Assalamualaikum…
Sudah lama
blog ini dibiarkan. Rasanya hampir setahun. Sekiranya barang fizikal tentu
sudah ditambuni debu dan dilingkari sarang labah labah. Sebenarnya banyak jugak
yang ingin ditulis. Mungkin sebanyak peristiwa yang berlalu. Namun apakan daya.
Keinginan tanpa dorongan ilahi, keinginan tinggal keinginan. Hari ini saya
ingin dengan mula menulis. Agak-agaknya dorongan itu mula terbit. Kita mulakan
dengan coretan ringan.
Semalam kami
sekeluarga (keluarga mertua) diziarahi oleh serombongan kerabat sendiri. Kerana
ingin lihat anak buah baru. Anak saya yang kedua. Hendak dijadikan cerita,
salah seorang rombongan tersebut baru sahaja jadi isteri pertama. Maksudnya suami
dia baru kahwin lain. Sebaik punggung labuh di lantai, topik si lelaki gatal
dan ‘kekejamannya’ dibuka tirai. Apakah lagi ada rakan ‘senasib’ di kalangan
keluarga kami turut hadir. Mulalah satu lagi episod drama yang sebelum ini saya
hanya dengar-dengar, kali ini saya lihat secara live. Ia episod bercampur baur
sebagaimana reaksi saya juga macam macam. Ia agak membosankan dan menarik pada
waktu yang sama. Membosankan kerana inti patinya sama. Saya pernah dengar hujah
dan alasan itu. Kali ini diulangi lagi. Menarik pula kerana penyampaian yang
bersemangat dan penuh perasaan. Mampu menggugat jiwa. Drama ini berakhir dekat
dua pagi. Tak apalah, keluarga punya hal saya setia mendengar.
Ada beberapa
kesimpulan yang saya boleh kongsikan di sini. Ia pandangan peribadi saya. Dari sudut
seorang lelaki. Rasanya orang perempuan tak akan terima. Tak terima tak ada
hal.
1.
Semua perbincangan didasari oleh perasaan dan
sentimen. Walaupun sebahagian besar hujah kenapa tak boleh kahwin dua nampak
berlapikkan agama, tapi perasaan telah menguasai pertimbangan akal dan agama. Jika
nak bincang satu persatu rasanya keluar maksud coretan ringan. Cukuplah saya
katakan, kahwin dua dibenarkan agama dengan jelas. Apa yang berlaku sebenarnya
antara nak dan tak nak. Si suami nak kahwin satu lagi. Si isteri tak nak
suaminya kahwin lain. Tapi kalau setakat tu tak seronok. Tak seronok kalau nak
lawan. Lawan pun tak puas hati. Baik tambah benda lain lagi. Boleh soal balas. Boleh
jawab balas. Akhirnya keluar statement pelik bin ajaib. “ takdir apa!? Hang duk
gatal! Kalau tak cari tak jadi! ” “ ooo... sunah tu nak buat sangat!! Sunat-sunat lain
banyak lagi kenapa tak buat?! ”. seolah-olah takdir hanya berlaku secara
kebetulan. Kalau dah didahului usaha, bukan takdir namanya. Seorang pelajar
berusaha kemudian berjaya cemerlang. Itu bukan takdir. Yang dinamakan takdir,
pelajar yang malas hangit tiba-tiba result cemerlang. Ni boleh buat definisi qada
dan qadar baru. Saya tak pasti, adakah itu pegangan orang melayu atau kenyataan
luar kawalan. Masalah sunat pulak, mana ada kaedah; samada buat semua sunat
atau tinggal semua sunat. Nak solat sunat dhuha kena buat solat sunat witir. Camtu
ke? Rasanya tuan yang bercakap pun buat begitu jugak. Tapi perasaan telah
menguasai. Tak setuju pada perkara yang tidak dilarang susah nak bukak mulut. Kalau
bukak pun tak ada modal. Akhirnya, semua perkara disentuh termasuk agama. Dengan
berlapik-lapik. Nak kata tak setuju sahaja tak puas hati.
2.
Pada saya, masalah yang berlaku senang jalan
keluarnya. Apabila dah dimadukan, si isteri ada dua pilihan. Kekal sebagai
isteri atau dah tak nak. Jika kekal alhamdulillah. Orang kata dapat payung
emas. Entah betul ke tidak saya tak pasti. Jika tidak, maka ada dua keadaan. Suami
setuju melepaskan atau tidak setuju. Jika suami setuju maka bercerai. Jika tidak
si isteri boleh ke mahkamah minta fasakh. Senangkan? Tapi tak seronok sebab tak
ada lawan-lawan. Filem kalau inilah jalan ceritanya konfim tak laku.
3.
Si isteri rasa tertinggir. Rasa dibuang suami. Suami
dah tak mahu dia. Itu perasaan yang menyelubungi dia. Inilah punca kekecohan
yang berlaku. Bukan salah siapa. Bukan salah suami. Bukan salah isteri. Hanya salah
faham. Tapi mungkin benar, ada suami kahwin lain kerana buang isteri
sebelumnya. Cuma bukan semua lelaki begitu. Bahkan sebahagian besar bukan
begitu. Mereka kahwin bukan kerana nak buang. Hanya ingin tambah. Jika nak buang
senang. Lafaz talak dan selesai pembuangan. Hakikatnya, mereka ingin semuanya
kekal. Perhatilah. Mereka jarang sekali setuju dengan permintaan cerai.
4.
Alasan kerap menjadi arang menyemarakkan
keadaan. Banyak cakap juga begitu. Perkara tidak dilarang sepatutnya tidak
memerlukan sebarang alasan jika ingin dilakukan. Hanya buat dan full stop. Jika
pun benar-benar ada sebab, jangan dicurahkan depan isteri. Kadang-kadang diam
lebih baik walaupun terhadap perkara benar. Salah seorang guru hadis saya
menyarankan agar meniru reaksi Nabi Muhammad saw terhadap reaksi
isteri-isterinya antara satu sama lain. Baginda banyak berdiam diri bila
berhadapan dengan perasaan cemburu. Apabila salah seorang isteri baginda
cemburu sehingga memecah pinggang madunya di hadapan sahabat Nabi dan baginda
sendiri, baginda hanya komen; ibu kamu telah cemburu!. Rasanya kalau kitalah,
isteri buat begitu depan tetamu entah perkataan apa yang keluar. Mungkin keluar
kaki tangan sekali. Jadi, banyak diam. Kurangkan berbalas jawapan. Mungkin suasana
akan tenang sedikit.
5.
Keluarga dan orang terdekat begitu penting
dalam menentukan jatuh bangun sesebuah istana perkahwinan. Dalam situasi
sebegini terutama di awal kejadian, tindakan isteri mahupun suami bergantung kepada
cakap-cakap orang sekelilingnya. Jadi, janganlah orang lain pulak yang lebih
ber’perasaan’. Sepatutnya mereka lebih waras dan terkawal. Kewarasan dan
kawalan penting untuk mengambil keputusan selanjutnya. Kalau silap langkah, salah
seorang keluarga tersebut menjadi malang. Itu pun kalau tak kesemuanya. Dia pula
rileks sahaja. Yerlah, dia hanya bagi air liur. Orang lain yang ditimpa musibah
selepas musibah.
Rasanya itu sahaja setakat ini. Ada lagi tapi saya pendam dalam diri. Apabila
episod malam tadi selesai, isteri saya mula mengorak langkah. Katanya “ abang
jangan cari pasal macam tu jugak! ”. saya cuba bagi pandangan, tapi apakan
daya. Yang saya terima “ elah, orang lelaki semua macam tu…alasan!! ”
"Think of this brave little boy, and count your blessings"