Rabu, September 28, 2011

bersyukurlah!!!


semenjak duamenjak, saya ditimpa pelbagai keresahan dan kerusingan mengenai pelbagai perkara. kadang-kadang rasa dunia dalam kehidupan ini semakin mendung. sebelum ini saya telah pun mendengar hadis yang menyarankan langkah yang boleh membantu mengembalikan kestabilan setelah kegoncangan. hadis riwayat ibnu hibban dan al-tabarani;

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، بِخِصَالٍ مِنَ الْخَيْرِ: أَوْصَانِي:  «بِأَنْ لَا أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقِي، وَأَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ دُونِي، وَأَوْصَانِي بِحُبِّ الْمَسَاكِينِ وَالدُّنُوِّ مِنْهُمْ، وَأَوْصَانِي أَنْ أَصِلَ رَحِمِي وَإِنْ أَدْبَرَتْ، وَأَوْصَانِي أَنْ لَا أَخَافَ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لَائِمٍ، وَأَوْصَانِي أَنْ أَقُولَ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا، وَأَوْصَانِي أَنْ أُكْثِرَ مِنْ قَوْلِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ

saya terkial-kial mencari talian hayat berpandukan saranan tersebut. hinggalah saya terjumpa video ini. ia amat mengesankan.fikiran saya pernah terlintas, aku tidak mahu lagi bantuan orang! biar aku sendiri yang susah! 
sengaja saya bawakan video ini kerana tanpa sedar kita semuanya sebenarnya amat-amat beruntung. kesusahan dan kesempitan hanya datang sekali-sekala kemudian hilang. ia tidak kekal. Allah sentiasa bersama. cuma kita banyak terlepas pandang. kurniaan dan kelebihan yang bertimbun dan berlarutan sedikitpun tidak dilihat. KITA TIDAK BERSYUKUR.
tontonilah video kanak bernama Tae Ho ini sambil 'menonton' kehidupan masing-masing yang telah dilalui. saya pasti, ALHAMDULILLAH terpancul keluar bersama linangan air mata. di sini juga saya petik beberapa komen penonton video ini dalam laman YOU TUBE

The next time I have a problem I will tell myself.
"Think of this brave little boy, and count your blessings"

Selasa, Mei 31, 2011

KEKAYAAN BAHASA ARAB

Bahasa arab merupakan salah satu bahasa tertua dunia. Ia tergolong dalam bahasa-bahasa sematik seperti bahasa ibrani. Namun, saudara-saudaranya telah diancam kepupusan. Yang tinggal hanyalah tulisan yang difahami oleh beberapa kerat ahli akademik. Dengan izin Allah dan berkat al-quran, bahasa arab masih segar di persada dunia. Ia diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi beberapa pertubuhan dunia termasuk pertubuhan bangsa-bangsa bersatu. Kesegaran dan pengekalannya termasuk dalam janji Allah untuk menjaga al-quran. Hari ini, al-quran dan sunnah yang muncul sejak 1423 tahun lalu masih difahami dan hayati maksudnya oleh orang awam tanpa merujuk kamus. Dan seringkali perkataannya mahupun uslubnya meluncur di bibir sebagai bukti ‘hidup’ dan ‘segar’ bahasa arab kuno itu dalam kehidupan masakini.

Sebagai ‘orang tua’ dalam yang telah menempuh pelbagai ranjau kehidupan, bahasa arab telah mengaut pelbagai khazanah hasil dari ‘pergaulan’ dari pelbagai suasana, zaman dan penutur. Jesteru, ia banyak makan garam dari yang lain. Kekayaan khazanahnya amat luas sehingga tidak mampu dirangkul oleh seorang penutur sahaja. Inilah sebab mengapa bahasa arab dipilih di antara banyak bahasa dunia ini sebagai medium atau takungan kalam Allah s.w.t. Apabila Allah taala menyatakan dalam surah yusuf bahawa al-quran ini diturunkan dalam bahasa arab bertujuan difahami dan dingerti, imam ibnu kathir menjelaskan pemilihan bahasa arab dengan katanya (surah yusuf, 1-2);

Ini kerana bahasa Arab merupakan bahasa yang paling fasih, paling jelas, paling kaya dan paling banyak (kemampuan) membawa maksud-maksud yang berada dalam jiwa-jiwa. Jesteru, (Allah s.w.t) telah menurunkan kitab-Nya yang paling mulia, dengan bahasa yang paling mulia, kepada rasul yang paling mulia.

Apabila kenyataan ini disedari, maka tidak hairanlah kedapatan beberapa tokoh arab dalam sejarah umat yang dinukilkan kisah-kisah mereka yang menampakkan keciciran beberapa perkataan, kesamaran makna dan uslub, bahkan sampai ke tahap penafian dalam beberapa ketika, seperti yang berlaku kepada imam bahasa arab, khalil bin ahmad al-farahidiy berkenaan makna istiwa’.

Kitab-kitab hadis dan tafsir terutamanya, meriwayatkan beberapa athar dari abu bakar al-siddiq dan umar al-khattab r.a yang seolah-olah tidak jelas di sisi mereka makna perkataan (الاب) dalam surah ‘abasa ayat 31

1. عن إبراهيم التَّيمي قال: سُئِلَ أبو بكر الصديق، رضي الله عنه، عن قوله تعالى: (وَفَاكِهَةً وَأَبًّا ) فقال: أي سماء تظلني، وأي أرض تقلني إن قلتُ في كتاب الله ما لا أعلم

2. عن أنس قال: قرأ عمر بن الخطاب (عَبَسَ وَتَوَلَّى ) فلما أتي على هذه الآية: (وَفَاكِهَةً وَأَبًّا ) قال: عرفنا ما الفاكهة، فما الأب؟ فقال: لعمرك يا ابن الخطاب إن هذا لهو التكلف

menurut ibnu kathir, sanad Athar abu bakar r.a terputus antara Ibrahim at-taimiy dengan saidina abu bakar. Manakala athar umar r.a sahih. pun begitu ada ulama seperti al-zamakhsyari ‘menakwilkannya’ namun ditolak oleh yang lain seperti imam alusi yang menganggap ia tidak disokong oleh makna pelbagai riwayat mengenai kisah yang sama. Wallahu a’lam.

Ada lagi kisah seumpamanya dari ibnu abbas mengenai makna (فاطر السماوات). Biar pun banyak ulasan mengenai kesahihan dan ketepatan cerita-cerita tersebut, namun kewujudan ulama yang menafsirkannya sebagai tidak tahu atau tidak jelas maknanya adalah bukti awal hipotesis, di samping kisah-kisah ulama bahasa arab selepasnya yang bertelingkah antara penafian dan pensabitan dalam hal berkaitan bahasa.

PENYATAAN IMAM SYAFIE

Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan kenyataan imam syafie r.a dalam kitabnya, al-risalah. Ternyata imam syafie dalam banyak pendapatnya, samada ilmu fiqh dan ilmu hadis, menampakkan ketajaman fikiran dan keluasan pandangan. Tidak hairan jika para pengkaji, antaranya sheikh ahmad syakir, menganggap tulisannya kepada abdur rahman al-mahdi ini sebagai catatan awal ilmu usul fiqh dan ilmu mustalah hadis. Perhatikan bagaimana ilmuan quraish ini merungkai permasalahan (ar-risalah, 42).

ولسان العرب أوسع الالسنة مذهبا وأكثرها ألفاظا ولا نعلمه يحيط بجميع علمه إنسان غير نبي ولكنه لا يذهب منه شئ على عامتها حتى لا يكون موجودا فيها من يعرفه والعلم به عند العرب كالعلم بالسنة عند أهل الفقه لا نعلم رجلا جمع السنن فلم يذهب منها عليه شئ فإذا جمع علم عامة أهل العلم بها أتى على السنن وإذا فرق علم كل واحد منهم ذهب عليه الشئ منها ثم ما كان ذهب عليه منها موجودا عند غيره

1) Bahasa arab ialah bahasa yang paling kaya
2) Tiada seorang yang mengetahui semua dalam bahasa arab kecuali nabi s.a.w
3) Secara umum, tiada sesuatu dalam bahasa arab yang tercicir dari pengetahuan bangsa arab
4) Teori keluasan ilmu bahasa arab diumpamakan dengan ilmu hadis

Hadis-hadis nabi s.a.w kesemuanya tidak mampu diketahui oleh orang yang sama kerana tebaran perawi yang sangat luas dan kemampuan manusia yang terhad. Namun begitu, hadis yang tiada di sisi ulama A berada dalam pengetahuan ulama B. hadis yang tercicir dari pengetahuan B berada dalam ilmu ulama C. begitulah seterusnya. Jika dikumpulkan ilmu semua ulama fiqh dan hadis, maka kesemua hadis nabi s.a.w terkumpul sama tanpa keciciran satu pun. Seumpama itu bahasa arab. Mungkin sahaja seorang itu tidak tahu, tapi rakannya atau orang lain tahu. Sehinggakan jika dikumpulkan semua ilmu bahasa arab dari setiap orang arab, kita akan dapati ilmu bahasa arab yang sempurna bilangannya tanpa berkurang sedikit pun.

Awal penyataan imam syafie ini diambil sebagai hujjah oleh ibnu faris untuk menyatakan keluasan dan kekayaan bahasa arab, walaupun dia tidak menyebut nama imam r.a. tetapi sekadar menyebut setengah fuqaha’.

ISU QIRAAT DAN HADIS

Bagi mereka yang pernah melayangkan padangan terhadap ilmu taujih qiraat, akan mendapati bahawa antara isu yang masyhur dalamnya adalah penolakan beberapa wajah qiraat oleh beberapa ulama besar bahasa arab. Isu ini amat menggamit perhatian walaupun ia sebenarnya boleh dianggap selesai pada zaman sekarang lantaran tiada lagi yang berani berbuat demikian. Beberapa ulama besar telah tersilap langkah mengenepikan cara bacaan al-quran yang dinukilkan secara mutawatir dari Rasulullah s.a.w melalui beberapa imam qiraat. Antara mereka ialah imam ibnu ‘atiyyah dan pelapor ilmu balaghah secara praktikal, jaruLlah al-zamakhsyari dalam tafsir mereka. Bahkan aliran basrah terdahulu terkenal dengan sikap sedemikian. Ibnu jarir al-tabari juga dikatakan tergolong dalam kelompok ini apabila menyatakan beberapa wajah qiraat sebagai bukan as-sawab (tidak betul). Bagi saya -wallahu a’lam- ibnu jarir tidak berniat demikian, terutama jika kita mendalami penggunaan kalimah as-sawab di dalam tafsirnya yang kerap tertulis ketika berlaku percanggahan atau kepelbagaian pendapat. Sibawaih juga dikesan oleh beberapa pengkaji berkelakuan tidak manis bila berhadapan dengan beberapa qiraat. Isu ini panjang dan saya tidak berhasrat menghuraikannya.

Begitu juga isu kehujahan hadis sebagai sumber pengambilan bahasa arab. Kedapatan ramai ulama bahasa arab yang menolak kehujahan hadis dalam bahasa arab. Alasan utama mereka ialah hadis diriwayatkan dengan makna bukan lafaznya. Ia juga panjang lebar tapi boleh dianggap selesai kecuali pada pandangan orientalis. Ulama bahasa arab mutaakhirun boleh dikatakan kesemuanya berhujjah dengan hadis dalam penulisan mereka.

Namun apa yang saya ingin utarakan di sini ialah bagaimana perbahasan di kalangan mereka terutama ulama yang menjawab apabila isu-isu sebegini diulas. Ulama yang berkata tidak, berhujjah dengan pengetahuan mereka yang sedia ada. Mereka menolaknya kerana ia bercanggah dengan pengetahuan yang mereka miliki. Lihat apa yang ibnu ‘atiyyah kata(al-an’am, ayat 137);

وهذه قراءة ضعيفة في استعمال العرب ، وذلك أنه أضاف الفعل إلى الفاعل وهو لشركاء ثم فصل بين المضاف والمضاف إليه بالمفعول ورؤساء العربية لا يجيزون الفصل بالظروف في مثل هذا إلا في الشعر

Ini belum lagi komentar al-zamakhsyari yang agak keterlaluan. Abu hayyan ketika menjawab balik –mungkin kerana geram- sedikit telah menguris keperibadian imam al-zamakhsyari. Moga Allah mengampuni kita semua. Tetapi apa yang ingin saya bawa ialah bagaimana mereka berhujjah balik dengan mengemukakan hujjah keluasan bahasa arab dan kekayaannya (al-bahr al-muhit, al-an’am :ayat 137).

وقال أبو الفتح : إذا اتفق كل شيء من ذلك نظر في حال العربي وما جاء به فإن كان فصيحاً وكان ما أورده يقبله القياس فالأولى أن يحسن به الظن ، لأنه يمكن أن يكون ذلك وقع إليه من لغة قديمة قد طال عهدها وعفا رسمها . وقال أبو عمرو بن العلاء : ما انتهى إليكم مما قالت العرب إلا أقله ولو جاءكم وافراً لجاءكم علم وشعر كثير ونحوه ما روى ابن سيرين عن عمر بن الخطاب أنه حفظ أقل ذلك وذهب عنهم كثيره يعني الشعر في حكاية فيها طول . وقال أبو الفتح : فإذا كان الأمر كذلك لم نقطع على الفصيح إذا سمع منه ما يخالف الجمهور بالخطأ

Perkara yang sama juga berlaku dalam penghujahan hadis. Imam ibnu malik al-nahwi telah mengarang buku khusus menjawab tomahan kesalahan bahasa dalam sahih bukhari. Syawahid al-tawdih li musykilaat al-sahih. Dalamnya beliau mengemukakan bukti-bukti dari kalam arab fasih yang membenarkan bahasa hadis dalam sahih bukhari. Seolah-olah mereka yang mengkritik tidak mengetahui apa yang diketahui oleh ibnu malik biar pun mereka bukan sebarangan dalam dunia ilmu bahasa. Apa yang berlaku juga berkenaan dengan manhaj masing-masing, tetapi keluar dari tajuk perbincangan ini.

SIKAP TERGESA-GESA

Baru-baru ini saya menyertai pembentangan mengenai kesalahan bahasa. Tanpa di sangka, kawan saya yang merupakan salah seorang pembentang tersilap langkah, tidak mengambil kira kekayaan bahasa arab dan kekerdilan upaya manusia. Akhirnya, beliau telah menjatuhkan hukuman bukan pada tempatnya. Beberapa gaya bahasa dihukum salah kerana pertimbangan yang kurang tepat. Apa yang disangkanya ukuran, rupanya bukan demikian.

Beliau mengambil sikap menyalahkan sesuatu uslub dan membenarkan yang lain hanya kerana telah menjumpai uslub ini diguna pakai. Sepatutnya, uslub yang dijumpai itu dijadikan bukti bahawa ia wujud dalam dunia arab, bukannya bukti menafikan yang lain. Takkanlah jika kita mengetahui mexico adalah sesebuah Bandar di amarika latin, itu menunjukkan bahawa tiada Bandar lain di sana?! Penafian sesuatu yang sukar. Ia memerlukan kajian menyeluruh dan ia hampir mustahil untuk bahasa arab. Saya menukilkan dua contoh dari pembentangannya, moga ia kesilapan yang mengandungi manafaat kepada orang lain, ganjaran kepada tuan asalnya. Insya Allah.

Salah satu contohnya ialah beliau menghadkan penggunaan kata kerja ( اذن ) hanya berhubung dengan maf’ul kedua dengan partikel (في) dan menjadi kesalahan meletakkan partikel ( ب ) menjadi perantaraan berdalilkan hadis sahih riwayat al-bukhari;

يَخْلُصُ الْمُؤْمِنُونَ مِنْ النَّارِ فَيُحْبَسُونَ عَلَى قَنْطَرَةٍ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ فَيُقَصُّ لِبَعْضِهِمْ مِنْ بَعْضٍ مَظَالِمُ كَانَتْ بَيْنَهُمْ فِي الدُّنْيَا حَتَّى إِذَا هُذِّبُوا وَنُقُّوا أُذِنَ لَهُمْ فِي دُخُولِ الْجَنَّةِ فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَأَحَدُهُمْ أَهْدَى بِمَنْزِلِهِ فِي الْجَنَّةِ مِنْهُ بِمَنْزِلِهِ كَانَ فِي الدُّنْيَا

Dengan penggunaan uslub ini dalam hadis maka selainnya adalah salah!! Hujahan yang pelik bin ajaib. Malangnya, ‘kesalahan’ itulah yang terkandung dalam lembaran mushaf al-quran. Surah al-syura ayat 21;

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Pada masa yang sama, Penggunaan uslub (لا ينبغي) dalam ayat. Beliau mendakwa ia salah. Sepatutnya penafian diletakkan selepas kata kerja ينبغي. Ia dikemukakan tanpa sebarang dalil. Hanya berdalilkan akalnya sahaja.

Tanpa beliau sedar rasulullah s.a.w telah menggunakan uslub yang didakwanya salah dalam salah satu hadis sahih (bahkan banyak sebenarnya) riwayat al-bukhari;

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْعَالِيَةِ حَدَّثَنَا ابْنُ عَمِّ نَبِيِّكُمْ يَعْنِي ابْنَ عَبَّاسٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَنْبَغِي لِعَبْدٍ أَنْ يَقُولَ أَنَا خَيْرٌ مِنْ يُونُسَ بْنِ مَتَّى

Bahkan dalam al-quran! هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ. Taiplah ia dalam google atau mana-mana enjin pencarian, anda akan terkejut betapa masyhurnya gaya bahasa ini.

Jika diperiksa satu persatu contoh yang dipersembahkan oleh beliau, rasanya masih banyak yang boleh dipertikai. Ada antaranya khilaf antara ulama samada boleh atau tidak, tapi beliau telah memberikan keputusannya. Seperti cara menggunakan… اياك atau …اياك و .

Ingin saya menukilkan sebuah syair yang saya kira amat tepat dengan keadaan beliau dan mereka yang bersikap demikian ini.

الا كل من يدعي في العلم معرفة # علم شيئا وغابت عنه اشياء

Wahai orang yang mendakwa tahu dalam ilmu pengetahuan
Dia hanya tahu satu perkara sedangkan banyak perkara yang terlepas darinya


walLahu a'lam.

Meletakkan Tangan Atas Dada Dalam Solat (3)

Mursal imam tawus bin kaisan.

Hadis ini diriwayatkan oleh imam abu daud dalam sunan dan marasilnya. Katanya:

حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ يَعْنِي ابْنَ حُمَيْدٍ عَنْ ثَوْرٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ مُوسَى عَنْ طَاوُسٍ قَالَ:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى ثُمَّ يَشُدُّ بَيْنَهُمَا عَلَى صَدْرِهِ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ

Sanadnya jelas menunjukkan bahawa hadis ini mursal kerana imam tawus seorang tabien, bahkan beliau antara tabien soghir; tidak sempat dengan nabi s.a.w. hadis mursal sepertimana yang terkandung dalam mana-mana buku mustalah hadis (terutama zaman sekarang) berada di bawah bab hadis daif kerana putus sanad, sekaligus hadis atau mursal imam tawus ini dikira daif.

Perlu dijelaskan di sini bahawa kedapatan khilaf di kalangan ulama terdahulu mengenai penghujahan hadis mursal. Ada ulama yang menerimanya, menolaknya atau menerima dengan syarat. Ulama hadis secara keseluruhannya menolak. Kata imam muslim dalam muqaddimah sahihnya;

وَالْمُرْسَلُ مِنْ الرِّوَايَاتِ فِي أَصْلِ قَوْلِنَا وَقَوْلِ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْأَخْبَارِ لَيْسَ بِحُجَّةٍ

Khilaf (sebahagian besarnya) pula berlaku antara ulama fiqh / fiqh hadis di mana imam abu hanifah dan imam malik serta satu riwayat dari imam ahmad menerimanya. Imam syafie pula meletakkan beberapa syarat sebelum menerima. Tetapi syarat imam syafie ini berkenaan mursal kibar tabien bukan sighar tabien seperti imam tawus. Khilaf ini panjang lebar untuk dijelaskan. Bahkan ulama maliki dan hanafi sendiri ada yang meletakkan syarat untuk mursal mereka seperti ibnu abdul bar. Namun apa yang diterima pakai di sisi ulama atau jumhurnya ialah hadis mursal daif atau bersyarat dengan syarat imam syafie. ibnu salah menulis (muqaddimah, 54-55)

وَمَا ذَكَرْنَاهُ مِنْ سُقُوطِ الِاحْتِجَاجِ بِالْمُرْسَلِ وَالْحُكْمِ بِضَعْفِهِ هُوَ الْمَذْهَبُ الَّذِي اسْتَقَرَّ عَلَيْهِ آرَاءُ جَمَاهِيرِ حُفَّاظِ الْحَدِيثِ وَنُقَّادِ الْأَثَرِ، وَقَدْ تَدَاوَلُوهُ فِي تَصَانِيفِهِمْ.

وَفِي صَدْرِ صَحِيحِ مُسْلِمٍ: " الْمُرْسَلُ فِي أَصْلِ قَوْلِنَا وَقَوْلِ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْأَخْبَارِ لَيْسَ بِحُجَّةٍ ".

وَابْنُ عَبْدِ الْبَرِّ - حَافِظُ الْمَغْرِبِ - مِمَّنْ حَكَى ذَلِكَ عَنْ جَمَاعَةِ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ.

وَالِاحْتِجَاجُ بِهِ مَذْهَبُ مَالِكٍ وَأَبِي حَنِيفَةَ وَأَصْحَابِهِمَا [رَحِمَهُمُ اللَّهُ] فِي طَائِفَةٍ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ

Selain dari irsal hadis ini, ada beberapa perbincangan atau khilaf mengenai dua rawinya iaitu;

1. al-haitham bin humaid

beliau didaifkan oleh ali bin mushir, namun dithiqahkan oleh ramai pihak (tarikh islam, ms 353 j8) jesteru ulama menganggap kritikan ini tidak memberi apa-apa kesan.

2. sulaiman bin musa

Beliau dikritik oleh imam bukhari, abu hatim dan al-nasa’ie di samping ramai ulama hadis lain menta’dilnya. Bagi imam al-zahabi selepas menukilkan kritikan tersebut, beliau ثَبْتٌ صَدُوْقٌ ( siyar, ms434-435 j5).

Melihat kepada hadis ini, ia paling kurang lemah berbanding hadis-hadis sebelumnya, walaupun ia juga daif. Tetapi untuk mengatakan hadis-hadis sebelumnya menguatkannya tidak tepat kerana hadis-hadis tersebut terlalu lemah untuk berdiri meneguhkan hadis daif lain. Bahkan hadis sebelumnya dikategorikan tersalah riwayat bukan sanadnya lemah. Dalam ilmu hadis, teguh meneguh berlaku diantara sesama hadis-hadis yang sederhana lemah bukannya hadis lemah teruk apatah lagi tersilap.

Athar sahabah (saidina ali, ibnu abbas dan anas r.a dll)

Athar-athar ini berkaitan dengan tafsir ayat 2 surah al-kauthar

فصل لربك وانحر

Imam al-baihaqi meriwayatkan ketiga athar ini dengan sanadnya;

1. athar saidina ali dan anas r.a

اخبرنا أبو بكر احمد بن محمد بن الحارث الفقيه انبأ أبو محمد بن حيان أبو الشيخ ثنا أبو الحريش الكلابي ثنا شيبان ثنا حماد بن سلمة ثنا عاصم الجحدرى عن ابيه عن عقبة بن صهبان كذا قال ان عليا رضى الله عنه قال في هذه الآية (فصل لربك وانحر) قال وضع يده اليمنى على وسط يده اليسرى ثم وضعهما على صدره وقال وثنا أبو الحريش ثنا شيبان ثنا حماد ثنا عاصم الاحول عن رجل عن انس مثله أو قال عن النبي صلى الله عليه وسلم

Athar ini daif (atau amat daif) kerana beberapa sebab;

1. percanggahan (الاضطراب) sanad dan matan (al-jauhar al-naqiy, ms30 j2). Matan athar ini berbeza antara satu sama lain antara kewujudan lafaz atas dada atau tidak. Saya nukilkan riwayat ibnu jarir al-tabariy dalam tafsirnya (al-kaustar, ayat 2).

حدثني عبد الرحمن بن الأسود الطفاوي، قال: ثنا محمد بن ربيعة، قال: ثني يزيد بن أبي زياد بن أبي الجعد، عن عاصم الجحدري، عن عقبة بن ظهير عن علي رضى الله عنه في قوله:( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: وضع اليمين على الشمال في الصلاة.

حدثنا ابن بشار، قال: ثنا عبد الرحمن، قال: ثنا حماد بن سلمة، عن عاصم الجحدري، عن عقبة بن ظبيان عن أبيه، عن علي رضى الله عنه( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: وضع اليد على اليد في الصلاة.

حدثنا ابن حميد، قال: ثنا مهران، عن حماد بن سلمة، عن عاصم الجحدري، عن عقبة بن ظهير، عن أبيه، عن علي رضى الله عنه( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: وضع يده اليمنى على وسط ساعده اليسرى، ثم وضعهما على صدره.

حدثنا أبو كُرَيب، قال: ثنا وكيع، عن يزيد بن أبي زياد، عن عاصم الجحدري، عن عقبة بن ظهير، عن علي رضى الله عنه:( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: وضع اليمين على الشمال في الصلاة.

حدثنا ابن حميد، قال: ثنا أبو صالح الخراساني، قال: ثنا حماد، عن عاصم الجحدري، عن أبيه، عن عقبة بن ظبيان، أن علي بن أبي طالب رضى الله عنه قال في قول الله:( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: وضع يده اليمنى على وسط ساعده الأيسر، ثم وضعهما على صدره.

Adapun sanad, ibnu abi hatim telah mengisyaratkan perselisihan yang berlaku mengenai perawi dari saidina ali r.a samada ‘uqbah atau ayahnya serta perawi dari ‘uqbah samada asim atau ayahnya (al-jarh wa al-ta’dil, ms313 j6)

2. beberapa perawi yang lemah seperti ayah asim, al-ajjaj al-jahdariy yang tidak dapat dikesan, uqbah bin zahir hampir majhul hal kecuali namanya dimuatkan oleh ibnu hibban dalam kitab al-thiqat dan abu al-harisy majhul dalam sanad al-baihaqi.

3. untuk hadis anas r.a pula, kelemahannya pada dua perawi yang majhul iaitu abu al-harisy dan perawi dari anas r.a.

Imam ibnu kathir dalam tafsirnya terkenal dengan usahanya menyaring hadis-hadis atau cerita-cerita yang dimuatkan dalam penafsiran al-quran. Tidak ketinggalan usaha beliau dalam ayat 2 surah al-kauthar. Dengan tegas menyatakan bahawa tafsiran dari saidina ali r.a tidak sahih. Katanya (ms503 j8)

وقيل: المراد بقوله: { وَانْحَرْ } وضع اليد اليمنى على اليسرى تحت النحر. يروى هذا عن علي، ولا يصح

2. athar ibnu abbas r.a

Kata imam al-baihaqi;

(اخبرنا) أبو زكريا بن ابى اسحاق انبأ الحسن بن يعقوب بن البخاري انبأ يحيى بن ابى طالب انبأ زيد بن الحباب ثنا روح بن المسيب قال حدثنى عمرو بن مالك النكرى عن ابى الجوزاء عن ابن عباس رضى الله عنهما في قول الله عزوجل (فصل لربك وانحر) قال وضع اليمين على الشمال في الصلوة عند النحر

Sebagaimana athar saidina ali, athar ini juga daif bahkan ada yang menganggpnya mungkar kerana;

1. rauh bin al-musayyib. Kata al-zahabi (mizan, ms61 j2);

قال ابن عدى: أحاديثه غير محفوظة.

وقال ابن معين: صويلح.

وقال ابن حبان: يروى الموضوعات عن الثقات.

لا تحل الرواية عنه.

Selain rauh, dua perawi lain juga bermasalah iaitu amru bin malik dan yahya bin abi talib

2. tafsir ini berbeza dengan riwayat-riwayat lain dari ibnu abbas r.a mengenai tafsir ayat ini. Ibnu jarir al-tabari menukilkan dua riwayat dari ibnu abbas dengan dua sanad dengan tafsiran hampir sama;

-حدثني محمد بن سعد، قال: ثني أبي، قال: ثني عمي، قال: ثني أبي، عن أبيه، عن ابن عباس( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: الصلاة المكتوبة، والنحر: النسك والذبح يوم الأضحى

-حدثني علي، قال: ثنا أبو صالح، قال: ثني معاوية، عن علي، عن ابن عباس، في قوله:( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) يقول: اذبح يوم النحر

Ibnu kathir dan imam-imam lain menukilkan perkara sama dari ibnu abbas r.a. ini menunjukkan ia adalah tafsiran mashyur dari ibnu abbas.

Selain dari sanad yang lemah, tafsiran sebegini juga menyalahi makna awal surah yang menyebut tentang nikmat Allah kepada nabi-Nya. Ayat kedua adalah kewajipan bersyukur. Jesteru, al-tabari menyifatkan pendapat pilihanya awla bi as-sawab (ms655 j24). Ibnu kathir pula menyifatkan pendapat ini amat gharib (ms503 j8)

Kesimpulan.

Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pendakwa bukanlah sepertimana yang di dakwa. Ia bukanlah sekadar daif lalu masing-masing menyokong antara satu sama lain, bahkan ia samada mungkar, syaz, sangat daif dan daif. Mungkin yang paling kuat sanadnya ialah mursal imam tawus bin kaisan. Malangnya ia bersendirian tanpa bantuan dari mana-mana hadis musnad lain atau mursal lain. Umum mengetahui hanya hadis yang ringan kelemahannya sahaja yang diperkuat bukan yang amat lemah. Pendokong kelemahan juga hendaklah dari jenis kelemahan yang sama.

Ini dari sudut sanad. Manakala sudut amalan salaf, jelas bahawa ia tidak pernah dinukilkan sedemikian bahkan imam ahmad (yang meriwayatkan salah satu hadis di atas) tidak menyukai peletakan tangan di dada ketika solat. Jika salaf menjadi ikutan, maka salaf tidak berbuat demikian. Apa lagi yang anda mahu?

p/s: catatan ini bukanlah ijtihad saya kerana saya bukan ahlinya. Ini adalah pandangan beberapa pengkaji bahkan sebahagian besarnya adalah salafi sendiri. Di sini saya perturunkan nama-nama mereka;

1. dr. mahir yasih al-fahl (salafi) dalam kitabnya, athar al-‘ilal

2. sheikh abdul aziz bin marzuq al-tarrifi (salafi) dalam kitabnya, sifat al-solat

3. sheikh khalid Abdullah al-shayi’ (salafi) dalam risalah khusus mengenai tajuk ini, الإعلام بتخيير المصلي بمكان وضع اليدين بعد تكبيرة الإحرام

4. sheikh muqbil bin hadi al-wadi’iy (salafi). Beliau menulis kata aluan dlm risalah di atas dan memujinya kerana menjelaskan kebenaran.

4. dr. salahuddin al-idlibiy. Risalahnya bertajuk محل وضع اليد اليمنى على اليسرى في الصلاة

5. sheikh Muhammad awwamah dalam tahqiqnya terhadap musannaf ibnu abi syaibah

6. sheikh salman al-audah (salafi) dalam webnya islamtoday.net

7. www.ahlalhdeeth.com. laman web salafi arab terkenal juga membincangkan perkara ini di sini

8. sheikh Abdurrahman al-faqih (salafi) dalam perbincangan di atas.

9. al-fikrah.net laman web salafi Malaysia juga membincangkannya di sini dan di sini 

Sepanjang pembacaan saya, seolah-olah salafi telah berkembang dengan kembali kepada apa yang diwarisi oleh umat turun temurun dalam masalah ini, setelah sekian lama berpegang teguh dengan pandangan albani. Bahkan kedapatan mereka sebelum ini memandang sinis kepada golongan yang tidak meletakkan tangan di dada sehinggakan ada melemparkan tuduhan tidak menyedapkan telinga. Masih wujud saki baki salafi yang terpencil dari perkembangan ini dan berkeras seperti beberapa ustaz di Malaysia ini. Masih di takuk lama dan konservatif. Masih berlangitkan tempurung berbumikan tanah.


waLlahu a’lam bis sawaab

Isnin, Januari 10, 2011

Meletakkan Tangan Atas Dada Dalam Solat (2)


HADIS SAIDINA HULB AL-TAIY (هلب الطائى)

Hadis ini diriwayatkan oleh imam Ahmad (juz36 hlm 266);

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ سُفْيَانَ، حَدَّثَنِي سِمَاكٌ، عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ هُلْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: " رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْصَرِفُ عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ يَسَارِهِ، وَرَأَيْتُهُ، قَالَ، يَضَعُ هَذِهِ عَلَى صَدْرِهِ " وَصَفَّ يَحْيَى: الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى فَوْقَ الْمِفْصَلِ

Hadis saidina Hulb telah diriwayatkan oleh beberapa kitab hadis yang masyhur. Tetapi riwayatnya yang mengandungi penambahan ‘atas dada’ hanya dalam musnad Ahmad. Namun begitu, hadis tersebut bermasalah dari dua sudut;

1. Salah seorang perawinya dipertikaikan oleh beberapa ulama hadis kerana majhul. Perawi tersebut ialah Qabisah bin Hulb. Begitulah kata imam al-Nasa’i dan Ibnu al-Madiniy. Bahkan Ibnu al-Madiniy menambah lagi bahawa hadis-hadisnya hanya diriwayatkan oleh rawi yang bernama Simak bin Harb sahaja seperti hadis ini.

Pertikaian terhadap Qabisah adalah satu sebab kelemahan hadis ini. Sheikh Albani sendiri menyatakan hadis ini dikuatkan oleh hadis lain. Ini menunjukkan beliau mengakui kelemahannya. Jika tidak apa perlunya mutaba’ah atau syahid.

2. Jika dibandingkan hadis-hadis saidina Hulb, ramai pengkaji mendapati bahawa penambahan ‘atas dada’ adalah mungkar. Ini kerana jalan-jalan lain dari saidina Hulb tidak mengandungi penambahan ini.

Selain dari imam Sufian al-Thauri, kedapatan empat perawi lain yang meriwayatkan hadis Hulb ini dari Simak bin Harb. Mereka ialah;

شعبة/زائدة/أبو الأحوص/شريك

Namun mereka semua tidak meriwayatkan penambahan ini. Berikut adalah takhrij sheikh al-Nuri dalam kitabnya al-Musnad al-Jami’ dan saya merahkan perawi hadis saidina Hulb melalui Simak;

عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ الهُلْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَاضِعًا يَمِينَهُ عَلَى شِمَالِهِ فِي الصَّلاَةِ ، وَرَأَيْتُهُ يَنْصَرِفُ عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ

أخرجه أحمد 5/226(22313) قال: حدَّثنا يَحيى بن سَعِيد ، عن سُفْيَان. وفي 5/227(22328) قال : حدَّثنا مُحَمد بن جَعْفَر ، حدَّثنا شُعْبة. وفي (22330) قال : حدَّثنا وَكِيع ، عن سُفْيَان. وفي (22331) قال : حدَّثنا حُسَيْن الجُعْفِي ، عن زائدة. و"أبو داود"1041 قال : حدَّثنا أبو الوَلِيد الطَّيَالِسِي ، حدَّثنا شُعْبة. و"ابن ماجة"809 و929 قال : حدَّثنا عُثْمَان بن أَبي شَيْبَة ، حدَّثنا أبو الأَحْوَص. و"التِّرمِذي"252 و301 قال : حدَّثنا قُتَيْبَة ، حدَّثنا أبو الأَحْوَص. و(عبد الله بن أحمد) في زياداته على المسند 5/226(22314) قال : حدَّثني أبو بَكْر بن أَبي شَيْبَة ، حدَّثنا وَكِيع ، عن سُفْيَان. وفي (22316) قال : حدَّثني مُحَمد بن جَعْفَر الوَرْكَانِي ، حدَّثنا شَرِيك. وفي (22319) قال : حدَّثني زكريا بن يَحيى بن صَبِيح ، حدَّثنا شَرِيك. وفي (22321) قال : حدَّثني أبو بَكْر بن أَبي شَيْبَة ، حدَّثنا غُنْدَر ، عن شُعْبة. وفي (22322) قال : حدَّثني العَبَّاس بن الوَلِيد النَّرْسِي ، وهَنَّاد بن السَّرِيّ ، قالا : حدَّثنا أبو الأَحْوَص. وفي 5/227(22324) قال : حدَّثنا عُثْمَان بن أَبي شَيْبَة ، حدَّثنا أبو الأَحْوَص. وفي (22327) قال : حدَّثني يَحيى بن عَبْدَوَيْه ، مَوْلَى بني هاشم ، حدَّثنا شُعْبة.
خمستهم (سُفْيَان الثَّوْرِي ، وشُعْبة ، وزائدة ، وأبو الأَحْوَص ، وشَرِيك) عن سِمَاك بن حَرْب ، عن قَبِيصَة بن الهُلْب ، فذكره. 

Ada pun imam Sufyan, mereka yang mengambil hadis ini darinya terdiri daripada;

1. Imam Waki’ bin al-Jarrah (Musannaf Ibnu Abi Syaibah )

حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، عَنْ سُفْيَانَ ، عَنْ سِمَاكٍ ، عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ هُلْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَاضِعًا يَمِينَهُ عَلَى شِمَالِهِ فِي الصَّلاَةِ

2. Imam Abdur Rahman bin Mahdi ( Sunan al-Daruqutni )

حَدَّثَنَا أَبُو مُحَمَّدِ بْنُ صَاعِدٍ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّوْرَقِىُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِىٍّ عَنْ سُفْيَانَ ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ الْحَسَّانِىُّ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ هُلْبٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَاضِعًا يَمِينَهُ عَلَى شِمَالِهِ فِى الصَّلاَةِ. لَفْظُهُمَا وَاحِدٌ.

(Sepertimana dinukilkan, ia juga mengandungi jalan imam Waki’)

3. Imam al-Husain bin Hafs (Sunan al-Baihaqi )

اخبرنا أبو عبد الله الحافظ وابو سعيد بن ابى عمرو قالا ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا اسيد بن عاصم ثنا الحسين بن حفص قال قال سفيان وحدثنا سماك بن حرب عن قبيصة بن هلب عن ابيه قال كان النبي صلى الله عليه وسلم ينصرف مرة عن يمينه ومرة عن يساره ويضع احدى يديه على الاخرى

4. Imam Muhammad bin Kathir (Mu’jam Kabir al-Tabaraniy )

حَدَّثَنَا أَبُو مُسْلِمٍ الْكَشِّيُّ، ثنا مُحَمَّدُ بن كَثِيرٍ، ثنا سُفْيَانُ، عَنْ سِمَاكِ بن حَرْبٍ، عَنْ قَبِيصَةَ بن هُلْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:كَانَ يُمْسِكُ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فِي الصَّلاةِ.

5. Imam Abdur Razzaq ( Musannaf Abdur Razzaq)

عبد الرزاق عن الثوري عن سماك بن حرب عن قبيصة بن هلب عن أبيه قال كان النبي صلى الله عليه و سلم ينصرف مرة عن يمينه ومرة عن شماله وكان يمسك بيمينه على شماله في الصلاة

Kelima-lima imam hadis yang besar ini meriwayatkan hadis tersebut dari imam Sufyan al-Thauri tanpa penambahan. Hanya imam Yahya bin Said al-Qahtan meriwayatkan hadis tersebut dengan tambahan ‘atas dada’ seperti riwayat imam Ahmad. Walaupun Yahya bin Said imam besar tetapi beliau juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Apa yang masyhur di kalangan rakan-rakan imam Sufyan dan anak muridnya menampakkan seolah-olah ada yang tidak kena dalam hadis Hulb melalui riwayat imam Ahmad ini. Ini dikukuhkan lagi dengan pendirian imam Ahmad sendiri yang meriwayatkan hadis ini dalam musnadnya. Ini dinukilkan oleh Ibnu Muflih dalam kitabnya, al-Furu’;

وَعَنْهُ(امام احمد) نَقْلًا وَيُكْرَهُ وَضْعُهُمَا عَلَى صَدْرِهِ نَصَّ عَلَيْهِ مَعَ أَنَّهُ رَوَاهُ أَحْمَدُ

Juga imam Abu Daud menukilkan dalam kitabnya yang khusus mengenai jawapan imam Ahmad terhadap soalan-soalannya, iaitu al-masa’il;

سمعته يقول : يكره أن يكون ، يعني وضع اليدين عند الصدر

Jesteru, ramai pengkaji setelah melihat dan menemui perbezaan ini menghukum bahawa penambahan ‘atas dada’ dalam hadis saidina Hulb juga syaz.

bersambung...

Isnin, Januari 03, 2011

Meletakkan Tangan Atas Dada Dalam Solat (1)

Baru-baru ini saya ada terbaca komen seorang ustaz terhadap buku terbaru ustaz Rasul Dahri bertajuk sifat solat Nabi s.a.w. Beliau tidak setuju dengan pegangan dan tulisan ustaz Rasul Dahri yang seolah-olah menghadkan kedudukan tangan dalam solat hanya pada dada dan mendakwa itulah yang sunnah dan thabit dari Rasulullah s.a.w. Sedangkan dalam mazhab yang diwarisi dari salafussalih, ia adalah sebaliknya. Bahkan tiada nukilan pun dari mereka seumpama itu.

Setelah itu saya membaca tulisan-tulisan yang berkaitan dengan meletakkan tangan di dada di beberapa buah buku dan ulasan dari internet yang berkaitan. Jadi, saya ingin perturunkan hasil pembacaan tersebut, tertumpu hanya berkenaan dengan dalil yang didakwa sebagai asas pandangan tersebut, terutamanya saya sendiri pernah mendengar satu video youtube seorang ustaz bermati-matian mempertahankan pandangan sheikh Albani dengan dalil tersebut dan menolak pandangan imam Ahmad dengan hujah lojik yang bertaraf ‘tadika’. Dia telah ulanginya berkali-kali di hadapan audien dengan bersungguh-sungguh dengan kata-katanya yang sama; hadis itu walaupun daif tapi dikuatkan dengan syawahid. Paling kurang menjadi hasan!

HUJJAH SHEIKH ALBANI

Sheikh Albani dalam masalah ini berhujah dengan beberapa hadis dan athar dalam bukunya yang terkenal, sifat solat Nabi s.a.w. Hadis dan athar tersebut sebagaimana berikut;

1. Hadis saidina Wail bin Hujr (وائل بن حجر)

2. Hadis saidina Hulb/Halab al-Taiy (هلب الطائى)

3. Mursal imam Tawus

4. Tafsir saidina Ali dan Ibnu Abbas r.a terhadap ayat (فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ)

Kesemua dalil-dalil ini secara ringkasnya bermasalah walaupun di sisi Albani. Cuma beliau mengambil pendekatan bahawa setiap satunya mengukuhkan yang lain. Hadis pertama dikukuhkan oleh dalil kedua dan ketiga, manakala mursal imam Tawus diperkuatkan oleh tafsir saidina Ali r.a.

Ada lagi dalil lain seperti perbuatan saidina Ali dalam hadis Abu Daud, tetapi ia berkenaan atas pusat. Begitu juga hadis sahih meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri yang didakwanya menyokong dari sudut makna, tetapi hakikatnya, maknanya turut menyokong meletakkan tangan di bawah dada di atas pusat. Jesteru kelemahan dalam istinbat dalam hadis-hadis tadi dan selainnya, saya tidak bercadang memperkatakannya.

HADIS SAIDINA WAIL BIN HUJR (وائل بن حجر)

Hadis saidina Wail sememangnya terkenal dalam bab solat. Dalam satu riwayat hadis Wail terdapat penyataan bahawa Nabi s.a.w meletakkan tangannya di dada. Hadis tersebut sebagaimana kata Albani terdapat dalam;

1. Sahih Ibnu Khuzaimah

حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى ، حَدَّثَنَا مُؤَمَّلٌ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ كُلَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ ، قَالَ : صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى عَلَى صَدْرِهِ

(ia juga diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi dalam al-Kubra dengan sanadnya kepada Muammal kemudian dengan sanad yang sama.)

2. Abu Al-Sheikh dalam طبقات المحدثين بأصبهان

حدثنا محمد بن يحيى ، ثنا محمد بن عاصم ، قال : ثنا مؤمل ، قال : ثنا سفيان ، عن عاصم بن كليب ، عن أبيه ، عن وائل بن حجر ، قال : رأيت النبي صلى الله عليه وسلم وضع يده على شماله عند صدره

3. Al-Mu’jam al-Kabir oleh imam al-Tabaraniy

حَدَّثَنَا بِشْرُ بن مُوسَى، ثنا مُحَمَّدُ بن حُجْرِ بن عَبْدِ الْجَبَّارِ بن وَائِلٍ الْحَضْرَمِيُّ، حَدَّثَنِي عَمِّي سَعِيدُ بن عَبْدِ الْجَبَّارِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أُمِّهِ أُمِّ يَحْيَى، عَنْ وَائِلِ بن حُجْرٍ، قَالَ:حَضَرْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ … ثُمَّ وَضَعَ يَمِينَهُ عَلَى يَسَارِهِ عَلَى صَدْرِهِ

Jika dilihat, hadis Wail yang mengandungi ‘atas dada’ hanya melalui dua jalan sahaja. Jalan Muammal bin Sulaiman dan Muhammad bin Hujr. Kedua-dua jalan ini lemah dan diakui oleh Albani sendiri. Hadis pertama lemah kerana Muammal bin Sulaiman. Sebagai kesimpulan, dinukilkan kata imam al-Zahabi dalam kitab Siyarnya (juz 10 hlm111);

وَثَّقَهُ: يَحْيَى بنُ مَعِيْنٍ.
وَقَالَ أَبُو حَاتِمٍ: صَدُوْقٌ، شَدِيْدٌ فِي السُّنَّةِ، كَثِيْرُ الخَطَأِ.
وَقَالَ البُخَارِيُّ: مُنْكَرُ الحَدِيْثِ.
وَأَمَّا أَبُو دَاوُدَ، فَأَثْنَى عَلَيْهِ، وَعَظَّمَهُ، وَرَفَعَ مِنْ شَأْنِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِلاَّ أَنَّهُ يَهِمُ فِي الشَّيْءِ

Ini tidak perlu huraian panjang kerana diakui semua. Cuma ada satu lagi illah yang tidak diketahui oleh mereka yang berhujjah dengannya, iaitu penambahan ‘atas dada’ adalah mungkar. Ini kerana hadis saidina wail dari pelbagai riwayat tidak mengandungi penambahan ini.

Rakan seguru Muammal iaitu (lihat al-Musnad al-Jami: hadis وائل بن حُجْر الْحَضْرَمِيُّ الكِنْدِيُّ);

وكيع
عبد الرزاق
يحيى بن آدم 
 ابو نعيم
عبد الله بن الوليد
عبد الله بن يزيد المقري 
 قتيبة 
 محمد بن يوسف الفريابي 
 المخزومي
عبد الجبار بن العلاء
 سعيد بن عبد الرحمن

Mereka semuanya mengambil hadis Wail mengenai meletakkan tangan kiri atas tangan kanan dari imam Sufyan tetapi tidak meriwayatkan penambahan tersebut. Dan kebanyakan mereka ulama besar hadis jauh lebih teliti dari Muammal. Bukan itu sahaja. Rakan-rakan seguru Sufyan yang mengambil hadis Wail ini dari ‘Asim bin Kulaib bin Syihab juga tidak meriwayatkan penambahan ini. Mereka ialah sepuluh orang ;

سُفْيان بن عُيَيْنَة
 عَبْد الله بن إِدْرِيس
مُحَمد بن فُضَيْل 
 عَبْد الواحد بن زِيَاد
 شُعْبة 
عَبْد العَزِيز بن مُسْلم 
 زائدة بن قُدَامَة
 زُهَيْر
سُفْيَان الثَّوْرِي
بِشْر بن المُفَضَّل.

Ini satu perbezaan yang sangat jelas seolah-olah Muammal tersilap meriwayatkan penambahan ini. Kecuali mereka yang berjumlah 21 orang ini cuai dalam meriwayatkan hadis. Ini mustahil dan sangat berkemungkinan berlaku pada perawi yang diakui banyak kesalahan seperti Muammal. Ini baru dua tabaqat; tabaqat Muammal dan Sufyan. Setengah pengkaji menemui angka yang lebih besar dari ini. Cuma saya hanya merujuk satu kitab al-Musnad al-Kabir supaya senang saya dan pembaca merujuk.

Perbezaan ulama yang lebih thiqah menyebabkan hadis ini tergolong dalam hadis mungkar. Ini saya akan jelaskan nanti.

Hadis imam al-Tabaraniy mungkin dianggap sebagai mutaba’ah nazilah kepada hadis Muammal. Malangnya, ia sendiri mengalami nasib yang sama. Ia mengandungi empat kelemahan;

1. Muhammad bin Hujr bin Abdul Jabbar. Kata Ibnu Hibban dalam al-Majruhin

محمد بن حجر بن عبد الجبار بن وائل بن حجر الحضرمي الكندى: كنيته ابو جعفر، من أهل الكوفة، يروي عن عمه سعيد بن عبد الجبارعن أبيه عبد الجبار عن أبيه وائل بن حجر بنسخة منكرة منها أشياء لها أصول من حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وليست من حديث وائل بن حجر، ومنها أشياء من حديث وائل بن حجر مختصرة جاء بها على التقصى وأفرط فيها، ومنها أشياء موضوعة ليس من كلام رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يجوز الاحتجاج به

Kata Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan;

محمد بن حجر بن عبد الجبار بن وائل بن حجر عن عمه سعيد وعنه إبراهيم بن سعيد الجوهري له مناكير قيل كنيته أبو الخنافس وقال البخاري فيه بعض النظر

Ini menunjukkan dia lemah terutamanya apabila dia meriwayatkan dari bapa saudaranya Said bin Abdul Jabbar. Hadis yang disebut di sini adalah riwayatnya dari bapa saudaranya.

2. Said bin Abdul Jabbar. Kata al-Mizzi dalam Tahzib;

قال النسائى : ليس بالقوى . و قال ابن عدى : ليس له كبير حديث ، إنما له عن أبيه ، عن جده أحاديث يسيرة ، نحو الخمسة أو الستة

3. Ummu Abdul Jabbar. Seorang yang tidak dikenali. Kata Ibnu al-Turkumaniy dalam al-Jauhar al-Naqiy;

ام عبد الجبار هي ام يحيى لم اعرف حالها ولا اسمها

4. Penambahan ini juga mungkar kerana menyalahi riwayat perawi lain dari Wail bin Hujr yang lebih thiqah bahkan tiada bandingan sebenarnya kerana Ummu Yahya majhul. Perawi tersebut ialah Kulaib bin Hisyam dan Alqamah bin Wail. Ia juga dianggap mungkar kerana perawi dari Abdul Jabbar iaitu Said (yang lemah) menyalahi tiga rakannya yang lain yang turut mengambil hadis meletakkan tangan dari Abdul Jabbar (al-Musnad al-Jami’);

الحَسَن بن عُبَيْد الله النَّخَعِي 
 المَسْعُودِي 
أَبي إِسْحَاق السبيعي

Kesimpulannya, kedua jalan ini sangat lemah kerana perawinya dan perselisihan yang teruk dengan perawi yang lebih thiqah ( مخالفة الثقات ). Tidak lupa juga bahawa ada satu jalan lagi dari saidina Wail, iaitu jalan Alqamah bin Wail, tiada langsung tambahan tersebut. Ini juga mengukuhkan ‘kemungkaran’ tambahan meletak tangan di dada.

HADIS SAIDINA HULB AL-TAIY (هلب الطائى)

Hadis ini diriwayatkan oleh imam Ahmad (juz36 hlm 266);

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ سُفْيَانَ، حَدَّثَنِي سِمَاكٌ، عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ هُلْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: " رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْصَرِفُ عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ يَسَارِهِ، وَرَأَيْتُهُ، قَالَ، يَضَعُ هَذِهِ عَلَى صَدْرِهِ " وَصَفَّ يَحْيَى: الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى فَوْقَ الْمِفْصَلِ

Bersambung...

Isnin, November 08, 2010

islam @ zindiq ?

let the pictures and video speaks...






islam dipermainkan melalui 'idea sunnah'

حسبنا الله ونعم الوكيل

Isnin, Oktober 04, 2010

video penghibur hati = rindu muhammadku

air mata bergenangan
kerana mengingatimu
moga dapat bersua muka
disatu masa nanti...

video ini saya temui ketika melayari blog-blog di internet, kemudian menyemaknya di youtube. dah lama mata ini kontang dari dibasahi lembapan rindu buat junjungan tercinta. terimalah ia buat sang perindu...

Ahad, Oktober 03, 2010

berita gembira buat pencinta...

assalamualaikum...

insya-Allah, negara kita sekali lagi akan diserikan dengan kunjungan para ulama habaib sempena haul imam abdullah al-haddad. majlis yang dihadiri para ulama untuk memperingati ulama. kata imam ibnu uyainah r.a, rahmat turun mencurah-curah ketika orang-orang soleh disebut-sebut. ini bukan sekadar sembang biasa. ia sembang ulama. ia bukan perkumpulan biasa. ia majlis ilmu.

imam bukhari dan muslim meriwayatkan sebuah hadis menyatakan dengan jelas kelebihan majlis ilmu. kelebihan yang meruntun hati yang hidup penuh dengan dosa, yang ingin pulang kembali kepada Allah dengan suci bersih.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلَّهِ مَلَائِكَةً يَطُوفُونَ فِي الطُّرُقِ يَلْتَمِسُونَ أَهْلَ الذِّكْرِ فَإِذَا وَجَدُوا قَوْمًا يَذْكُرُونَ اللَّهَ تَنَادَوْا هَلُمُّوا إِلَى حَاجَتِكُمْ قَالَ فَيَحُفُّونَهُمْ بِأَجْنِحَتِهِمْ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا قَالَ فَيَسْأَلُهُمْ رَبُّهُمْ وَهُوَ أَعْلَمُ مِنْهُمْ مَا يَقُولُ عِبَادِي قَالُوا يَقُولُونَ يُسَبِّحُونَكَ وَيُكَبِّرُونَكَ وَيَحْمَدُونَكَ وَيُمَجِّدُونَكَ قَالَ فَيَقُولُ هَلْ رَأَوْنِي قَالَ فَيَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ مَا رَأَوْكَ قَالَ فَيَقُولُ وَكَيْفَ لَوْ رَأَوْنِي قَالَ يَقُولُونَ لَوْ رَأَوْكَ كَانُوا أَشَدَّ لَكَ عِبَادَةً وَأَشَدَّ لَكَ تَمْجِيدًا وَتَحْمِيدًا وَأَكْثَرَ لَكَ تَسْبِيحًا قَالَ يَقُولُ فَمَا يَسْأَلُونِي قَالَ يَسْأَلُونَكَ الْجَنَّةَ قَالَ يَقُولُ وَهَلْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُ فَكَيْفَ لَوْ أَنَّهُمْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَوْ أَنَّهُمْ رَأَوْهَا كَانُوا أَشَدَّ عَلَيْهَا حِرْصًا وَأَشَدَّ لَهَا طَلَبًا وَأَعْظَمَ فِيهَا رَغْبَةً قَالَ فَمِمَّ يَتَعَوَّذُونَ قَالَ يَقُولُونَ مِنْ النَّارِ قَالَ يَقُولُ وَهَلْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُ فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَوْ رَأَوْهَا كَانُوا أَشَدَّ مِنْهَا فِرَارًا وَأَشَدَّ لَهَا مَخَافَةً قَالَ فَيَقُولُ فَأُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ قَالَ يَقُولُ مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ فِيهِمْ فُلَانٌ لَيْسَ مِنْهُمْ إِنَّمَا جَاءَ لِحَاجَةٍ قَالَ هُمْ الْجُلَسَاءُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ

biarpun kita hanya insan biasa disisi-Nya, amalan tidak seberapa, ulama (seingat saya sheikh zakaria al-kandahlawi dalam kitabnya; al-syariah wa al-tariqah) ada berpesan bahawa kita berpeluang mengecapi kemuliaan Allah dengan menyintai ahli-Nya. sekarang peluang telah mula bersinar. mari kita, insan-insan yang penuh kekurangan dan dosa bergegas merebut peluang.

Majlis2 Haul 2010

Pemberitahuan - Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad

Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

Tarikh
Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)

09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

13 Oktober 2010
Masjid Zahir (Masjid Negeri, Kedah) Alor Setar, Kedah
Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu

14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

Zon Sentral

15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Kuala Lumpur

16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

18 Oktober 2010
Masjid Asyakirin, Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan

Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

22 Oktober 2010
Masjid At-Taqwa, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor


Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

untuk kehadiran habib umar jadualnya seperti berikut;

Program Da’wah dan Ilmiah Guru Mulia AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR BEN HAFIDZ AL-HADRAMI ke Malaysia / Zukaedah 1431H

Bersempena acara Haul Imam Abdullah Al-Haddad :

15 Oktober 2010 = Masjid Al-Bukhari Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur / 1730 PM

16 Oktober 2010 = Masjid Negeri Shah Alam / 1700 PM

17 Oktober 2010 = Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya Selangor / 1730 PM

sumber; http://www.alhawi.net/ http://pondokhabib.wordpress.com/2010/10/04/program-dawah-dan-ilmiah-guru-mulia-habib-umar-ben-hafidz-di-malaysia-zulkaedah-1431h/

saya sendiri akan cuba menyelit-nyelit menghadiri majlis-majlis ini kerana terpaksa bertugas sebagai LO (liason officer) semasa persidangan menteri-menteri pengajian tinggi negara islam yang tarikhnya bertembung dengan majlis ini. Allahul musta'an...

Rabu, September 01, 2010

Bahasa dikuasai dengan menghafal?

Dah lama saya tidak menulis dalam blog ini. Walaupun banyak topik yang terlintas di fikiran bahkan ada yang sudah mula ditulis, tapi akhirnya ia terbantut di tengah jalan. Tidak tahulah kenapa. Cuma apabila ia berlaku melibatkan diri, semangat untuk mengomentarinya lebih kuat berbanding isu yang saya temui berlaku di sekeliling. Dan itulah salah satu sebab posting ini.

Tengahari tadi (ketika posting ini dilakar) ada ustazah yang bercakap tentang pelajarnya yang tidak menghafal wazan sorof. Dakwanya; sebab itulah pelajar sekarang tidak kenal baris perkataan. Ceritanya lagi, dia sejak sekolah menghafal wazan dan ia menjadi kemestian untuk pelajar membaca baris perkataan dengan betul.

Anti bolehlah sebab anti pelajar cemerlang. Bagaimana dengan pelajar macam saya dan anak murid anti yang malas menghafal!? Saya mencelah sambil menyindir. Sepanjang ana belajar, ana tak pernah hafal wazan (sebenarnya saya pernah hafal tapi ia sekadar hafalan yang akhirnya hilang) dan apa yang ana perolihi sekarang adalah hasil dari banyak membaca bacaan arab. ana belajar bahasa arab melalui jalan sima’i. saya menyambung lagi dengan kesimpulan ringkas pengalaman sebagai penutur bukan bahasa arab.

Adakah bahasa dikuasai dengan menghafal? Dalam konteks bahasa arab perlu menghafal wazan sorof untuk baris selain baris akhir. Pelajar akan dapat membaca dengan betul sekiranya struktur morfologi diingati?

Inilah persoalan yang cuba saya kongsikan di sini. Sekadar pengalaman dan pengetahuan tentangnya. Mungkin betul, mungkin salah.

Dari perbualan tadi tentunya pendirian saya jelas. Saya tidak berpendapat demikian. Bagi saya bahasa bukannya hafalan. Baris-baris perkataan yang bersimpang siur kedudukannya dingati secara tidak langsung. Melekat dalam jiwa dengan banyak mendengar perkataan yang seumpamanya disebut dan disebut. Dengan banyak membaca perkataan seumpamanya beserta baris yang sedia ada atau dicari sendiri. Ia ‘dihafal’ di bawah sedar. Dalam bahasa linguistik, ia disebut sebagai pemerolihan (الاكتساب).

Gaya penguasaan bahasa melalui sima’I ini telah digambarkan oleh ibnu khaldun dalam muqaddimahnya;

اعلم أن اللغات كلها ملكات شبيهة بالصناعة، إذ هي ملكات في اللسان، للعبارة عن المعاني وجودتها وقصورها بحسب تمام الملكة أو نقصانها. وليس ذلك بالنظر إلى المفردات، وإنما هو بالنظر إلى التراكيب. فإذا حصلت الملكة التامة في تركيب الألفاظ المفردة، للتعبير بها عن المعاني المقصودة، ومراعاة التأليف الذي يطبق الكلام على مقتضى الحال، بلغ المتكلم حينئذ الغاية من إفادة مقصوده للسامع، وهذا هو معنى البلاغة. والملكات لا تحصل إلا بتكرار الأفعال لأن الفعل يقع أولاً وتعود منه للذات صفة، ثم تتكرر فتكون حالاً. ومعنى الحال أنها صفة غير راسخة، ثم يزيد التكرار فتكون ملكة أي صفة راسخة

“Ketahuilah bahawa bahasa-bahasa seluruhnya adalah malakah yang menyamai kemahiran kerana ia (bahasa) adalah malakah lisan untuk menungkapkan makna-makna; elok dan cacatnya berdasarkan kesempurnaan malakah atau kekurangannya. bukanlah ia berdasarkan perkataan (tetapi) ia berdasarkan pembinaan (ayat). Apabila berhasil malakah yang sempurna dalam pembinaan lafaz perkataan untuk menggambarkan makna yang diingini dan meraikan pembentukan yang menepati kehendak keadaan, maka penutur pada waktu itu telah mencapai objektif menyampaikan maksudnya kepada pendengar. Inilah makna al Balaghah. Dan malakah tidak berhasil kecuali dengan pengulangan perbuatan, kerana sesuatu perbuatan kali pertama berlaku dan menjadi sifat kepada sesuatu zat. Kemudian ia berulang lalu menjadi keadaan. Makna keadaan ialah ia sifat yang tidak tetap. Kemudian pengulangan tadi bertambah lalu menjadi malakah, iaitu sifat yang kekal”

Ibnu khaldun juga dalam perbahasan zuq menjelaskan;

وهنه الملكة كما تقدم إنما تحصل بممارسة كلام العرب وتكرره على السمع والتفطن لخواص تراكيبه، وليست تحصل بمعرفة القوانين العلمية في ذلك التي استنبطها أهل صناعة البيان فإن هذه القوانين إنما تفيد علماً بذلك اللسان، ولا تفيد حصول الملكة بالفعل في محلها، وقد مر ذلك.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah bahasa adalah kemahiran. Kemahiran dikuasai dengan latihan dan pengalaman bertalu-talu. Sekadar menghafal wazan belum tentu berkemampuan membaca teks arab.

Pada saya, inilah cara menguasai baris selain baris akhir perkataan arab. Bahkan ia juga cara seseorang mengetahui makna yang terkandung atau yang ingin disampaikan dalam bentuk uslub arab. Jika tidak terbiasa dengan gaya dan uslub penulisan mahupun percakapan dalam bahasa arab, mungkin sahaja tafsirannya silap dan menyeleweng. Dalam menyampaikan makna, ada gaya tertentu yang digunakan dan ia berlainan antara satu-satu entiti. Para fuqaha dalam penulisan mereka mempunyai gaya dan laras tersendiri. Fuqaha mutaakhirin umpamanya, bahasa mereka agak kaku dan ringkas tapi padat dengan makna. Bahasa ahli sejarah mutaqaddimin selalunya agak berbunga. Dan begitulah seterusnya.

Bila laras bahasa tidak dikenali
Baru-baru ni saya ada mendengar tazkirah ramadan yang disampaikan oleh seorang profesor dalam bidang balaghah arab. Beliau menyampaikan sebuah cerita di akhir hayat nabi s.a.w, di mana seorang sahabat bernama ukkasyah meminta qisas dari nabi s.a.w. ceritanya agak panjang dan banyak kedengaran di ceramah agama.

cerita ini diriwayatkan oleh al-tabarani, al-‘uqaili, abu nu’aim dll. Imam al-salihi dalam subulul huda menyatakan bahawa ia hadis batil. Ibnu jauzi juga menghimpunkannya dalam kitab al-maudu’at. Al-salihi juga menyatakan, imam al-zahabi juga berpendapat demikian.

Dalam tazkirah tersebut, profesor tersebut telah melakukan kesilapan dari sudut terjemahan. Kesilapan yang saya kira berpunca dari beliau mungkin tidak biasa dengan uslub tertentu. Walaupun dia seorang profesor dalam balaghah! Katanya, nabi s.a.w telah memukul ukkasyah dengan sengaja berpandukan kepada sabda nabi dalam teks yang dibacanya;

أعيذك بجلال الله أن يتعمدك رسول الله بالضرب

Apa kata pembaca sekelian? Nabi s.a.w sengaja memukul ukkasyah atau tidak sengaja?. Uslub ini banyak terdapat dalam penulisan dan percakapan. Saya tidak berhasrat menghuraikannya. Tapi ia salah satu bukti kepada perbincangan ini.

Sheikh syaltut
Salah seorang guru saya di mesir ialah sheikh sayyid syaltut. Beliau mengajar kami fiqh dan usulnya. Kitab usul fiqh غاية المأمول في شرح ورقات الاوصول yang telah kami khatam dan memasuki pusingan kedua adalah salah satu jasanya. Beliau ada menceritakan manhaj beliau dalam membaca kitab. Katanya, beliau akan membaca sebahagian atau sejuzuk dari sesebuah kitab dengan guru, kemudian akan meneruskannya sendiri. Sebabnya, dengan sebahagian kitab di baca dengan berguru maka bakinya tidak jauh berbeza laras dan uslub dan boleh ditekuni sendiri.

Begitulah cara beliau membaca terutama kitab-kitab yang besar dan berjilid-jilid. Antara guru yang pernah beliau berbuat demikian dengannya ialah dr. Muhammad bakar ismail dengan kitab ulum quran karangannya (jika saya tidak tersilap). Dr. Muhd bakar ismail ialah pensyarah tafsir dan ulum quran di azhar. Dengarnya, beliau meninggal dunia dalam keadaan sujud.

Dengan kami begitulah sheikh syaltut buat. Setelah kami menghabiskan bab ibadat kitab ghayat al-bayan syarah matan zubad karangan imam ramli, beliau memulakan bab muamalat dengan kitab lain. Juga beliau berpesan, kamu seolah-olah baca kitab al-nihayah karangan imam ramli dengan mengaji kitab ghayah ini!

Mufti mesir juga ada bercerita, pelajar zaman dahulu belajar kitab mughniy a-muhtaj jilid pertama selama 10 tahun. Selepas itu, guru mereka suruh balik baca sendiri. Dengar kata mufti pada minit 2.42 pada link berikut;

Kitab nahu dan sorof
mungkin ada yang bertanya, habis tu apa guna kaedah nahu dan sorof dalam kitab-kitab nahu dan sorof? Untuk ini kita perlu memahami kegunaan sesuatu bahasa antara kemahiran dan pengetahuan linguistik. Kemahiran berbahasa kadang kala tidak memerlukan pengetahuan linguistic mengenainya. Seperti orang melayu sekarang. Dikatakan penutur bahasa melayu tapi jika ditanya ayat aktif dan pasif pasti berfikir panjang.

Belajar nahu dan sorof serta menghafalnya adalah belajar ilmu pengetahuan linguistic bahasa arab. Tapi belum tentu dia boleh bercakap fasih dalam bahasa arab, belum tentu dia dapat membaca teks arab dengan tepat dan belum tentu dia dapat memahami audio atau percakapan arab dengan sempurna. Ini kerana itu semua berkaitan dengan kemahiran berbahasa. Begitulah juga sebaliknya. Semuanya ada objektif masing-masing. Ya, mempelajari nahu sorof membantu dalam kemahiran berbahasa tapi tidak semestinya.

Contoh yang mudah ialah perbezaan ilmu tajwid dengan kemahiran membaca al-quran. Walaupun banyak mana ilmu tajwid yang dipelajari, banyak mana matan yang dihafal tapi membaca quran dengan betul terletak pada latihan membaca. Dengan latihan, ada orang yang boleh membaca al-quran dengan betul walaupun ragu-ragu bila ditanya hokum mad.

Kata ibnu al-jazari; وليس بينه وبين تركه # إلا رياضة امرئ بفكه

Sarjana barat
Krashen dalam bukunya Second Language Acquisition And Second Language Learning telah menyatakan bagaimana sesuatu bahasa kedua dicapai.

adults can (cara pertama)'acquire,' which is the way children 'get' their first language, subconsciously, through informal, implicit learning. Once you have acquired something you're not always aware you have done it. It just feels natural; it feels as if it has always been there. Quite distinct from acquisition is (cara kedua) conscious learning. This is knowing about language, explicit, formal linguistic knowledge of the language.

ini adalah pernyataan dari tokoh linguistic barat yang menyamai penjelasan saya di atas. Bahkan beliau pada tempat yang berterus terang bahawa kefasihan seseorang berpunca dari pemerolihan (الاكتساب) bukannya pembelajaran mahupun hafalan sekaligus menyokong pendirian saya. Katanya;

fluency in second language performance is due to what we have acquired, not what we have learned.

Walaupun begitu, adalah lebih baik kedua-duanya pemerolihan dan pembelajaran berjalan serentak. Kata ibnu khaldun lagi;

وربما يكون الدؤوب على التعليم والمران على اللغة، وممارسة الخط يفضيان بصاحبهما إلى تمكن الملكة

Lagi pun, bukankan pahala yang dijanjikan oleh agama kerana pembelajaran dan pengajian?!.
Hingga sekarang saya masih berpendapat demikian. Mungkin betul, mungkin tidak. Wallahu a’lam bis sawab.

Khamis, Julai 08, 2010

satu nukilan buat renungan

assalamualaikum...

sudah lama sangat tidak menjenguk blog ini. ada sahaja yang menghalang. kerja, malas, keluarga dan lain lain. cuma hari ni terbaca satu artikel yang amat menarik. ia merupakan satu pandangan tetapi rasanya amat menepati apa yang terbuku di hati ini. tanpa susah-susah saya menulis saya ingin menukilkannya dengan memberi kredit kepada tuan asalnya, ustaz Adlan Abd. Aziz atau nama penanya alitantawi. harap boleh baca dengan hati yang terbuka.

Saturday, June 19, 2010
Dalam Fiqh, Saudi…Dalam Hadith, al-Albani…’Itu Kajian Ilmiah’?

Sebahagian (bukan semua, sebahagian) penuntut ilmu amat gopoh dalam memberikan penilaian terhadap sesuatu isu agama atau cabang ilmu berkaitan Islam. Saya terpanggil untuk menulis apa yang sering saya bicarakan bersama sahabat-sahabat lain dalam al-ahkam.net iaitu fenomena ‘tarjih’ iaitu keupayaan memilih pendapat yang terbaik dan terkuat mengikut dalil apabila berlakunya perbezaan dan perselisihan. Tarjih di sini tidak semestinya dalam fiqh, bahkan termasuk juga dalam aqidah, tafsir, hadith dan sebagainya.

Sifat gopoh dalam memberikan pandangan adalah sifat yang boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja. Apa yang terhasil daripada kegopohan seringkali akan membawa kesan yang negatif. Kadangkala sifat gopoh sering dikaitkan dengan usia muda atau peringkat awal menuntut ilmu. Apa yang penting, jangan malu dan degil untuk berubah kerana manusia tidak sempurna terutama penuntut ilmu di usia muda.

Di antara contoh kegopohan dalam memberikan pandangan ialah – Terdapat sebahagian penulis, penuntut ilmu malah pendakwah yang apabila timbul sesuatu persoalan dalam fiqh atau timbul perbincangan tentang kedudukan sesuatu hadith sama ada sahih atau tidak, maka timbullah dan kedengaranlah suara-suara bersemangat yang menyeru ke arah kajian, manhaj, tarjih, tahqiq dan perkara yang sewaktu dengannya. Lalu keluarlah pandangan yang paling ‘rajih’ dan pendapat yang paling kuat atau tepat. Persoalannya, benarkah itu yang ‘rajih’ dan betulkah itu yang paling kuat?

Apa yang penulis temui agak berlainan. Seruan yang indah dan hebat itu rupanya menutup satu kecenderungan memilih pendapat aliran tertentu. Ringkasnya, di dalam fiqh, mereka sebenarnya cenderung memilih pandangan ketat atau pandangan ulama dari Arab Saudi beraliran salafi (terdapat banyak jenis salafi). Manakala di dalam hadith, mereka sebenarnya cenderung memilih pendapat syeikh al-Albani.

Persoalannya, adakah saya akan mengkritik semata-mata kerana mereka cenderung kepada fiqh salafi Saudi dan hadith dari al-Albani? Sudah semestinya tidak. Itu pilihan masing-masing dan mungkin mereka ada sebab untuk memilih sebegitu.

*Apa yang saya ingin jadikan nasihat dan teguran ialah sikap mereka yang melaungkan slogan-slogan kajian ilmiah yang nampak sememangnya 100% ilmiah…sedangkan hakikatnya tidak begitu!

*Saya juga membangkitkan isu ini kerana ingin mengelakkan lebih ramai golongan yang berani tidak bertempat sebegini. Saya katakan berani tidak bertempat kerana melihat kepada kemampuan ilmu mereka yang melakukan perkara ini. Semangat mereka nampaknya melebihi ‘usia’ ilmu pada diri mereka.

*Kita juga perlu sedar bahawa terdapat ramai ulama sejak zaman berzaman hingga ke hari ini. Kenapa menghadkan kepada Ulama Saudi dan al-Albani?

Di antara punca utama perkara ini berlaku (sekadar maklumat yang ada pada penulis) ialah :

1- Pembacaan yang terhad. Membaca hanya buku-buku tertentu dan tidak dapat keluar daripada sangkaan tertentu terhadap ulama dan buku tertentu.

2- Pembacaan buku-buku kedua dan bukan sumber utama. Mungkin disebabkan tidak dapat membaca dalam bahasa asal iaitu Bahasa Arab atau mungkin juga kerana buku-buku kedua dan ketiga lebih ringkas dan dianggap memadai.

3- Keinginan dan nafsu ingin pergi ke tengah medan dakwah agar dikenali sebagai golongan ilmiah dan boleh memberikan pandangan terus daripada dalil dan nas.

4- Tidak melalui proses menuntut ilmu secara berperingkat dan tidak mempunyai guru yang memberikan panduan berterusan.

5- Tidak bergaul dengan pelbagai lapisan penuntut ilmu untuk berkongsi bersama apa yang ingin dikaji. Hanya berkawan dengan aliran masing-masing.

6- Tidak bersedia menarik balik pandangan atau membuat muhasabah terhadap sesuatu pegangan.

7- Bersungguh untuk mematikan hujah lawan walaupun dengan cara tidak ilmiah.

8- Tidak mengikuti perkembangan ilmu. Memadai dengan apa yang telah diketahui.

Contohnya ada sebahagian yang menulis tentang persoalan fiqh. Kadangkala latar belakang bukan daripada golongan agamawan, tetapi mereka mendakwa melakukan kajian berdasarkan dalil. Itu hak mereka untuk mendakwa. Apabila menulis – sama ada dalam bentuk buku atau artikel – mereka amat gemar menekankan aspek kajian, ketelitian, dalil yang sahih, rujukan muktabar dan sebagainya. Tetapi apa yang sering berlaku ialah : apabila tiba persoalan fiqh, mereka akan ketengahkan ulama dari Arab Saudi atau dari aliran ‘salafi’. Apabila tiba persoalan hadith pula, mereka akan utamakan pandangan syeikh al-Albani atau murid-muridnya dan yang sealiran. Inikah rupa ‘tarjih’, ‘tahqiq’ dan ‘dalil’?

Terlintas juga persoalan di hati – sejauh manakah mereka mampu untuk menyemak buku-buku asal dan utama dalam kajian ilmu Islam? Bukankah buku-buku itu ditulis dalam Bahasa Arab? Kalau mereka (sebahagiannya) mengakui mereka tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab, bagaimanakah kita boleh yakin dengan ‘kajian’ dan ‘penyelidikan’ mereka? Atau sebenarnya mereka mengambil kajian orang lain? Sekali lagi saya ulang, perbuatan mereka mengambil pandangan dan kajian ulama tertentu tidak salah. Tetapi ‘cara’ ia diiklankan seolah seperti kajian ilmiah…itu yang ingin ditegur.

Golongan sebegini juga kadangkala kita dapati terlalu mudah menghentam dan mengkritik orang lain yang didakwa pula ‘tidak ilmiah’, tidak ‘tarjih’, tidak mengkaji…inilah yang menyebabkan saya menulis untuk menasihat mereka, dan juga menasihati penuntut ilmu lain agar menjauhkan sikap sebegini.

Hakikatnya kita manusia lemah. Kadangkala kita yang sering melaungkan ‘ilmiah’ dan ‘tahqiq’ sebenarnya tidak ilmiah mana dan tidak tahqiq mana pun. Tetapi kecenderungan dan nafsu untuk memperlihatkan kepada orang lain kita adalah ilmiah dan mengkaji menjadikan kita lupa bahawa kita sebenarnya tidak mampu pun untuk membuat kajian yang ilmiah. Sebagaimana ada yang mendakwa dirinya ‘terbuka’ dengan semua aliran, tetapi hakikatnya kawan sendiri yang dilabel sebagai ‘tidak ada arah tuju’ atau ‘tidak ada manhaj’ bahkan ‘tidak salafi’.

Ada yang menulis seolah dialah yang membuat kajian sedangkan ia diambil dari buku tertentu. Kajian fiqh yang diambil daripada buku-buku huraian fiqh ulama Arab Saudi dijadikan asas dan ia dikeluarkan dalam bentuk ‘kajian perbandingan ilmiah’. Ada yang mendakwa dirinya membuat kajian terhadap hadith sedangkan kesemuanya diambil daripada orang lain. Ada yang pandai menutup perbuatan ini dengan menyatakan ‘Riwayat al-Tirmidzi’ dan tidak memasukkan ‘dinilai sahih oleh al-Albani’. Sedangkan kita tahu daripada buku rujukannya bahawa dia menggunakan pendapat syeikh al-Albani semata-mata dan mengabaikan terus penilaian al-Tirmidzi.

Saya sememangnya diberitahu bahawa ada pula golongan yang hampir serupa yang meghadkan ulama tertentu sahaja yang dianggap ‘benar-benar ulama’. Begitu ramai ulama zaman berzaman tetapi hanya dua tiga orang sahaja yang dianggap benar-benar ‘bermanhaj’? Patutlah mereka sempit dan tidak tahu membuat kajian perbandingan!

Itulah yang ingin ditegur…sempit, terhad, tetapi mendakwa diri ‘luas’, ‘terbuka’, membuat ‘kajian ilmiah’ dan ‘tarjih’ serta ‘tahqiq’. Berani tidak bertempat dan menghadkan pengambilan ilmu.

Saya berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah mengingatkan saya dan menyedarkan saya daripada ‘cenderung’ kepada mana-mana pihak sehingga tidak ilmiah. Saya juga berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang suka memberikan ‘sudut ketiga’ dalam perbincangan ilmiah yang akhirnya menjadikan kita merasa kerdil dan menghormati ulama. Jazakumullah kerana telah menyedarkan saya bahawa ilmu itu adalah apa yang ada di dada..bukan semata-mata di hujung mata pena dan kertas sahaja.

Adlan Abd. Aziz

Jumaat, April 23, 2010

buat renungan bersama...

kali ni saya nak berkongsi dua keping gambar. lihat pakaian seorang lelaki sedang solat, siap jadi imam kepada makmum yang berkopiah pulak tu.
حسبنا الله
tanpa sebarang komen dari saya. rasanya pembaca lebih banyak komen, dan macam-macam plak tu :)
kredit kepada tuan asal gambar http://www.waraqat.net/.

Rabu, Mac 31, 2010

Sheikh Taha Rayyan: guruku murabbiku

Beberapa waktu yang lalu, saya tidak merasa selesa setelah memulakan bicara mengenai maulana sheikh taha rayyan yang tidak berkesudahan. Kini saya cuba –insyaAllah- menyudahinya. Ia kini bagaikan tanggungjawab seorang murid kepada gurunya.

Sejak awal lagi, saya memilih maulana taha rayyan kerana beberapa sebab. Saya ada beberapa guru di sana. Antaranya mempunyai nama besar dalam bidang ilmu. Tapi maulana sheikh taha rayyan lain sedikit. Beliau salah seorang calon mufti mesir setelah dr. ahmad tayyib. Tapi beliau menolaknya kerana menjaga agamanya.

Semua orang tahu bahawa jawatan agama di mesir terdedah kepada banyak cabaran. Terutama dari pihak pemerintah. Ini kerana mesir walaupun dari satu sudut, cenderung kepada komunis dalam sekular, tapi akar umbinya masih terikat dengan agama. Jesteru, sebarang tindakan dengan sokongan agama akan mengambil tempat di hati rakyatnya. Ini berlaku sejak dahulu lagi. Sheikh al maraghi, bekas reaktor al azhar pernah diminta raja faruq untuk menghalalkan bekas isterinya yang ditalak tiga. Padahal dia si diktator yang boleh buat apa saja. Namun, iman sheikh al azhar telah menyelamatkannya. Baru-baru ini, sheikh al azhar (artikel ini sblm beliau meninggal dunia) telah menghalalkan tembok besi yang dibina pemerintah mesir di sempadan mesir-gaza. Ia dibuat atas nama majma’ buhuth islami. Banyak cakap-cakap di sebalik penghalalan ini. Allah sahaja yang maha mengetahui.

Setelah maulana ali jumaah dilantik mufti selepas dr. ahmad taiyyib, beliau telah diserang teruk oleh media masa. Saya pernah mendengar dari mulutnya sendiri, hanya satu akhbar yang menyebelahinya. Rasanya liwa’ islami. Berbelas akhbar lain hanya tahu menebar fitnah dan kekeliruan. Orang baik susah hidup di sana. Dr. nasr farid jatuh juga kerana akhbar. Disebalik banyak juga kontrovasi sebalik keputusan mufti ali jumaah, saya berharap Allah menjaga maulana dr ali jumaah dari ujian dunia mufti. Dalam sejarah umat islam, tidak sedikit yang ditajrih kerana hubungannya dengan umara.

Sheikh taha rayyan juga seorang yang amat tawaduk. Rumahnya sangat jauh. Tapi beliau berusaha seorang diri menaiki teksi memenuhi hasrat penuntut ilmu di sekeliling al azhar hampir setiap hari. Beliau bukannya muda lagi. Tapi semangat ‘memberi’ pada dirinya mengalahi orang muda. Ini dan beberapa faktor lain lagi yang meletakkannya di senarai paling atas untuk dimuatkan di ruang yang terbatas ini.

Kelas pengajian kitab muwatta’ imam malik kendaliannya merupakan pengajiannya yang paling saya minati. Ini selepas pengajiannya kitab subulus salam digugurkan tanpa berita. Selain kami pengikut mazhab syafie, tentunya kelas ini tumpuan pelajar mazhab maliki. Di sini juga saya telah berkenalan dengan beberapa rakan istimewa dari mazhab maliki. Antaranya sheikh Husain dari francis dan sheikh syarif dari afrika tengah.

maulana al sheikh di madyafah ismail al adawi
Kelas ini berlangsung di tempat yang dikenali sebagai madyafah. Ia wakaf sheikh ismail sadiq al ‘adawi kepada penuntut ilmu. Sheikh ismail salah seorang imam jami’ al azhar berketurunan saidina umar r.a. Tempat ini dibina di salah sebuah lorong yang bertentangan dengan pintu masuk university al azhar, khas kepada penuntut ilmu menghadiri kelas-kelas pengajian. Sekarang ia dijaga dengan baik oleh anaknya. Kami ketika pengajian dilayan seperti tetamu. Dijamu air dan sedikit snek semasa pengajian. Jasa sheikh ismail al adawi dan keluarga sentiasa dihargai dan dingati oleh sheikh taha rayyan dalam setiap doa penutup. Dan kami turut mengaminkan. Memang patutpun, tidak banyak yang berhati mulia seperti mereka.

Salah satu perkara yang sering mengamit ingatan mengenai kelas ini ialah muqaddimahnnya. Muqaddimahnya sama sahaja tapi cukup bermakna. Sheikh setiap kali kelas akan berkata selepas selawat dan salam kepada junjungan besar nabi s.a.w;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين. فقد فقّه الله في دينه امامنا مالكاً فاخرج لنا من هذا الدين اطيب الثمرات. ومن اطيب هذه الثمرات هذا الكتاب الجليل المسمى بمؤطاء امام مالك. نرجو الله سبحانه وتعالى ان ينفعنا به كما نفع به اسلافنا....اقراء يا بيب.

Aduh! Teringatnya…ibarat terakhir dari muqaddimah ialah isyarat dari sheikh kepada muqri’ memulakan bacaan. Kebanyakan system pengajian di sana menggunakan seorang muqri’ yang terpilih dikalangan pelajar, membaca satu petikan kemudian al sheikh mensyarahkan apa yang ingin diperkatakan. Sekiranya tidak, muqri’ tadi akan terus membaca. Begitulah dari awal kitab hingga akhir.

Muqri’ pengajian muwatta’ pada awalnya beberapa orang pelajar Libya. Sejak kedatangan syarif, beliau mengambil alih tugas ini. Si syarif ini nama asalnya Abdullah hijru. Berasal dari afrika tengah. Umurnya muda setahun dari saya. Tapi dia symbol kepada pengajian pondok di benua afrika yang mementingkan hafalan. Ciri pengajian pondok afrika ini telah menarik perhatian ramai orang. Cukuplah untuk pembaca mengetahui bahawa sheikh hamzah yusuf yang terkenal di Amerika merupakan lulusannya. Beliau telah menempuhi ranjau yang hanya kita dengar dalam kisah-kisah ulama terdahulu semata-mata untuk menuntut dengan al allamah murabit hajj di pasentrennya. Yang menarik sheikh hamzah ke sana ialah ciri hafalan ini. ceritanya di sini. mesti baca. ia memperkenalkan etnik ilmu yang masih kekal dengan ciri tradisional. 

Kami memanggilnya syarif kerana dia berketurunan rasulAllah s.a.w. keluarganya adalah keluarga ilmu. Beliau datang ke azhar dengan quran dan muwatta’ tersemat di dadanya. Ini belum dikira maklumat-maklumat lain seperti kata-kata ulama, syair dan matan-matan ilmu yang sentiasa bermain di bibir. Walaupun kami berkawan, tapi dalam mazhab ‘’bermusuh”. Ada sahaja perkara yang diperdebatkan. Lain kali ceritanya.

Setelah sembilan tahun kelas muwatta’ bermula, akhirnya pada 6/7/2008 kitab tersebut dikhatamkan. Yang menyedihkan, saya tidak sempat dengan hari bersejarah itu sebagaimana juga dengan hari permulaannya. Namun, saya berdoa agar diberi kesempatan bertandang di ‘majlis’ tuan pengarangnya nanti. Amiin…

Seperti yang saya isyaratkan sebelum ini, maulana al sheikh juga mempunyai kelas dalam syarahan kitab subulus salam. Ia diadakan di anjung atrak. Di masjid al azhar dahulunya terdapat ruangan-ruangan khusus kepada beberapa kumpulan ‘etnik’. Ada ruangan untuk pelajar dari syam, dari turki bahkan dari indonesia. Semuanya dinamakan ruwaq. Ruwaq atrak adalah untuk pelajar dari turki ke azhar mempelajari ilmu agama. Bahkan dikatakan di tingkat atas masjid al azhar terdapat asrama pelajar. Begitulah masjid al azhar dahulu. Kini ia tinggal kenangan. Bahkan ruwaq(anjung) indonesia sekarang ini telah menjadi pos polis. Siapa yang melalui belakang masjid azhar, tengok-tengoklah dinding masjid yang dekat dengan pos polis. Pasti akan jumpa perkataan ruwaq indonisi tertulis dengan habuk meliputinya. Tapi awas, jangan sampai tertangkap plak! Sapa tak kenal polis mesir…

Pengajian subulus salam berlangsung beberapa tahun. Agaknya seusia kelas muwatta’. Tapi ia terbantut beberapa kali. Kitab tersebut sempat saya dengar jilid 3 dan sedikit dari jilid 4, kemudian hilang tanpa berita. Tak tahulah kisahnya sekarang. Sekiranya sheikh menyambungnya tentu mengambil masa tidak lama. Kitab tu memangnya 4 jilid sahaja. Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan perbandingan mazhab dan fiqh maliki, sememangnya kitab ini amat sesuai. Beberapa kali saya mendengar tuan sheikh membetulkan nukilan-nukilan mazhab yang dimuatkan. Bukan sahaja mengenai mazhab maliki, bahkan mazhab lain juga tidak terlepas dari pandangan beliau.

Kelas lain bawah kendalian beliau ialah syarahan kitab fiqh maliki. Saya tidak tahu banyak mengenainya. Sepertimana yang saya sebut, saya pernah hadir sekali sahaja. Itupun kerana syarif mengajak. Katanya, sheikh buat jamuan makan!!

Kelas ini dianjurkan di masjid dirdir terletak dalam lorong-lorong belakang masjid al azhar. Lorong-lorong ini jangan cuba-cuba terokai kalau tanpa teman. Takut-takut tak jumpa jalan keluar!

Nama masjid sempena makam imam dirdir yang berada di dalamnya. Ia terletak di belakang kiblat. Imam dirdir merupakan tuan kitab yang disyarah oleh maulana. Mungkin kerana ingin mengambil berkat ia diadakan disitu. Imam masjid salah seorang dari anak murid maulana ali jumaah, sheikh imad dirdir. Begitulah nama glamornya.

Kelas lain yang saya hadir ialah kelas nailul autar. Ia dibuat setiap rabu antara maghrib isya’ di sebuah surau bawah rumahnya. Perjalanan ke sana hampir sejam termasuk masa menunggu bas. Kelas ini agak berbeza. Kebanyakan hadirin nampak macam geng salafi. Tapi rasanya bukan salafi yang selalu kita dengar. Mereka ada kelainan tersendiri. Entahlah, susah nak komen…

Ada lagi kelas lain kepunyaan maulana. Seperti kelas khas untuk wanita dll. Tapi pengajian-pengajian luarnya yang asas sepertimana yang saya ceritakan di atas. Ini selain kelas rasmi di universiti al azhar.

Ini sahaja yang mampu saya bawakan mengenai maulana sheikh taha rayyan. Dan saya sememangnya mengakui tulisan ini dan sebelumnya, masih kecil berbanding keperibadian, ilmu, akhlak dan sumbangan yang saya mengambil manfaat selama mengenalinya. Masih tidak terbalas dan tidak mungkin boleh terbalas. Allah s.w.t jualah tidak akan menyia-nyiakan balasan orang yang berbuat kebaikan. Saya makhluknya hanya mampu berbuat sekadar yang diinginiNya. Tapi saya ingin rahmatNya. Rahmat yang turun tatkala kisah para solihin disebut-sebut. (ابن عيينة: عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة )Moga hidup saya dengan kisah ini, dan hidup para pembaca sekalian dirahmati Allah s.w.t.

Kejarlah rahmatNya. Rahmat yang membawa ahli syurga ke syurga. Bukannya amalan mereka.

Wallahu a’alam bis sawaab…