Isnin, Januari 03, 2011

Meletakkan Tangan Atas Dada Dalam Solat (1)

Baru-baru ini saya ada terbaca komen seorang ustaz terhadap buku terbaru ustaz Rasul Dahri bertajuk sifat solat Nabi s.a.w. Beliau tidak setuju dengan pegangan dan tulisan ustaz Rasul Dahri yang seolah-olah menghadkan kedudukan tangan dalam solat hanya pada dada dan mendakwa itulah yang sunnah dan thabit dari Rasulullah s.a.w. Sedangkan dalam mazhab yang diwarisi dari salafussalih, ia adalah sebaliknya. Bahkan tiada nukilan pun dari mereka seumpama itu.

Setelah itu saya membaca tulisan-tulisan yang berkaitan dengan meletakkan tangan di dada di beberapa buah buku dan ulasan dari internet yang berkaitan. Jadi, saya ingin perturunkan hasil pembacaan tersebut, tertumpu hanya berkenaan dengan dalil yang didakwa sebagai asas pandangan tersebut, terutamanya saya sendiri pernah mendengar satu video youtube seorang ustaz bermati-matian mempertahankan pandangan sheikh Albani dengan dalil tersebut dan menolak pandangan imam Ahmad dengan hujah lojik yang bertaraf ‘tadika’. Dia telah ulanginya berkali-kali di hadapan audien dengan bersungguh-sungguh dengan kata-katanya yang sama; hadis itu walaupun daif tapi dikuatkan dengan syawahid. Paling kurang menjadi hasan!

HUJJAH SHEIKH ALBANI

Sheikh Albani dalam masalah ini berhujah dengan beberapa hadis dan athar dalam bukunya yang terkenal, sifat solat Nabi s.a.w. Hadis dan athar tersebut sebagaimana berikut;

1. Hadis saidina Wail bin Hujr (وائل بن حجر)

2. Hadis saidina Hulb/Halab al-Taiy (هلب الطائى)

3. Mursal imam Tawus

4. Tafsir saidina Ali dan Ibnu Abbas r.a terhadap ayat (فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ)

Kesemua dalil-dalil ini secara ringkasnya bermasalah walaupun di sisi Albani. Cuma beliau mengambil pendekatan bahawa setiap satunya mengukuhkan yang lain. Hadis pertama dikukuhkan oleh dalil kedua dan ketiga, manakala mursal imam Tawus diperkuatkan oleh tafsir saidina Ali r.a.

Ada lagi dalil lain seperti perbuatan saidina Ali dalam hadis Abu Daud, tetapi ia berkenaan atas pusat. Begitu juga hadis sahih meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri yang didakwanya menyokong dari sudut makna, tetapi hakikatnya, maknanya turut menyokong meletakkan tangan di bawah dada di atas pusat. Jesteru kelemahan dalam istinbat dalam hadis-hadis tadi dan selainnya, saya tidak bercadang memperkatakannya.

HADIS SAIDINA WAIL BIN HUJR (وائل بن حجر)

Hadis saidina Wail sememangnya terkenal dalam bab solat. Dalam satu riwayat hadis Wail terdapat penyataan bahawa Nabi s.a.w meletakkan tangannya di dada. Hadis tersebut sebagaimana kata Albani terdapat dalam;

1. Sahih Ibnu Khuzaimah

حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى ، حَدَّثَنَا مُؤَمَّلٌ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ كُلَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ ، قَالَ : صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى عَلَى صَدْرِهِ

(ia juga diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi dalam al-Kubra dengan sanadnya kepada Muammal kemudian dengan sanad yang sama.)

2. Abu Al-Sheikh dalam طبقات المحدثين بأصبهان

حدثنا محمد بن يحيى ، ثنا محمد بن عاصم ، قال : ثنا مؤمل ، قال : ثنا سفيان ، عن عاصم بن كليب ، عن أبيه ، عن وائل بن حجر ، قال : رأيت النبي صلى الله عليه وسلم وضع يده على شماله عند صدره

3. Al-Mu’jam al-Kabir oleh imam al-Tabaraniy

حَدَّثَنَا بِشْرُ بن مُوسَى، ثنا مُحَمَّدُ بن حُجْرِ بن عَبْدِ الْجَبَّارِ بن وَائِلٍ الْحَضْرَمِيُّ، حَدَّثَنِي عَمِّي سَعِيدُ بن عَبْدِ الْجَبَّارِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أُمِّهِ أُمِّ يَحْيَى، عَنْ وَائِلِ بن حُجْرٍ، قَالَ:حَضَرْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ … ثُمَّ وَضَعَ يَمِينَهُ عَلَى يَسَارِهِ عَلَى صَدْرِهِ

Jika dilihat, hadis Wail yang mengandungi ‘atas dada’ hanya melalui dua jalan sahaja. Jalan Muammal bin Sulaiman dan Muhammad bin Hujr. Kedua-dua jalan ini lemah dan diakui oleh Albani sendiri. Hadis pertama lemah kerana Muammal bin Sulaiman. Sebagai kesimpulan, dinukilkan kata imam al-Zahabi dalam kitab Siyarnya (juz 10 hlm111);

وَثَّقَهُ: يَحْيَى بنُ مَعِيْنٍ.
وَقَالَ أَبُو حَاتِمٍ: صَدُوْقٌ، شَدِيْدٌ فِي السُّنَّةِ، كَثِيْرُ الخَطَأِ.
وَقَالَ البُخَارِيُّ: مُنْكَرُ الحَدِيْثِ.
وَأَمَّا أَبُو دَاوُدَ، فَأَثْنَى عَلَيْهِ، وَعَظَّمَهُ، وَرَفَعَ مِنْ شَأْنِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِلاَّ أَنَّهُ يَهِمُ فِي الشَّيْءِ

Ini tidak perlu huraian panjang kerana diakui semua. Cuma ada satu lagi illah yang tidak diketahui oleh mereka yang berhujjah dengannya, iaitu penambahan ‘atas dada’ adalah mungkar. Ini kerana hadis saidina wail dari pelbagai riwayat tidak mengandungi penambahan ini.

Rakan seguru Muammal iaitu (lihat al-Musnad al-Jami: hadis وائل بن حُجْر الْحَضْرَمِيُّ الكِنْدِيُّ);

وكيع
عبد الرزاق
يحيى بن آدم 
 ابو نعيم
عبد الله بن الوليد
عبد الله بن يزيد المقري 
 قتيبة 
 محمد بن يوسف الفريابي 
 المخزومي
عبد الجبار بن العلاء
 سعيد بن عبد الرحمن

Mereka semuanya mengambil hadis Wail mengenai meletakkan tangan kiri atas tangan kanan dari imam Sufyan tetapi tidak meriwayatkan penambahan tersebut. Dan kebanyakan mereka ulama besar hadis jauh lebih teliti dari Muammal. Bukan itu sahaja. Rakan-rakan seguru Sufyan yang mengambil hadis Wail ini dari ‘Asim bin Kulaib bin Syihab juga tidak meriwayatkan penambahan ini. Mereka ialah sepuluh orang ;

سُفْيان بن عُيَيْنَة
 عَبْد الله بن إِدْرِيس
مُحَمد بن فُضَيْل 
 عَبْد الواحد بن زِيَاد
 شُعْبة 
عَبْد العَزِيز بن مُسْلم 
 زائدة بن قُدَامَة
 زُهَيْر
سُفْيَان الثَّوْرِي
بِشْر بن المُفَضَّل.

Ini satu perbezaan yang sangat jelas seolah-olah Muammal tersilap meriwayatkan penambahan ini. Kecuali mereka yang berjumlah 21 orang ini cuai dalam meriwayatkan hadis. Ini mustahil dan sangat berkemungkinan berlaku pada perawi yang diakui banyak kesalahan seperti Muammal. Ini baru dua tabaqat; tabaqat Muammal dan Sufyan. Setengah pengkaji menemui angka yang lebih besar dari ini. Cuma saya hanya merujuk satu kitab al-Musnad al-Kabir supaya senang saya dan pembaca merujuk.

