Selasa, Mei 31, 2011

Meletakkan Tangan Atas Dada Dalam Solat (3)

Mursal imam tawus bin kaisan.

Hadis ini diriwayatkan oleh imam abu daud dalam sunan dan marasilnya. Katanya:

حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ يَعْنِي ابْنَ حُمَيْدٍ عَنْ ثَوْرٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ مُوسَى عَنْ طَاوُسٍ قَالَ:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى ثُمَّ يَشُدُّ بَيْنَهُمَا عَلَى صَدْرِهِ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ

Sanadnya jelas menunjukkan bahawa hadis ini mursal kerana imam tawus seorang tabien, bahkan beliau antara tabien soghir; tidak sempat dengan nabi s.a.w. hadis mursal sepertimana yang terkandung dalam mana-mana buku mustalah hadis (terutama zaman sekarang) berada di bawah bab hadis daif kerana putus sanad, sekaligus hadis atau mursal imam tawus ini dikira daif.

Perlu dijelaskan di sini bahawa kedapatan khilaf di kalangan ulama terdahulu mengenai penghujahan hadis mursal. Ada ulama yang menerimanya, menolaknya atau menerima dengan syarat. Ulama hadis secara keseluruhannya menolak. Kata imam muslim dalam muqaddimah sahihnya;

وَالْمُرْسَلُ مِنْ الرِّوَايَاتِ فِي أَصْلِ قَوْلِنَا وَقَوْلِ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْأَخْبَارِ لَيْسَ بِحُجَّةٍ

Khilaf (sebahagian besarnya) pula berlaku antara ulama fiqh / fiqh hadis di mana imam abu hanifah dan imam malik serta satu riwayat dari imam ahmad menerimanya. Imam syafie pula meletakkan beberapa syarat sebelum menerima. Tetapi syarat imam syafie ini berkenaan mursal kibar tabien bukan sighar tabien seperti imam tawus. Khilaf ini panjang lebar untuk dijelaskan. Bahkan ulama maliki dan hanafi sendiri ada yang meletakkan syarat untuk mursal mereka seperti ibnu abdul bar. Namun apa yang diterima pakai di sisi ulama atau jumhurnya ialah hadis mursal daif atau bersyarat dengan syarat imam syafie. ibnu salah menulis (muqaddimah, 54-55)

وَمَا ذَكَرْنَاهُ مِنْ سُقُوطِ الِاحْتِجَاجِ بِالْمُرْسَلِ وَالْحُكْمِ بِضَعْفِهِ هُوَ الْمَذْهَبُ الَّذِي اسْتَقَرَّ عَلَيْهِ آرَاءُ جَمَاهِيرِ حُفَّاظِ الْحَدِيثِ وَنُقَّادِ الْأَثَرِ، وَقَدْ تَدَاوَلُوهُ فِي تَصَانِيفِهِمْ.

وَفِي صَدْرِ صَحِيحِ مُسْلِمٍ: " الْمُرْسَلُ فِي أَصْلِ قَوْلِنَا وَقَوْلِ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْأَخْبَارِ لَيْسَ بِحُجَّةٍ ".

وَابْنُ عَبْدِ الْبَرِّ - حَافِظُ الْمَغْرِبِ - مِمَّنْ حَكَى ذَلِكَ عَنْ جَمَاعَةِ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ.

وَالِاحْتِجَاجُ بِهِ مَذْهَبُ مَالِكٍ وَأَبِي حَنِيفَةَ وَأَصْحَابِهِمَا [رَحِمَهُمُ اللَّهُ] فِي طَائِفَةٍ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ

Selain dari irsal hadis ini, ada beberapa perbincangan atau khilaf mengenai dua rawinya iaitu;

1. al-haitham bin humaid

beliau didaifkan oleh ali bin mushir, namun dithiqahkan oleh ramai pihak (tarikh islam, ms 353 j8) jesteru ulama menganggap kritikan ini tidak memberi apa-apa kesan.

2. sulaiman bin musa

Beliau dikritik oleh imam bukhari, abu hatim dan al-nasa’ie di samping ramai ulama hadis lain menta’dilnya. Bagi imam al-zahabi selepas menukilkan kritikan tersebut, beliau ثَبْتٌ صَدُوْقٌ ( siyar, ms434-435 j5).

Melihat kepada hadis ini, ia paling kurang lemah berbanding hadis-hadis sebelumnya, walaupun ia juga daif. Tetapi untuk mengatakan hadis-hadis sebelumnya menguatkannya tidak tepat kerana hadis-hadis tersebut terlalu lemah untuk berdiri meneguhkan hadis daif lain. Bahkan hadis sebelumnya dikategorikan tersalah riwayat bukan sanadnya lemah. Dalam ilmu hadis, teguh meneguh berlaku diantara sesama hadis-hadis yang sederhana lemah bukannya hadis lemah teruk apatah lagi tersilap.

Athar sahabah (saidina ali, ibnu abbas dan anas r.a dll)

Athar-athar ini berkaitan dengan tafsir ayat 2 surah al-kauthar

فصل لربك وانحر

Imam al-baihaqi meriwayatkan ketiga athar ini dengan sanadnya;

1. athar saidina ali dan anas r.a

اخبرنا أبو بكر احمد بن محمد بن الحارث الفقيه انبأ أبو محمد بن حيان أبو الشيخ ثنا أبو الحريش الكلابي ثنا شيبان ثنا حماد بن سلمة ثنا عاصم الجحدرى عن ابيه عن عقبة بن صهبان كذا قال ان عليا رضى الله عنه قال في هذه الآية (فصل لربك وانحر) قال وضع يده اليمنى على وسط يده اليسرى ثم وضعهما على صدره وقال وثنا أبو الحريش ثنا شيبان ثنا حماد ثنا عاصم الاحول عن رجل عن انس مثله أو قال عن النبي صلى الله عليه وسلم

Athar ini daif (atau amat daif) kerana beberapa sebab;

1. percanggahan (الاضطراب) sanad dan matan (al-jauhar al-naqiy, ms30 j2). Matan athar ini berbeza antara satu sama lain antara kewujudan lafaz atas dada atau tidak. Saya nukilkan riwayat ibnu jarir al-tabariy dalam tafsirnya (al-kaustar, ayat 2).

حدثني عبد الرحمن بن الأسود الطفاوي، قال: ثنا محمد بن ربيعة، قال: ثني يزيد بن أبي زياد بن أبي الجعد، عن عاصم الجحدري، عن عقبة بن ظهير عن علي رضى الله عنه في قوله:( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: وضع اليمين على الشمال في الصلاة.

حدثنا ابن بشار، قال: ثنا عبد الرحمن، قال: ثنا حماد بن سلمة، عن عاصم الجحدري، عن عقبة بن ظبيان عن أبيه، عن علي رضى الله عنه( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: وضع اليد على اليد في الصلاة.

حدثنا ابن حميد، قال: ثنا مهران، عن حماد بن سلمة، عن عاصم الجحدري، عن عقبة بن ظهير، عن أبيه، عن علي رضى الله عنه( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: وضع يده اليمنى على وسط ساعده اليسرى، ثم وضعهما على صدره.

حدثنا أبو كُرَيب، قال: ثنا وكيع، عن يزيد بن أبي زياد، عن عاصم الجحدري، عن عقبة بن ظهير، عن علي رضى الله عنه:( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: وضع اليمين على الشمال في الصلاة.

حدثنا ابن حميد، قال: ثنا أبو صالح الخراساني، قال: ثنا حماد، عن عاصم الجحدري، عن أبيه، عن عقبة بن ظبيان، أن علي بن أبي طالب رضى الله عنه قال في قول الله:( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: وضع يده اليمنى على وسط ساعده الأيسر، ثم وضعهما على صدره.

Adapun sanad, ibnu abi hatim telah mengisyaratkan perselisihan yang berlaku mengenai perawi dari saidina ali r.a samada ‘uqbah atau ayahnya serta perawi dari ‘uqbah samada asim atau ayahnya (al-jarh wa al-ta’dil, ms313 j6)

2. beberapa perawi yang lemah seperti ayah asim, al-ajjaj al-jahdariy yang tidak dapat dikesan, uqbah bin zahir hampir majhul hal kecuali namanya dimuatkan oleh ibnu hibban dalam kitab al-thiqat dan abu al-harisy majhul dalam sanad al-baihaqi.

3. untuk hadis anas r.a pula, kelemahannya pada dua perawi yang majhul iaitu abu al-harisy dan perawi dari anas r.a.

Imam ibnu kathir dalam tafsirnya terkenal dengan usahanya menyaring hadis-hadis atau cerita-cerita yang dimuatkan dalam penafsiran al-quran. Tidak ketinggalan usaha beliau dalam ayat 2 surah al-kauthar. Dengan tegas menyatakan bahawa tafsiran dari saidina ali r.a tidak sahih. Katanya (ms503 j8)

وقيل: المراد بقوله: { وَانْحَرْ } وضع اليد اليمنى على اليسرى تحت النحر. يروى هذا عن علي، ولا يصح

2. athar ibnu abbas r.a

Kata imam al-baihaqi;

(اخبرنا) أبو زكريا بن ابى اسحاق انبأ الحسن بن يعقوب بن البخاري انبأ يحيى بن ابى طالب انبأ زيد بن الحباب ثنا روح بن المسيب قال حدثنى عمرو بن مالك النكرى عن ابى الجوزاء عن ابن عباس رضى الله عنهما في قول الله عزوجل (فصل لربك وانحر) قال وضع اليمين على الشمال في الصلوة عند النحر

Sebagaimana athar saidina ali, athar ini juga daif bahkan ada yang menganggpnya mungkar kerana;

1. rauh bin al-musayyib. Kata al-zahabi (mizan, ms61 j2);

قال ابن عدى: أحاديثه غير محفوظة.

وقال ابن معين: صويلح.

وقال ابن حبان: يروى الموضوعات عن الثقات.

لا تحل الرواية عنه.

Selain rauh, dua perawi lain juga bermasalah iaitu amru bin malik dan yahya bin abi talib

2. tafsir ini berbeza dengan riwayat-riwayat lain dari ibnu abbas r.a mengenai tafsir ayat ini. Ibnu jarir al-tabari menukilkan dua riwayat dari ibnu abbas dengan dua sanad dengan tafsiran hampir sama;

-حدثني محمد بن سعد، قال: ثني أبي، قال: ثني عمي، قال: ثني أبي، عن أبيه، عن ابن عباس( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) قال: الصلاة المكتوبة، والنحر: النسك والذبح يوم الأضحى

-حدثني علي، قال: ثنا أبو صالح، قال: ثني معاوية، عن علي، عن ابن عباس، في قوله:( فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) يقول: اذبح يوم النحر

Ibnu kathir dan imam-imam lain menukilkan perkara sama dari ibnu abbas r.a. ini menunjukkan ia adalah tafsiran mashyur dari ibnu abbas.

Selain dari sanad yang lemah, tafsiran sebegini juga menyalahi makna awal surah yang menyebut tentang nikmat Allah kepada nabi-Nya. Ayat kedua adalah kewajipan bersyukur. Jesteru, al-tabari menyifatkan pendapat pilihanya awla bi as-sawab (ms655 j24). Ibnu kathir pula menyifatkan pendapat ini amat gharib (ms503 j8)

Kesimpulan.

Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pendakwa bukanlah sepertimana yang di dakwa. Ia bukanlah sekadar daif lalu masing-masing menyokong antara satu sama lain, bahkan ia samada mungkar, syaz, sangat daif dan daif. Mungkin yang paling kuat sanadnya ialah mursal imam tawus bin kaisan. Malangnya ia bersendirian tanpa bantuan dari mana-mana hadis musnad lain atau mursal lain. Umum mengetahui hanya hadis yang ringan kelemahannya sahaja yang diperkuat bukan yang amat lemah. Pendokong kelemahan juga hendaklah dari jenis kelemahan yang sama.

Ini dari sudut sanad. Manakala sudut amalan salaf, jelas bahawa ia tidak pernah dinukilkan sedemikian bahkan imam ahmad (yang meriwayatkan salah satu hadis di atas) tidak menyukai peletakan tangan di dada ketika solat. Jika salaf menjadi ikutan, maka salaf tidak berbuat demikian. Apa lagi yang anda mahu?

p/s: catatan ini bukanlah ijtihad saya kerana saya bukan ahlinya. Ini adalah pandangan beberapa pengkaji bahkan sebahagian besarnya adalah salafi sendiri. Di sini saya perturunkan nama-nama mereka;

1. dr. mahir yasih al-fahl (salafi) dalam kitabnya, athar al-‘ilal

2. sheikh abdul aziz bin marzuq al-tarrifi (salafi) dalam kitabnya, sifat al-solat

3. sheikh khalid Abdullah al-shayi’ (salafi) dalam risalah khusus mengenai tajuk ini, الإعلام بتخيير المصلي بمكان وضع اليدين بعد تكبيرة الإحرام

4. sheikh muqbil bin hadi al-wadi’iy (salafi). Beliau menulis kata aluan dlm risalah di atas dan memujinya kerana menjelaskan kebenaran.

4. dr. salahuddin al-idlibiy. Risalahnya bertajuk محل وضع اليد اليمنى على اليسرى في الصلاة

5. sheikh Muhammad awwamah dalam tahqiqnya terhadap musannaf ibnu abi syaibah

6. sheikh salman al-audah (salafi) dalam webnya islamtoday.net

7. www.ahlalhdeeth.com. laman web salafi arab terkenal juga membincangkan perkara ini di sini

8. sheikh Abdurrahman al-faqih (salafi) dalam perbincangan di atas.

9. al-fikrah.net laman web salafi Malaysia juga membincangkannya di sini dan di sini 

Sepanjang pembacaan saya, seolah-olah salafi telah berkembang dengan kembali kepada apa yang diwarisi oleh umat turun temurun dalam masalah ini, setelah sekian lama berpegang teguh dengan pandangan albani. Bahkan kedapatan mereka sebelum ini memandang sinis kepada golongan yang tidak meletakkan tangan di dada sehinggakan ada melemparkan tuduhan tidak menyedapkan telinga. Masih wujud saki baki salafi yang terpencil dari perkembangan ini dan berkeras seperti beberapa ustaz di Malaysia ini. Masih di takuk lama dan konservatif. Masih berlangitkan tempurung berbumikan tanah.


waLlahu a’lam bis sawaab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan