Khamis, Februari 25, 2010
istimewa buat-mu rasulAllah s.a.w
Selasa, Februari 16, 2010
ulasan al hafiz al 'zahabi: pindah mazhab dan hadis yang bertentangan kata imam.
alhamdulillah....saya telah selesai menyerahkan draf akhir disertasi pada minggu lalu. rasanya lega tidak terkata. itu baru siap draf, belum lagi siap sepenuhnya. insyaAllah sebelum semester depan master saya selesai.
benar kata sesetengah orang. nikmat senang tidak akan dirasai jika tidak pernah susah. macammana kita boleh mengetahui betapa nikmatnya kenyang jika tidak pernah lapar. nikmat sihat jika tidak pernah sakit. oleh itu, islam mengajar kita sentiasa mensyukuri nikmat pulihnya kita dari kesakitan, kekenyangan selepas kelaparan bahkan selepas buang air dll.
cuba bayangkan. dalam keadaan kita sakit perut memulas, keadaan mula terdesak. tandas pula jauh atau susah masuk kerana menuggu giliran. kadang-kadang peluh menitik-nitik kerana susah hendak buang air. akhirnya berjaya juga. mision imposible completed. tatkala itu, sangat wajar kita mengucapkan syukur kepada ilahi yang memudahkan misi diselesaikan. katakanlah; segala puji kepada Allah yang menghilangkan kesakitan dan kemudaratan dariku, dan menyihatkanku.(الحمد لله الذي أذهب عني الأذى وعافاني) riwayat ibnu majah.
saya pernah mempunyai datuk saudara yang tua, sakit kerana tidak boleh buang air besar. perutnya membusung. makan bisa tapi keluarnya tidak. apabila makan ubat sedikit sahaja yang keluar. tidak padan dengan apa yang dimakan. akhirnya meninggal dunia. ya. mati kerana sakit tua. tapi ia bermula dengan salah satu nikmat yang mungkin tidak seberapa pada pandangan kita, ditarik.
alhamdulillah tidak terkira sekali lagi. buat Allah yang terlalu mengasihani. dari hambaMu yang senantiasa memohon dilindungi dan dirahmati. moga dapat menemani rasulMu di alam ukhrawi nanti. amiin..
kali ini saya hendak membawa kepada pelawat blog ini sedikit dari kata-kata imam al hafiz al zahabi. seorang tokoh ulama hadis yang terbilang. bahkan semua ahli hadis mutaakhirin mengambil ilmu dan berteduh di bawah lembayungnya. bahkan ibnu hajar al asqalani pernah minum air zam zam dengan niat ingin mencapai darjat al zahabi dalam bidang hadis.
ia berkaitan dengan apa yang telah saya bawa sebelum ini mengenai perpindahan mazhab. jika sebelum ini kata imam iraqi, kini imam al zahabi mengambil giliran. dalam tarjemah salah seorang ulama mazhab syafie, abdul aziz al darikiy. al zahabi telah memberi komentar terhadap ulasan ibnu khallikan terhadap al darikiy. (siyar: j. 16 ms. 405)
قَالَ ابْنُ خَلِّكَانَ:كَانَ يُتَّهَمُ بِالاِعْتِزَالِ، وَكَانَ رُبَّمَا يَخْتَارُ فِي الفَتْوَى ، فيُقَال لَهُ فِي ذَلِكَ، فَيَقُوْلُ:وَيْحَكمْ! حَدَّثَ فُلاَنٌ عَنْ فُلاَنٍ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بِكَذَا وَكَذَا، وَالأَخْذُ بِالحَدِيْثِ أَوْلَى مِنَ الأَخْذِ بِقَولِ الشَّافِعِيِّ وَأَبِي حَنِيْفَة .
قُلْتُ:هَذَا جَيِّدٌ، لَكِنْ بِشَرْطِ أَنْ يَكُونَ قَدْ قَالَ بِذَلِكَ الحَدِيْثِ إِمَامٌ مِنْ نُظَرَاءِ الإِمَامَيْنِ مِثْلُ مَالِكٍ، أَوْ سُفْيَانَ، أَوِ الأَوْزَاعِيِّ، وَبأَنْ يَكُونَ الحَدِيْثُ ثَابِتاً سَالِماً مِنْ عِلَّةٍ، وَبأَنْ لاَ يَكُونَ حُجَّةُ أَبِي حَنِيْفَةَ وَالشَّافِعِيِّ حَدِيْثاً صحيحاً معَارضاً للآخَرِ.أَمَّا مَنْ أَخَذَ بِحَدِيْثٍ صَحِيْحٍ وَقَدْ تنكَّبَهُ سَائِرُ أَئِمَّةِ الاِجتهَادِ، فَلاَ، كَخَبَرِ:(فَإِنْ شَرِبَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوه)، وَكَحَدِيْثِ (لَعَنَ اللهُ السَّارِقَ، يَسْرِقُ البَيْضَةَ،فَتُقْطَعُ يَدُهُ
"kata ibnu khallikan: (al darikiy) telah dituduh i'tizal (mu'tazilah). dan dia kadang-kadang memilih dalam fatwa (perkataan ibnu khallikan yang asal: beliau kadang-kadang berfatwa berbeza dengan mazhab imam syafie dan abu hanifah). lalu ditanya mengenai perbuatannya itu. beliau menjawab: celaka kamu!! si fulan meriwayatkan dari si fulan dari rasulAllah s.a.w dengan ini dan ini (maksudnya, dia membawa dalil hadis). mengambil hadis lebih afdal dari mengambil kata al syafie dan abu hanifah.
saya(al zahabi) kata; ini bagus. tetapi dengan syarat hadis tersebut telah digunapakai oleh seorang imam seumpama dua imam tadi(al syafie dan abu hanifah) seperti malik atau sufyan atau al auza'i. dan juga(syarat) hadis itu thabit dan selamat dari sebarang illah. dan juga(syarat) tidaklah hujjah abu hanifah dan al syafie merupakan hadis sahih bercanggah dengan yang lain. adapun mengambil hadis sahih yang telah ditolak oleh seluruh imam-imam mujtahid, tidak sama sekali. seperti hadis: jika dia minum(arak) pada kali keempat, maka bunuhlah. dan seperti hadis; Allah melaknat si pencuri, mencuri sebutir telur lalu dikerat tangannya."
di sini saya ingin menyimpulkan kedua-dua kata imam al iraqi dan al zahabi dalam bentuk point:
1. bermazhab harus. kalu tidak tentu imam al iraqi dah hentam penanya soalan ini, bukannya menjawab menyelesaikan masalah muqallid. lagipun sesiapa yang membaca tarjemah imam iraqi dan al zahabi, tentu dia akan dapati mereka ini bermazhab syafie. begitulah dengan semua ulama yang terkenal yang lain, hatta ibnu taimiyyah dan muhamad bin abdul wahab sekalipun.
2. seorang muqallid harus keluar dari mazhabnya memegang pendapat imam yang lain kerana hajat dan keperluan. dan ini berlaku di malaysia ini. jika ada orang yang menganggap bahawa syafie di malaysia ta'asub mazhab syafie, dia ini menyerang membabi buta. syafie malaysia tidak pernah ta'asub. jika tidak semua perempuan akan menutup badan dan muka seluruhnya kecuali tapak tangan. ini kerana dalam mazhab syafie, luar solat semua anggota badan wanita adalah aurat. cuba lihat sekeliling. kita ni ta'asub syafie ke? ini belum melihat perkara-perkara lain seperti kaedah pembayaran zakat, niat puasa ramadan, masalah haji dll.
3. bagi mereka yang berpindah pendapat, disyaratkan beberapa perkara. antaranya, tidak kerap berbuat demikian kerana ingin memcari rukhsah dan kesenangan. begitu juga tidak terjerumus dalam amalan yang tidak sah di sisi mana-mana iman. contohnya seperti dalam kata-kata imam al iraqi. huraiannya secara terperinci ada dalam kitab-kitab usul fiqh.
4. bagi yang ingin berpindah kerana terjumpa hadis sahih. ini juga dibolehkan dengan satu syarat. mempunyai keahlian. keahlian disini merangkumi bidang hadis itu sendiri secara riwayat dan dirayah. disamping pengetahuan yang cukup tentang pendapat-pendapat ulama; khilaf dan ijmak. boleh rujuk apa yang dikatakan oleh imam al iraqi yang saya nukilkan bersama-sama dengan komen imam al zahabi ini. ini wajib dipenuhi supaya si fulan tidak terjerumus dalam kekeliruan dan kesilapan. secara ringkas, ia bukan untuk orang awam macam kita-kita ni, walaupun mulut berbuah dengan nukilan itu dan ini, hadis itu dan ini, dan kata itu dan ini.
masalah keahlian ini semakin kacau bilau. ramai yang berlagak seolah-olah ahli. sejauh mana keahliannya, Allah yang maha tahu. pesan seorang penyair;
jadi, kenali diri sendiri sebelum memperkenalkan diri kepada orang lain.
Sabtu, Januari 23, 2010
isu sanad dalam qira'at dan hadis
semalam sebelum kelas, saya berkesempatan berbual-bual dengan orang 'atasan' dari jabatan al quran dan al sunnah. banyak topik yang disentuh. berbual dengannya mengingatkan saya kepada salah seorang rakan di mesir -rasanya dia masih lagi di sana- yang suka menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan fiqh dan bahasa arab. kadang kala pasal hadis.dari sini kita melihat perbezaan yang wujud dalam sanad qira'at dan hadis. penyataan ulama di atas walaupun tidak menyebelahi al bazzi, tapi beliau dalam qira'at adalah thiqah. sanad yang diriwayatkan oleh para qurra' dalam masalah bertakbir, disisi mereka cukup masyhur dan juga sahih pada pandangan mereka. amalan bertakbir adalah thabit dan digunapakai, bahkan dalam al nasyr ia bukan sahaja di sisi ibnu kathir bahkan semua qurra'. ia telah diwarisi dari satu generasi ke generasi secara talaqqi.
disini kita perlu membezakan antara sanad para qurra' dan sanad para ahli hadis. dengan perkataan yang lebih mudah dan straight to the point, sanad al bazzi ini diterima kerana ia berkaitan dengan al quran yang menjadi kepakarannya. jika dalam hadis, beliau mungkin boleh dipertikaikan seperti riwayatnya dalam hadis أكثروا ذكر هاذم اللذات dan الديك الأبيض(al mizan j1 ms144). rujuk juga perbahasan ini dalam التكبير عند ختم المصحف الشريف: مفهومه وأحكامه بين القراء والفقهاء oleh dr. muhammad khalid mansur dari uni. jordan.
ini bukan benda baru, ini juga berlaku pada imam abu umar al asadi hafs bin sulaiman. ditajrih dengan teruk dalam bidang hadis tapi dipercayai dalam qira'at (al kasyif j1 ms341)
bahkan dalam periwatan hadis sendiri terdapat perbezaan bidang dan takhassus. lihat apa yang ulama rijal kata mengenai imam ismail bin 'ayyash. beliau dalam periwayatan hadis ahli syam adalah dipercayai. tetapi hadis ahli iraq dan hijaz riwayatnya bermasalah. (al tahzib j1 ms282) lihat juga perkataan imam ahmad mengenai farj bin fadhalah (al mizan j3 ms344)
inilah salah satu perbezaan yang saya dapati wujud dalam sanad qira'at dan hadis. iaitu perbezaan yang melibatkan ilmu jarh wa ta'dil. mungkin ada lagi. yang terbayang di fikiran saya sekarang, perbezaan yang mungkin juga wujud dalam status sesebuah qira'at dan hadis. ini ada kaitan juga dengan hadis al bazzi. imam al jazari dalam al nasyr menyatakan amalan bertakbir seolah-olah mencapai darjat mutawatir. bagi ulama hadis mungkin lain ceritanya.
nota penting
bicara di atas perdasarkan pertimbangan ulama hadis yang menyatakan hadis al bazzi daif kerana kedudukan imam bazzi di sisi mereka. tetapi pengkaji kontemporari telah menjumpai satu mutaba'ah yang cukup kuat untuk hadis ini. iaitu mutaba'ah imam syafie. ia diriwayatkan oleh abu ya'al al khalili dalam kitab al irsyad fi ma'rifah ulama al hadis (no 83). katanya:
wallahu'a'lam bis sawab..
Rabu, Januari 20, 2010
ulasan al hafiz al 'iraqi: pindah mazhab dan hadis yang bertentangan kata imam.
sesetengah puak sekarang seolah-olah memandang remeh kepada ulama fiqh. bagi mereka, ulama fiqhlah yang menyebabkan kemunduran dan kejumudan. merekalah yang menyeru kepada taat setia kepada si folan dan si fulan dan membelakangi sunnah Rasul. fuqaha lebih tahu sabda syafie, malik, ahmad dan sekaum dengannya dari sabda rasulAllah s.a.w.
cuma yang membezakan saya yang turut terkesan dengan mereka, saya yakin dan percaya dengan ulama fiqh dalam diri saya tetapi untuk berhujjah dengan orang lain saya tidak yakin. ketidakyakinan ini berpunca dari keberangkalian si 'dia' tidak yakin dengan ulama ini. pada penghujungnya, saya sendiri tidak mahu kerana ketidak yakinan 'dia'. oleh itu al marwadi berkata: mazhab al syafie ialah solat wusto adalah solat asar kerana hadis sohih. walaupun al syafie telah menaskan bahawa ia adalah solat subuh kerana hadis tersebut tidak sampai kepadanya.
sangka baik dengan seluruh imam bahawa mereka juga berkata sepertimana kata al syafie. tetapi apabila tidak dinukilkan secara jelas dari mereka maka tidak boleh kita meletakkan ia sebagai mazbah mereka dan meriwayatkan dari mereka.
imam al baihaqi telah meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari abdullah bin mubarak berkata: aku mendengar abu hanifah berkata, apabila datang dari nabi s.a.w maka patuh dan taat. apabila datang dari sahabat nabi s.w.s kami akan memilih dari pandangan mereka. dan apabila datang dari tabi'en kami akan campur tangan dengan mereka."
Ahad, Januari 10, 2010
moga terkena tempias rahmat-Nya
Ahad, Januari 03, 2010
marhaban habib umar!! : mencari rahmat Allah yang mencurah-curah
Rabu, Disember 23, 2009
aduhai pelajarku!
"ok, ustz...sy ingt pesan 2..slamt tahun bru..:-) doakan sy bjaya dunia akhrt..."
selamat berjaya.
Rabu, Disember 16, 2009
doa tahun baru: satu pengamatan ringkas
doa khusus ketika meyambut kehadiran tahun baru sepertimana yang diamal dan dibaca setakat pengetahuan saya tidak terdapat dalam kitab-kitab sunnah. tiada riwayat khusus dari nabi s.a.w berkenaan dengan amalan ini.Sabtu, Disember 05, 2009
Solat zohor tidak wajib?
Jumaat, November 20, 2009
Sheikh Taha Rayyan: guruku murabbiku(2)
beliau ialah professor doktor ahmad taha rayyan. kelahiran negeri qina, salah sebuah negeri di bumi kinanah, mesir. beliau merupakan anak didik universiti tertua dunia al azhar, selepas menyertainya di kuliah syariah dan qanun. memperolihi BA. hons pada tahun 1966, master dalam bidang fiqh perbandingan 1968 dan doktor falsafah dalam bidang yang sama pada tahun 1973. - المسكرات و علاجها في الشريعة الاسلامية
- المخدرات بين الطب والفقه
- سنن الفطرة بين المحدثين والفقهاء
- dan beberapa karya lain lagi.
di bumi para nabi, beliau dikenali sebagai salah seorang pakar dalam mazhab maliki r.a. jesteru, beliau banyak kali terbang ke dubai diatas tiket penasihat berkenaan mazhab maliki. dubai sepertimana cerita sheikh taha, mempunyai hasrat tinggi untuk memempatkan mazhab maliki di sana bahkan diseluruh dunia. tetapi malangnya, penduduknya kebanyakannya bermazhab syafie. saya masih ingat, semasa mengikuti pengajiannya, kami pernah "bercuti" kerana al sheikh ke sana di dalam rangka menyusun program pendidikan universiti imam malik di dubai yang sekarang ini beliau adalah wakilnya.
usaha dubai dalam memartabatkan mazhab maliki tampak jelas dengan penubuhan darul buhus lil dirasaat al islamiyyah wa ihya' al thuras. ia begitu terkenal dikalangan pencinta kitab-kitab turath kerana dua perkara. buku-buku keluarannya berkualiti tinggi dengan harga runtuh!
menziarahinya di pameran buku antarabangsa di kaherah adalah wajib, walaupun sekadar melepaskan 'rindu' pada kulit-kulit kitab. sedihnya, kebanyakan buku keluarannya berkaitan dengan mazhab maliki. jika bukan berkaitan maliki, hanya berbentuk buku-buku kecil tulisan ulama sekarang. satu-satunya kitab pengubat kesedihan kami ialah al ibhaaj karangan dua imam subki anak beranak. ia dicetak dengan tahqiq yang amat baik, setelah terperap lama di perpustakaan dengan cetakan lama yang penuh dengan keaiban dan hampir pupus. kitab ini adalah sumbangan darul buhus kepada penuntut mazhab syafie.
al sheikh merupakan salah satu permata bumi mesir. mengenalinya satu penghormatan, apatah lagi berada di bawah curahan ilmu. beliau seorang yang amat tenang. ketenangannya tampak pada mukanya yang jernih dan gerak geri serta prilakunya. sifat tenang sesuatu yang sukar ditemui pada warga mesir. mereka yang pernah belajar di sana tentu faham perkara ini. hanya tiga orang masyayikh yang saya kenali bersifat demikian, sheikh taha rayyan seorang dari mereka.
cerita mengenainya amat luas dan saya tak mampu mengetahui semuanya. saya hanya bercerita apa yang saya tahu dan sesuai dicoretkan disini.
beliau mempunyai beberapa halaqah penyajian. halaqah kitab subulus salam, nailul autar, muwatta' imam malik, syarhus saghir imam dirdir dalam fiqh maliki dan lain lain. tiga yang pertama adalah kegemaran saya. pengajian syarhus saghir untuk penuntut mazhab maliki walaupun ramai menghadirinya, saya memilih untuk tidak hadir kecuali sekali sahaja. itupun kerana ada jemputan makan:)
kisah kelas-kelas tersebut akan menyusul kemudian.
Khamis, November 19, 2009
Sheikh Taha Rayyan: guruku murabbiku
saya ingin sangat bercerita mengenai kehidupan semasa mengaji di mesir. saya tidak apa-apa kenangan yang boleh dikongsi dan diingati, baik melancong ke tempat-tempat menarik, shoping, glamor dll kecuali duduk berteliku mengadap wajah-wajah tenang para ulama di sana. sekiranya ada rakan-rakan yang bercerita mengenai tempat-tempat di sana yang pernah dilawati, saya hanya tukang dengar. tiada apa yang boleh dikongsi. saya hanya pernah ke sinai dalam keadaan terpaksa dan pulang dengan penuh penyesalan. ini hanyalah muqaddimah saje. cerita mengenai sheikh taha rayyan akan menyusul dalam posting kemudian, insyaAllah.


