbar yang dianggap tidak tepat dan tidak telus. pembaca boleh melihatnya sendiri permainan akhbar. keadaannya sama dengan akhbar nasional malaysia terhadap kenyataan ahli politik pembangkang.

namun saya tidak nafikan ada yang menentang dengan pengetahuan yang secukupnya tentang masalah. bahkan ada yang menyebelahi kebenaran. dan juga saya tidak ingin bertindak menyucikan beliau dari sebarang kesalahan dan kesilapan. beliau sepertimana yang saya sebutkan sebelumnya, banyak menongkah arus dan menimbulkan kontroversi. tapi itu bukanlah sebab untuk tidak menghormati seorang ulama. imam zahabi ada berpesan, bukanlah syarat seorang tokoh besar untuk tidak melakukan sebarang kesalahan.

melihat nabi secara sedar
tapi masalah melihat nabi secara sedar yang digunakan untuk mentajrih seseorang adalah perbuatan tidak beretika. perbuatan yang tidak bersandarkan ilmu pengetahuan. hanya ikut-ikut. ia sebenarnya bermula dari masalah khilafiyah dan berakhir dengan perbalahan antara wahabiyah dan asya'irah. para pemuka wahabi bermati-matian menolak masalah ini tanpa melihat pendapat ulama yang sedia wujud. ia seumpama masalah tawassul dan baca al quran kepada si mati.

masalah melihat nabi secara sedar diharuskan oleh ramai ulama. disini saya sertakan nama-nama mereka dengan tulisannya sekali jika mampu, insyaAllah.

1. al hafiz sayuti. beliau telah menulis risalah khusus tentang melihat nabi secara sedar. nama kitabnyanya, تنوير الحلك فى إمكان رؤية النبى والملك. risalah ini bermula sebagaimanana berikut tanpa terjamahan dari saya:

فقد كثر السؤال عن رؤية أرباب الأحوال للنبي صلى الله عليه وسلم في اليقظة وإن طائفة من أهل العصر ممن لا قدم لهم في العلم بالغوا في إنكار ذلك والتعجب منه وادعوا أنه مستحيل فألفت هذه الكراسة في ذلك وسميتها (تنوير الحلك في إمكان رؤية النبي والملك) ونبدأ بالحديث الصحيح الوارد في ذلك: أخرج البخاري ومسلم وأبو داود عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه (وسلم : ( من رآني في المنام فسيراني في اليقظة ولا يتمثل الشيطان بي 

2. imam ibnu al haaj al maliki. beliau menyebut dalam kitabnya al madkhal. (bab فَصْلٌ فِي ذِكْرِ بَعْضِ الْمُتَشَبِّهِينَ بِالْمَشَايِخِ وَأَهْلِ الْإِرَادَةِ)

وَهَذَا بَابٌ ضَيِّقٌ وَقَلَّ مَنْ يَقَعُ لَهُ ذَلِكَ الْأَمْرُ إلَّا مَنْ كَانَ عَلَى صِفَةٍ عَزِيزٍ وُجُودُهَا فِي هَذَا الزَّمَانِ ، بَلْ عَدِمَتْ غَالِبًا مَعَ أَنَّا لَا نُنْكِرُ مَنْ يَقَعُ لَهُ هَذَا مِنْ الْأَكَابِرِ الَّذِينَ حَفِظَهُمْ اللَّهُ - تَعَالَى - فِي ظَوَاهِرِهِمْ وَبَوَاطِنِهِمْ

3. al imam al muhaddith ibnu abi jamrah dalam kitabnyanya bahjah al nufus ketika syarah hadis, من رآني في المنام فسيراني في اليقظة . nukilan dari kitabnya panjang lebar. jadi saya tidak perturunkan disini. tulisannya paling lengkap dalam masalah

4. imam ibnu hajar al hathami dalam al fatawa al hadithiyyah. beliau telah menjawab soalan yang berkaitan dengan katanya:

نعم يمكن ذلك، فقد صرح بأن ذلك من كرامات الأولياء الغزالي والبارزي  والتاج السبكي والعفيف اليافعي من الشافعية والقرطبي وابن أبي جمرة من المالكي.

5. al muhaddith ibnu battal dalam syarah bukhari sepertimana di nukilkan oleh ibnu hajar. katanya:

قوله فسيراني في اليقظة يريد تصديـق تلك الرؤيا في اليقظة وصحتها وخروجها على الحق وليس المراد أنّه يراه في الأخرة لأنّه سيراه يوم القيامة في اليقظة فتراه جميع أمته من رآه في النوم ومن لم ير منهم

6. al muhaddith ibnu al tin dalam syarah al bukhari sepertimana dinukilkan oleh ibnu hajar. katanya:

فيكون بهذا مبشراً لكل من آمن به ولم يره أنّه لابدّ أن يراه في اليقظة قبل موته

7. al muhaddith imam al qurtubi dalam syarah muslimnya bertajuk al mufhim. yang menakjubkan, imam al qurtubi sendiri membuat 'akuan sumpah' bahawa beliau melihat nabi secara sedar!!. katanya:

قلتُ: وقد وقع لي هذا مرات . منها: أني لمَّا وصلتُ إلى تونس قاصداً إلى الحج سمعتُ أخباراً سيِّئة عن البلاد المصرية مِن جهة العدوِّ الذي غلب على دمياط فعزمتُ على المقام بتونس إلى أنْ ينجلي أمر العدو ، فأُريتُ في النوم كأني في مسجد النَّبي صلى الله عليه وسلم وأنا جالسٌ قريباً مِن منبره ، وأُناس يُسلِّمون على النبيِّ صلى الله عليه وسلم ، فجاءني بعض من سلَّم عليه ، فانتهرني وقال: قُمْ فسلِّمْ على النبي صلى الله عليه وسلم ، فقمتُ فشرعتُ في السلام على النبيِّ صلى الله عليه وسلم ، فاستيقظت ، وأنا أسلِّم عليه ، فجدَّد الله لي عزماً ويسَّر عليَّ فيما كان قد صعبَ مِن أسبابي ، وأزال عنِّي ما كنتُ أتخوَّفه مِن أمر العدو ، وسافرتُ إلى أنْ وصلت إلى الإسكندرية عن مدة مقدارها ثلاثون يوماً في كتف السلامة ، فوجدتها والديار المصرية على أشدّ خوفٍ ، وأعظم كربٍ ، والعدو قد استفحل أمره ، وعظمت شوكته ، فلم أُكمل في الإسكندرية عشرة أيامٍ حتَّى كسر الله العدو ، ومكَّن منه مِن غير صُنْع أحدٍ من المخلوقين ، بل: بلطف أكرم الأكرمين ، وأرحم الراحمين . ثمَّ: إنَّ الله تعالى كمَّل عليَّ إحسانه وإنعامه ؛ وأوصلني بعد حجِّ بيته إلى قبر نبيه ومسجده ، فرَأَيتـُـهُ وَاللـَّــــهِ فـي اليـقـظــة على النَّحو الذي رأيته في المنام مِن غير زيادة ولا نقصان

8. al imam al mufassir al alusi dalam tafsirnya, ruh al maaniy. katanya (tafsir al ahzab: 40);

وكذا لا يحسن مني أن أقول : إنهم إنما رأوا النبي صلى الله عليه وسلم مناماً فظنوا ذلك لخفة النوم وقلة وقته يقظة فقالوا : رأينا يقظة لما فيه من البعد ولعل في كلامهم ما يأباه ، وغاية ما أقول : إن تلك الرؤية من خوارق العادة كسائر كرامات الأولياء ومعجزات الأنبياء عليهم السلام

ini adalah ulama dahulu yang membenarkan masalah melihat nabi secara sedar. ini belum dicampur dengan nukilan mengenai ulama yang menyokong seperti dalam kata-kata ibnu hajar al haithami; imam al ghazali, imam al barizi, imam al subki, imam al yafi'e. ini juga belum digabung dengan pendapat ulama sufi yang hampir keseluruhannya membolehkan. ini belum kata ulama lain yang saya tidak tahu. 

adapun ulama kontemporari:

1. al muhaddith sheikh muhammad alawi al maliki dalam kitabnya al zakhair al muhammadiyah

2. sheikh sayyid sabiq juga mendakwa pernah melihat nabi secara sedar sebagaimana dinukilkan oleh sheikh ali jumuah dan sheikh taha rayyan. sumber di sini

3. sheikh dr. taha rayyan. sumbernya sepertimana diatas.

4. sheikh atiyyah saqar. fatwanya dinukilkan di sini

5. sheikh said ramadan al butiy. fatwanya di sini.

6. sheikh dr. ahmad mahmud zain. fatwanya di sini.

sekiranya hendak dibawa semua mereka yang membolehkannya, rasanya keterlaluan. sebilangan ulama yang dibentangkan disini sudah cukup kepada insan yang inginkan kebenaran. tak perlu banyak-banyak. saya pun bukannya tahu sangat.

di pihak pembangkang ada beberapa hujah mereka. setakat yang saya tahu, semuanya berdiri tanpa dalil yang kukuh. ada macam-macam. antaranya yang paling kuat; nabi sudah mati, kenapa sahabat tidak melihatnya terutama ketika fitnah?, hadis bukhari mengenainya banyak musykilnya dll. tetapi tiada satu pun dalil quran atau sunnah yang menidakkan melihat nabi secara sedar.

1. mengenai nabi sudah mati bagaimana nak melihatnya secara sedar. telah terbukti dalam hadis-hadis sahih bahawa nabi s.a.w telah melihat secara yaqazah para nabi-nabi dalam peristiwa isra' dan mi'raj. sedangkan para nabi-nabi tersebut telah meninggalkan dunia ini. ini membuktikan bahawa kematian tidak menghalang. kecualilah mereka mendakwa isra' dan mi'raj berlaku dalam mimpi. hadis ini juga membuktikan masalah melihat secara yaqazah adalah berlaku.

2. kenapa sahabat tidak melihatnya ketika fitnah membantu mereka?. imam alusi dalam tafsirnya telah menjawab persoalan ini. juga kita perlu ingat, tiada siapa yang mensyaratkan demikian. dalam masalah mimpi bertemu nabi yang disepakati oleh umat islam, tiada siapa yang mempersoalkan kenapa nabi tidak datang dalam mimpi menunjukkan jalan keluar dari fitnah yang dihadapi. kenapa dalam masalah ini syarat sedemikan timbul? saya tak paham...itu semua kehendak Allah. sekiranya Allah ingin membuka hijab melihat nabi samada secara mimpi atau sedar, Allah buka. jika Allah tidak berkehendak Allah tidak akan buka.

3. mengenai hadis bukhari من رآني في المنام فسيراني في اليقظة. memang lafaz tersebut mengandungi pelbagai makna sehingga hampir mencapai angka sepuluh. tetapi makna yang menyokong masalah ini juga terkandung sepertimana tafsiran setengah syarahannya. perbuatan mengeluarkan tafsiran ini tanpa sebab adalah salah. kata ulama usul; تخصيص الشئ بدون مخصص لا يجوز.

begitu juga musykil yang di bawa oleh ibnu hajar adalah berkaitan dengan hubungan antara kedua rangkapnya. ini difahami dengan sebab yang di bawa oleh ibnu hajar; "bahawa banyak ahli solah yang bermimpi bertemu nabi tapi tidak mengatakan bahawa mereka bertemu pula secara sedar. sedangkan hadis nabi tidak akan salah". musykil ini tidak bermakna melihat secara sedar tidak wujud sama sekali.

jika zaid berkata; apabila saya masuk rumah saya akan melihat kereta. dan kenyataan zaid itu bohong semata-mata. adakah kita akan berkata bahawa zaid tidak pernah melihat kereta? atau zaid tidak melihat kereta apabila masuk rumahnya?. begitulah maksud musykil ibnu hajar. kemusykilan bukan pada melihat nabi secara sedar semata-mata, akan tetapi pada syarat bahawa seseorang yang melihat dalam mimpi akan melihatnya dalam sedar. pun begitu, musykil ini telah dijawab oleh ulama. tidak bagitahu bukan bererti tiada. ramai yang menyatakan bahawa si fulan itu paling tidak akan melihatnya ketika nazak untuk membenarkan hadis nabi tersebut.

mengenai melihat sesuatu secara yaqazah, imam ibnu taimiyah sendiri mengakui bahawa ia karamah para auliya. katanya (j 11 ms 313);

فَمَا كَانَ مِنْ الْخَوَارِقِ مِنْ " بَابِ الْعِلْمِ " فَتَارَةً بِأَنْ يُسْمِعَ الْعَبْدَ مَا لَا يَسْمَعُهُ غَيْرُهُ . وَتَارَةً بِأَنْ يَرَى مَا لَا يَرَاهُ غَيْرُهُ يَقَظَةً وَمَنَامًا  

jadi kenapa terjadinya pengkhususan bahawa ia bukan untuk nabi s.a.w tanpa dalil?!

seperkara lagi imam al syatibi berkata dalam kitabnya al muwafaqat;

ومن الفوائد في هذا الأصل أن ينظر إلى كل خارقة صدرت على يدي أحد، فإن كان لها أصل في كرامات الرسول عليه الصلاة والسلام ومعجزاته فهي صحيحة، وان لم يكن لها أصل فغير صحيحة

begitu juga dengan imam al mula ali al qari dalam syarah al fiqhul akbar;

إن أبا حنيفة رضي الله عنه كان يقول : إن كل ما كان معجزة للنبي جاز أن يكون كرامة لولي بشرط عدم التحدي

hadis sahih telah membuktikan bahawa antara mukjizat nabi s.a w ialah bertemu dengan para nabi secara sedar sepertimana dalam isra' mi'raj. jesteru, melihat secara yaqazah harus menjadi karamat kepada auliya.

secara naqli dan aqli, masalah melihat nabi s.a.w secara sedar berada dalam lingkungan harus. mereka yang ingin menidakkannya sepatutnya membawa dalil pengharamannya. bukannya andaian dan kesimpulan yang tidak tahu hujung pangkalnya.

bertitik dari sini, saya beranggapan bahawa manusia yang menggunakan masalah ini sebagai medium mentajrihkan orang lain terutama para ulama, samada salah satu dari tiga jenis. manusia yang 'lidah tidak bertulang', yang bercakap tidak tentu hala. atau wahabi yang mentajrihkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. atau si jahil yang cuba memberi pandangan. sahabat saya itu entahlah dari pihak mana.

nota penting
fatwa sheikh al butiy yang dicanang setengah orang untuk menyerang sheikh ali, "bahawa insan yang mendakwa demikian dikhalayak ramai adalah bohong dan patut dita'zir", adalah pandangannya. dan tidak semestinya wajib kepada semua orang lebih-lebih lagi mereka yang bertaraf ulama. tambahan lagi, sheikh al butiy tidak mengingkari kewujudan karamah seperti itu. cuma al sheikh hendak mengelak dari fitnah yang mungkin timbul. tapi perlu diingat, pengisytiharan sheikh ali jumaah dikhalayak, dan sebelumnya sheikh sayyid sabiq, imam al qurtubiy al muhaddith dalam kitabnya ditulis untuk umum, dan begitu juga ulama lain seperti sheikh abdul qadir al jaylani; juga boleh dianggap sebagai pandangan yang berbeza dengan sheikh al butiy. pandangan yang dikeluarkan dalam bentuk amalan.

semoga tulisan ini dapat melangsaikan hutang yang sepatutnya saya selesaikan dalam perbualan beberapa hari lalu, sebagai tanggungjawab dan tugas seorang murid kepada gurunya. paling tidak tanggungjawab seorang muslim kepada saudara seislamnya yang dizalimi.

wallahu a'lam bissawab...

Khamis, Februari 25, 2010

istimewa buat-mu rasulAllah s.a.w

sejak mengenali laman you tube, nasyid ini entah berapa puluh kali saya ulang. tapi anehnya, semakin diulang makin sedap. ia mengandungi keindahan bahasa yang menusuk jiwa. sebenarnya, jiwa yang bergelodak bukan kerana liriknya semata-mata. tapi kerana ia menimbulkan seribu satu ingatan dan kerinduan terhadap seeorang yang amat penting. dialah rasulAllah s.a.w.

saya ada terbaca tapi tak ingat di mana. ulama memberi perumpamaan mengenai kedudukan rasulAllah s.a.w dalam diri seorang muslim. katanya, rasulAllah telah pun mengambil tempatnya dalam hati seorang insan tatkala dia mengucap kalimah syahadah dengan hati yang benar. namun, kadang-kadang kita tidak sedar akan kewujudan baginda kerana tidak 'diusik'. baginda ibarat gula yang bertakung di dasar cawan teh. selagi tidak dikacau, ia akan tetap disitu. teh itu akan berasa pahit dan tidak sedap. gula perlu dikacau agar manisnya merayap segenap penjuru cawan meresapi air teh tersebut.

begitulah hati seorang muslim yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya. hati tersebut perlu sentiasa digerak dan diusik agar Allah dan rasul-Nya timbul menyelinap masuk meresapi setiap tulang bendulang dan urat serta daging orang beriman.

raja habsyah telah menyebut kepada rombongan sahabat yang berhijrah ke sana dalam satu dialog sesama mereka; sesungguhnya iman apabila meresapi hati, ia tidak akan keluar.

tapi mungkin ia tidak bertindak lalu pemiliknya terjerumus dalam lembah maksiat. ketika itu, dia tidak dianggap beriman ketika mencuri atau berzina. tapi imannya akan timbul kembali untuk membawanya ke arah taubat dan sesal.

telah menjadi tugas kita untuk menggerakkan iman tersebut supaya kembali beraksi. telah menjadi tugas kita untuk menggongcangkan cebisan cinta yang lama terperap ini. marilah kita mulakan dengan cinta rasulAllah s.a.w. bagindalah jambatan dan teman menuju cinta Allah s.w.t

amatilah nasyid ini. saya sertakan liriknya tanpa terjemahan. sengaja saya bawakan tanpa terjemahan, kerana ia akan mencacatkan keindahan yang sedia ada dalam rangkap-rangkapnya. kali pertama, pembaca boleh menonton videonya. tapi seterusnya, saya cadangkan dengar tanpa tonton. keasyikan tonton akan mengurangi tumpuan yang sepatutnya kepada mengingati baginda. hayati liriknya. insyaAllah, kemanisan akan melata..

ia juga satu usaha kecil dari hamba hina dina ini memeriahkan sambutan maulid kali ini. ia istimewa buat-mu rasulAllah s.a.w.

نسيم هبت علينا من حمى المصطفى

نسيم فيها الهنا فيها الدوا والشفاء

بشمها يصلح الظاهر لنا والخفاء

يا بخت من للنبي في كل حال إقتفى

على قدم صدق مع أهل الهمم و الوفاء

هم الرجال الأكابر هم هم الشرفاء

هم أهل الاسرار هم أهل النقا والصفا

يا حادي أسجع فحالي بالنبي قد صفا

إذا بدت عين جود الله عنا عفا

ألله حسبي ونعم الحسب حسبي كفى

منه المواهب ومنه العافيه والشفاء

يا واسع الجود ربي خير عافي عفا

أمنن علينا برفقة عبدك المصطفى

أسلك بنا نهج من لهديه إقتفى

نثبت بديوان وراث النبي الخلفا

بجاه أحمد حبيب الله كنز الوفاء

عليه صلى إلهي ما الحيا وكفا

والآل والصحب ما برق السما ء
 
 
video rakaman dalam satu sesi bersama habib ali al jufri. penasyidnya dikenali sebagai abdul salam al hasani dari maghribi.

Selasa, Februari 16, 2010

ulasan al hafiz al 'zahabi: pindah mazhab dan hadis yang bertentangan kata imam.



alhamdulillah....saya telah selesai menyerahkan draf akhir disertasi pada minggu lalu. rasanya lega tidak terkata. itu baru siap draf, belum lagi siap sepenuhnya. insyaAllah sebelum semester depan master saya selesai.

benar kata sesetengah orang. nikmat senang tidak akan dirasai jika tidak pernah susah. macammana kita boleh mengetahui betapa nikmatnya kenyang jika tidak pernah lapar. nikmat sihat jika tidak pernah sakit. oleh itu, islam mengajar kita sentiasa mensyukuri nikmat pulihnya kita dari kesakitan, kekenyangan selepas kelaparan bahkan selepas buang air dll.

cuba bayangkan. dalam keadaan kita sakit perut memulas, keadaan mula terdesak. tandas pula jauh atau susah masuk kerana menuggu giliran. kadang-kadang peluh menitik-nitik kerana susah hendak buang air. akhirnya berjaya juga. mision imposible completed. tatkala itu, sangat wajar kita mengucapkan syukur kepada ilahi yang memudahkan misi diselesaikan. katakanlah; segala puji kepada Allah yang menghilangkan kesakitan dan kemudaratan dariku, dan menyihatkanku.(الحمد لله الذي أذهب عني الأذى وعافاني) riwayat ibnu majah.

saya pernah mempunyai datuk saudara yang tua, sakit kerana tidak boleh buang air besar. perutnya membusung. makan bisa tapi keluarnya tidak. apabila makan ubat sedikit sahaja yang keluar. tidak padan dengan apa yang dimakan. akhirnya meninggal dunia. ya. mati kerana sakit tua. tapi ia bermula dengan salah satu nikmat yang mungkin tidak seberapa pada pandangan kita, ditarik.

alhamdulillah tidak terkira sekali lagi. buat Allah yang terlalu mengasihani. dari hambaMu yang senantiasa memohon dilindungi dan dirahmati. moga dapat menemani rasulMu di alam ukhrawi nanti. amiin..

kali ini saya hendak membawa kepada pelawat blog ini sedikit dari kata-kata imam al hafiz al zahabi. seorang tokoh ulama hadis yang terbilang. bahkan semua ahli hadis mutaakhirin mengambil ilmu dan berteduh di bawah lembayungnya. bahkan ibnu hajar al asqalani pernah minum air zam zam dengan niat ingin mencapai darjat al zahabi dalam bidang hadis.

ia berkaitan dengan apa yang telah saya bawa sebelum ini mengenai perpindahan mazhab. jika sebelum ini kata imam iraqi, kini imam al zahabi mengambil giliran. dalam tarjemah salah seorang ulama mazhab syafie, abdul aziz al darikiy. al zahabi telah memberi komentar terhadap ulasan ibnu khallikan terhadap al darikiy. (siyar: j. 16 ms. 405)

قَالَ ابْنُ خَلِّكَانَ:كَانَ يُتَّهَمُ بِالاِعْتِزَالِ، وَكَانَ رُبَّمَا يَخْتَارُ فِي الفَتْوَى  ، فيُقَال لَهُ فِي ذَلِكَ، فَيَقُوْلُ:وَيْحَكمْ! حَدَّثَ فُلاَنٌ عَنْ فُلاَنٍ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بِكَذَا وَكَذَا، وَالأَخْذُ بِالحَدِيْثِ أَوْلَى مِنَ الأَخْذِ بِقَولِ الشَّافِعِيِّ وَأَبِي حَنِيْفَة .

قُلْتُ:هَذَا جَيِّدٌ، لَكِنْ بِشَرْطِ أَنْ يَكُونَ قَدْ قَالَ بِذَلِكَ الحَدِيْثِ إِمَامٌ مِنْ نُظَرَاءِ الإِمَامَيْنِ مِثْلُ مَالِكٍ، أَوْ سُفْيَانَ، أَوِ الأَوْزَاعِيِّ، وَبأَنْ يَكُونَ الحَدِيْثُ ثَابِتاً سَالِماً مِنْ عِلَّةٍ، وَبأَنْ لاَ يَكُونَ حُجَّةُ أَبِي حَنِيْفَةَ وَالشَّافِعِيِّ حَدِيْثاً صحيحاً معَارضاً للآخَرِ.أَمَّا مَنْ أَخَذَ بِحَدِيْثٍ صَحِيْحٍ وَقَدْ تنكَّبَهُ سَائِرُ أَئِمَّةِ الاِجتهَادِ، فَلاَ، كَخَبَرِ:(فَإِنْ شَرِبَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوه)، وَكَحَدِيْثِ (لَعَنَ اللهُ السَّارِقَ، يَسْرِقُ البَيْضَةَ،فَتُقْطَعُ يَدُهُ

"kata ibnu khallikan: (al darikiy) telah dituduh i'tizal (mu'tazilah). dan dia kadang-kadang memilih dalam fatwa (perkataan ibnu khallikan yang asal: beliau kadang-kadang berfatwa berbeza dengan mazhab imam syafie dan abu hanifah). lalu ditanya mengenai perbuatannya itu. beliau menjawab: celaka kamu!! si fulan meriwayatkan dari si fulan dari rasulAllah s.a.w dengan ini dan ini (maksudnya, dia membawa dalil hadis). mengambil hadis lebih afdal dari mengambil kata al syafie dan abu hanifah.

saya(al zahabi) kata; ini bagus. tetapi dengan syarat hadis tersebut telah digunapakai oleh seorang imam seumpama dua imam tadi(al syafie dan abu hanifah) seperti malik atau sufyan atau al auza'i. dan juga(syarat) hadis itu thabit dan selamat dari sebarang illah. dan juga(syarat) tidaklah hujjah abu hanifah dan al syafie merupakan hadis sahih bercanggah dengan yang lain. adapun mengambil hadis sahih yang telah ditolak oleh seluruh imam-imam mujtahid, tidak sama sekali. seperti hadis: jika dia minum(arak) pada kali keempat, maka bunuhlah. dan seperti hadis; Allah melaknat si pencuri, mencuri sebutir telur lalu dikerat tangannya."

di sini saya ingin menyimpulkan kedua-dua kata imam al iraqi dan al zahabi dalam bentuk point:

1. bermazhab harus. kalu tidak tentu imam al iraqi dah hentam penanya soalan ini, bukannya menjawab menyelesaikan masalah muqallid. lagipun sesiapa yang membaca tarjemah imam iraqi dan al zahabi, tentu dia akan dapati mereka ini bermazhab syafie. begitulah dengan semua ulama yang terkenal yang lain, hatta ibnu taimiyyah dan muhamad bin abdul wahab sekalipun.

2. seorang muqallid harus keluar dari mazhabnya memegang pendapat imam yang lain kerana hajat dan keperluan. dan ini berlaku di malaysia ini. jika ada orang yang menganggap bahawa syafie di malaysia ta'asub mazhab syafie, dia ini menyerang membabi buta. syafie malaysia tidak pernah ta'asub. jika tidak semua perempuan akan menutup badan dan muka seluruhnya kecuali tapak tangan. ini kerana dalam mazhab syafie, luar solat semua anggota badan wanita adalah aurat. cuba lihat sekeliling. kita ni ta'asub syafie ke? ini belum melihat perkara-perkara lain seperti kaedah pembayaran zakat, niat puasa ramadan, masalah haji dll.

3. bagi mereka yang berpindah pendapat, disyaratkan beberapa perkara. antaranya, tidak kerap berbuat demikian kerana ingin memcari rukhsah dan kesenangan. begitu juga tidak terjerumus dalam amalan yang tidak sah di sisi mana-mana iman. contohnya seperti dalam kata-kata imam al iraqi. huraiannya secara terperinci ada dalam kitab-kitab usul fiqh.

4. bagi yang ingin berpindah kerana terjumpa hadis sahih. ini juga dibolehkan dengan satu syarat. mempunyai keahlian. keahlian disini merangkumi bidang hadis itu sendiri secara riwayat dan dirayah. disamping pengetahuan yang cukup tentang pendapat-pendapat ulama; khilaf dan ijmak. boleh rujuk apa yang dikatakan oleh imam al iraqi yang saya nukilkan bersama-sama dengan komen imam al zahabi ini. ini wajib dipenuhi supaya si fulan tidak terjerumus dalam kekeliruan dan kesilapan. secara ringkas, ia bukan untuk orang awam macam kita-kita ni, walaupun mulut berbuah dengan nukilan itu dan ini, hadis itu dan ini, dan kata itu dan ini.   

masalah keahlian ini semakin kacau bilau. ramai yang berlagak seolah-olah ahli. sejauh mana keahliannya, Allah yang maha tahu. pesan seorang penyair;
اََلآ كل مَن يدَّعِي في العلم معرفةً # عَلِمَ شيئاً وغابتْ عنه اشياء

jadi, kenali diri sendiri sebelum memperkenalkan diri kepada orang lain.

Sabtu, Januari 23, 2010

isu sanad dalam qira'at dan hadis


semalam sebelum kelas, saya berkesempatan berbual-bual dengan orang 'atasan' dari jabatan al quran dan al sunnah. banyak topik yang disentuh. berbual dengannya mengingatkan saya kepada salah seorang rakan di mesir -rasanya dia masih lagi di sana- yang suka menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan fiqh dan bahasa arab. kadang kala pasal hadis.

bermula dari isu taujih qira'at, rasam al quran dan taujihnya sehingga berakhir dengan topik pertikaian mutawatir dalam sanad qira'at. di penghujung perbincangan, kami sampai kepada satu hipotesis, cara ulama qira'at dalam masalah sanad ada perbezaan dengan rentak ulama hadis. siap sekali dengan tajuk buku atau artikel: qira'at dan hadis: analisis menurut ilmu mustalah(perbezaan dan persamaan) :-)

setelah selesai kelas, saya cuba-cuba search dalam internet dan syamilah berkenaan dengan isu tersebut. ada satu tajuk yang mungkin boleh diketengahkan sebagai permulaan dalam mengenali isu seputarnya.

untuk melihat persamaan dalam qira'at dan hadis, rasanya tidaklah sukar kerana keduanya berasaskan kepada tapak yang sama, iaitu sanad. walaupun ada ulama yang menyebut, asas dalam penerimaan sesuatu qira'at ada tiga: sanad, rasam dan bahasa arab. tetapi menurut muhaqqiqin dalam ilmu qira'at, sanad adalah asas. jika sanadnya mencapai darjah yang dikehendaki maka ia terus diterima. rasam dan bahasa arab hanyalah sekunder. sanad adalah segalanya.

mencari perbezaan mungkin sukar dan jarang. jesteru, saya ingin menengahkan satu isu yang menjadi pertikaian antara kedua-dua entiti ini. isu tersebut ialah bertakbir di antara surah al duha hingga akhir ketika khatam. dalam isu ini ada beberapa perbezaan yang menunjanginya.

ia bermula dengan hangatnya apabila syeikhul islam ibnu taimiyyah menyebut dalam majmu' fatawanya. kata beliau (j17 ms130):

وَالتَّكْبِيرُ الْمَأْثُورُ عَنْ ابْنِ كَثِيرٍ لَيْسَ هُوَ مُسْنَدًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يُسْنِدْهُ أَحَدٌ إلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إلَّا البزي وَخَالَفَ بِذَلِكَ سَائِرَ مَنْ نَقَلَهُ فَإِنَّهُمْ إنَّمَا نَقَلُوهُ اخْتِيَارًا مِمَّنْ هُوَ دُونَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَانْفَرَدَ هُوَ بِرَفْعِهِ وَضَعْفِهِ نَقَلَهُ أَهْلُ الْعِلْمِ بِالْحَدِيثِ وَالرِّجَالِ مِنْ عُلَمَاءِ الْقِرَاءَةِ وَعُلَمَاءِ الْحَدِيثِ كَمَا ذَكَرَ ذَلِكَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ الْعُلَمَاءِ

"dan takbir yang dinukilkan dari ibnu kathir tidak bersandarkan dari nabi s.a.w. ia tidak disandarkan oleh seorang pun kepada nabi s.a.w kecuali al bazzi dan ia berbeza dengan semua yang menukilkannya(takbir). sesungguhnya mereka menukilkannya secara pilihan daripada orang yang selepas nabi s.a.w. al bazzi sahaja yang menaikkan kepada nabi, dan didaifkan nukilannya oleh ilmuan hadis dan rijal dari ulama qira'at dan ulama hadis sepertimana yang disebut oleh bukan seorang dari ulama."

beliau juga ada menyebut dengan nada yang agak keras:

"apabila mereka membaca bukan dengan qira'at ibnu kathir, meninggalkan takbir adalah lebih baik bahkan ia disyariatkan dan disunatkan. sesungguhnya imam-imam dari kalangan qurra' tidak bertakbir pada awal surah dan akhir surah....

barangsiapa yang mengatakan takbir daripada al quran, maka dia adalah sesat dengan sepakatan ulama. wajib diminta supaya bertaubat. jika tidak dia dibunuh....barangsiapa yang meletakkan orang yang meninggalkan takbir sebagai ahli bid'ah atau menyalahi sunnah atau berdosa, sesungguhnya dia dekat kepada kufur berbanding islam dan wajib mengenakan hukuman ke atasnya. bahkan, sekiranya dia masih bertegas selepas diberi hujjah yang jelas, wajib dibunuh." (j13 ms419)

isu ini timbul apabila ramai ahli quran yang bertakbir apabila sampai khatam quran, dicelah-celah surah bermula dari surah al duha hingga akhir quran. apabila disemak hadis yang berkaitan, mereka tidak menjumpai satu hadis dari nabi mengenainya, kecuali beberapa hadis yang kesemuanya berlegar pada riwayat abu al hasan ahmad bin muhammad bin abdullah al bazzi. tetapi al bazzi ini di sisi ulama rijal seperti abu hatim al razi, al 'uqaili dan diikuti oleh al zahabi sebagai daif.

daripada kata-kata ibnu taimiyyah, kita mendapati seolah-olah amalan ini merupakan pilihan para qurra atau dengan kata lain, ijtihad mereka. begitu juga kata ibnu uthaimin dalam fatawa islamiyah. bahkan dengan jelas dia berkata: yang benar, ia bukan sunnah.

hadis al bazzi ini terdapat dalam mustadrak al hakim dengan lafaz:

"حدثنا أبو يحيى محمد بن عبد الله بن محمد بن عبد الله بن يزيد ، المقرئ الإمام بمكة في المسجد الحرام ، ثنا أبو عبد الله محمد بن علي بن زيد الصائغ ، ثنا أحمد بن محمد بن القاسم بن أبي بزة ، قال : سمعت عكرمة بن سليمان ، يقول : قرأت على إسماعيل بن عبد الله بن قسطنطين ، فلما بلغت والضحى ، قال لي : « كبر كبر عند خاتمة كل سورة ، حتى تختم » وأخبره عبد الله بن كثير أنه قرأ على مجاهد فأمره بذلك ، وأخبره مجاهد ، أن ابن عباس أمره بذلك ، وأخبره ابن عباس ، أن أبي بن كعب أمره بذلك وأخبره أبي بن كعب أن النبي (صلى الله عليه وسلم أمره بذلك  (هذا حديث صحيح الإسناد ، ولم يخرجاه

ibnu abi bazzah ialah imam al bazzi. hadis yang sama diriwayatkan oleh al fakihi dalam akhbar makkah (no. 1744), imam al baihaqi dalam syu'abil iman (no. 1913,1914) imam al baghawi dalam tafsirnya (j8 ms460).

selain ibnu taimiyyah, kedapatan beberapa ulama lain yang mengdaifkan hadis ini. antaranya al zahabi dalam al siyar (j12 ms51) dengan katanya: ia hadis mungkar. ibnu kathir dalam tafsirnya juga telah berkata: ini adalah sunnah yang ada pada abu al hasan ahmad bin muhammad bin abdullah al bazzi sahaja dari anak al qasim ibnu abi bazzah.

semua yang bercakap menentang amalan ini bersandarkan kepada hadis al bazzi. seperti ibnu taimiyyah, bakar abu zaid dalam (مرويات دعاء ختم القرآن), ibnu muflih dalam (الآداب الشرعية), ibnu uthaimin dalam fatawa islamiyah dll.

namun begitu, perlu dijelaskan bahawa al bazzi walaupun daif dalam hadis tapi beliau merupakan hujjah dalam qira'at. ini sepertimana yang dijelaskan oleh ibnu muflih, al safayini dan zarakli. bahkan disifatkan oleh al zahabi dalam al 'ibar: (al bazzi) adalah lemah dalam hadis hujjah dalam al quran. kata al zahabi lagi dalam mizan 'itidal (j1 ms144) dan ibnu hajar dalam lisan mizan: imam dalam qira'at thabat dalamnya.

dari sini kita melihat perbezaan yang wujud dalam sanad qira'at dan hadis. penyataan ulama di atas walaupun tidak menyebelahi al bazzi, tapi beliau dalam qira'at adalah thiqah. sanad yang diriwayatkan oleh para qurra' dalam masalah bertakbir, disisi mereka cukup masyhur dan juga sahih pada pandangan mereka. amalan bertakbir adalah thabit dan digunapakai, bahkan dalam al nasyr ia bukan sahaja di sisi ibnu kathir bahkan semua qurra'. ia telah diwarisi dari satu generasi ke generasi secara talaqqi.

disini kita perlu membezakan antara sanad para qurra' dan sanad para ahli hadis. dengan perkataan yang lebih mudah dan straight to the point, sanad al bazzi ini diterima kerana ia berkaitan dengan al quran yang menjadi kepakarannya. jika dalam hadis, beliau mungkin boleh dipertikaikan seperti riwayatnya dalam hadis أكثروا ذكر هاذم اللذات dan الديك الأبيض(al mizan j1 ms144). rujuk juga perbahasan ini dalam التكبير عند ختم المصحف الشريف: مفهومه وأحكامه بين القراء والفقهاء oleh dr. muhammad khalid mansur dari uni. jordan.

ini bukan benda baru, ini juga berlaku pada imam abu umar al asadi hafs bin sulaiman. ditajrih dengan teruk dalam bidang hadis tapi dipercayai dalam qira'at (al kasyif j1 ms341)

bahkan dalam periwatan hadis sendiri terdapat perbezaan bidang dan takhassus. lihat apa yang ulama rijal kata mengenai imam ismail bin 'ayyash. beliau dalam periwayatan hadis ahli syam adalah dipercayai. tetapi hadis ahli iraq dan hijaz riwayatnya bermasalah. (al tahzib j1 ms282) lihat juga perkataan imam ahmad mengenai farj bin fadhalah (al mizan j3 ms344)

inilah salah satu perbezaan yang saya dapati wujud dalam sanad qira'at dan hadis. iaitu perbezaan yang melibatkan ilmu jarh wa ta'dil. mungkin ada lagi. yang terbayang di fikiran saya sekarang, perbezaan yang mungkin juga wujud dalam status sesebuah qira'at dan hadis. ini ada kaitan juga dengan hadis al bazzi. imam al jazari dalam al nasyr menyatakan amalan bertakbir seolah-olah mencapai darjat mutawatir. bagi ulama hadis mungkin lain ceritanya.

nota penting
bicara di atas perdasarkan pertimbangan ulama hadis yang menyatakan hadis al bazzi daif kerana kedudukan imam bazzi di sisi mereka. tetapi pengkaji kontemporari telah menjumpai satu mutaba'ah yang cukup kuat untuk hadis ini. iaitu mutaba'ah imam syafie. ia diriwayatkan oleh abu ya'al al khalili dalam kitab al irsyad fi ma'rifah ulama al hadis (no 83). katanya: 

حدثنا جدي ، حدثنا عبد الرحمن بن أبي حاتم ، حدثنا محمد بن عبد الله بن عبد الحكم ، حدثنا الشافعي ، قال : قرأت على إسماعيل بن عبد الله بن قسطنطين ، قال : قرأت على عبد الله بن كثير ، وقرأ عبد الله بن كثير على مجاهد ، وقرأ مجاهد على عبد الله بن عباس ، وقال عبد الله بن عباس : قرأت على أبي بن كعب ، فلما بلغت والضحى قال لي : يا ابن عباس ، كبر فيها ، فإني قرأت على رسول الله صلى الله عليه وسلم « فأمرني أن أكبر فيها إلى أن أختم  

mungkin ini sebab mengapa imam syafie menyatakannya sebagai sunnah dan meninggalkannya sebagai meninggalkan sunnah. sekaligus memberi kefahaman apa yang dikatakan oleh ibnu kathir dalam tafsirnya: tetapi al sheikh syihabuddin menceritakan dalam syarah al syatibiyyah dari al syafie, beliau mendengar seorang lelaki bertakbir dengan takbir ini dalam solat. lalu dia berkata kepadanya: kamu telah membuat kebaikan dan menepati sunnah. (kata ibnu kathir) ini menunjukkan kesahihan hadis ini (hadis al bazzi)


wallahu'a'lam bis sawab..