Perbezaan ulama yang lebih thiqah menyebabkan hadis ini tergolong dalam hadis mungkar. Ini saya akan jelaskan nanti.

Hadis imam al-Tabaraniy mungkin dianggap sebagai mutaba’ah nazilah kepada hadis Muammal. Malangnya, ia sendiri mengalami nasib yang sama. Ia mengandungi empat kelemahan;

1. Muhammad bin Hujr bin Abdul Jabbar. Kata Ibnu Hibban dalam al-Majruhin

محمد بن حجر بن عبد الجبار بن وائل بن حجر الحضرمي الكندى: كنيته ابو جعفر، من أهل الكوفة، يروي عن عمه سعيد بن عبد الجبارعن أبيه عبد الجبار عن أبيه وائل بن حجر بنسخة منكرة منها أشياء لها أصول من حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وليست من حديث وائل بن حجر، ومنها أشياء من حديث وائل بن حجر مختصرة جاء بها على التقصى وأفرط فيها، ومنها أشياء موضوعة ليس من كلام رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يجوز الاحتجاج به

Kata Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan;

محمد بن حجر بن عبد الجبار بن وائل بن حجر عن عمه سعيد وعنه إبراهيم بن سعيد الجوهري له مناكير قيل كنيته أبو الخنافس وقال البخاري فيه بعض النظر

Ini menunjukkan dia lemah terutamanya apabila dia meriwayatkan dari bapa saudaranya Said bin Abdul Jabbar. Hadis yang disebut di sini adalah riwayatnya dari bapa saudaranya.

2. Said bin Abdul Jabbar. Kata al-Mizzi dalam Tahzib;

قال النسائى : ليس بالقوى . و قال ابن عدى : ليس له كبير حديث ، إنما له عن أبيه ، عن جده أحاديث يسيرة ، نحو الخمسة أو الستة

3. Ummu Abdul Jabbar. Seorang yang tidak dikenali. Kata Ibnu al-Turkumaniy dalam al-Jauhar al-Naqiy;

ام عبد الجبار هي ام يحيى لم اعرف حالها ولا اسمها

4. Penambahan ini juga mungkar kerana menyalahi riwayat perawi lain dari Wail bin Hujr yang lebih thiqah bahkan tiada bandingan sebenarnya kerana Ummu Yahya majhul. Perawi tersebut ialah Kulaib bin Hisyam dan Alqamah bin Wail. Ia juga dianggap mungkar kerana perawi dari Abdul Jabbar iaitu Said (yang lemah) menyalahi tiga rakannya yang lain yang turut mengambil hadis meletakkan tangan dari Abdul Jabbar (al-Musnad al-Jami’);

الحَسَن بن عُبَيْد الله النَّخَعِي 
 المَسْعُودِي 
أَبي إِسْحَاق السبيعي

Kesimpulannya, kedua jalan ini sangat lemah kerana perawinya dan perselisihan yang teruk dengan perawi yang lebih thiqah ( مخالفة الثقات ). Tidak lupa juga bahawa ada satu jalan lagi dari saidina Wail, iaitu jalan Alqamah bin Wail, tiada langsung tambahan tersebut. Ini juga mengukuhkan ‘kemungkaran’ tambahan meletak tangan di dada.

HADIS SAIDINA HULB AL-TAIY (هلب الطائى)

Hadis ini diriwayatkan oleh imam Ahmad (juz36 hlm 266);

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ سُفْيَانَ، حَدَّثَنِي سِمَاكٌ، عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ هُلْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: " رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْصَرِفُ عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ يَسَارِهِ، وَرَأَيْتُهُ، قَالَ، يَضَعُ هَذِهِ عَلَى صَدْرِهِ " وَصَفَّ يَحْيَى: الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى فَوْقَ الْمِفْصَلِ

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan